backup og meta

Apa Punca Kecacatan Bayi Yang Baru Lahir? Benarkah Jika Ia Hanya Salah Ibu Bapa?

Ramai ibu bapa yang tidak tahu dan takut akan punca kecacatan bayi mereka. Persoalannya, kenapa ia terjadi? Adakah ia memang benar salah ibu bapa itu sendiri? Jom baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Apa maksud kecacatan bayi?

Tanda bayi cacat di dalam kandungan melalui struktur atau fungsi tubuh badan bayi yang tidak normal selepas melahirkan bayi.

Keilatan bayi sebenarnya boleh dikesan ketika tiga bulan pertama kehamilan anda. Namun begitu, tidak semua kelainan bayi adalah berbahaya.

Terdapat juga kecacatan yang minor. Ia mungkin akan memberi kesan terhadap penampilan dan fungsi organ bayi selain menyebabkan ketidakupayaan mental dan fizikal.

Namun, ada juga kelainan bayi yang boleh mendatangkan kematian.

Bayi yang kurang bernasib baik ini semestinya memerlukan rawatan jangka masa panjang bergantung kepada jenis keilatan mereka.

Namun begitu, terdapat juga kelainan yang tidak akan memberi sebarang kesan kepada bayi. Kebanyakan bayi yang lahir dengan keilatan juga mampu untuk membesar dengan fizikal dan mental yang sihat.

Apa punca kecacatan bayi?

Para doktor tidak mampu untuk menyatakan punca kecacatan bayi.

punca kecacatan bayi
Kenali 8 keadaan pada bayi yang pelik tapi sebenarnya normal.

Terdapat beberapa sebab yang mungkin boleh menjadi punca perkara ini iaitu genetik, gaya hidup, terdedah kepada bahan kimia atau ubat-ubatan, infeksi semasa kehamilan mahupun kesemua faktor ini sekali. 

Apa faktor risiko masalah ini terjadi?

Berikut merupakan beberapa faktor risiko keilatan bayi:

  • Sejarah keluarga yang pernah mempunyai bayi yang cacat atau gangguan genetik yang lain
  • Penggunaan dadah, pengambilan alkohol atau merokok ketika kehamilan
  • Kehamilan pada usia yang lewat
  • Penjagaan pranatal yang tidak sebetulnya
  • Infeksi virus atau bakteria seperti sexually transmitted infections yang tidak dirawat
  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi isotretinoin dan lithium
  • Ibu bapa menghidapi kondisi seperti diabetes

Punca kecacatan bayi akibat genetik

Sekiranya genetik merupakan punca utama kelainan bayi, anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalangnya.

Penyebab kecacatan bayi ini mungkin diwarisi oleh ibu atau bapa bayi melalui genetik mereka.

Dalam beberapa kes kecacatan bayi, mungkin terdapat beberapa genetik yang hilang ketika proses pembentukan bayi berlaku. Malangnya, ini tidak dapat dielakkan.

Jangkitan semasa kehamillan

Sesetengh jangkitan yang berlaku semasa hamil boleh menjadi penyebab kecacatan bayi. Antaranya rubella, toxoplasmosis, sifilis dan virus Zika yang berbahaya buat janin anda.

Jangkitan ini boleh menyebabkan keguugran, kelahiran pramatang atau kecacatan otak, mata dan organ lain.

Tabiat gaya hidup tidak sihat

punca kecacatan bayi
Alkohol ialah salah satu punca kecacatan bayi. 

Apa saja perkara yang dilakukan secara berlebihan akan menyebabkan mudarat. Begitu juga dengan pengambilan alkohol, merokok dan penggunaan dadah semasa hamil akan menjadi penyebab kecacatan bayi anda.

Alkohol boleh menyebabkan Fetal Alcohol Syndrome (FAS) yang memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan mental bayi.

Merokok pula meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang, berat badan rendah, serta kecacatan pada jantung dan paru-paru.

Faktor umur si ibu

Percaya atau tidak faktor umur si ibu atara penyebab kecacatan bayi. Hal ini kerana, wanita yang hamil pada usia melebihi 35 tahun berisiko tinggi melahirkan bayi dengan kecacatan, terutamanya kecacatan kromosom seperti Sindrom Down.

Walaupun teknologi perubatan moden mampu mengesan masalah ini lebih awal melalui ujian pranatal, ibu hamil yang berumur perlu mendapatkan pemantauan rapi.

Penyakit kronik si ibu, penyebab kecacatan bayi

Penyakit seperti kencing manis yang tidak terkawal, tekanan darah tinggi dan epilepsi boleh menyebabkan komplikasi semasa kehamilan dan memberi kesan kepada perkembangan janin.

Sekiranya kelainan bayi berlaku bukan disebabkan oleh genetik, maka para doktor akan mengalami kesukaran untuk mengesahkan puncanya.

Jenis kelainan atau keilatan yang biasa terjadi

punca kecacatan bayi
Sumbing antara jenis kecacatan bayi yang boleh berlaku.

Para doktor mengkategorikan lebih daripada 4,000 jenis kelainan bayi yang terbahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu struktur tubuh badan bayi dan keilatan fungsi tubuh badan bayi.

Kelainan struktur tubuh badan bayi: Menerangkan kondisi bayi yang tidak mempunyai mana-mana bahagian tubuh badan yang spesifik ataupun bahagian itu tidak terbentuk dengan sempurna.

Antara jenis kecacatan struktur tubuh badan bayi ini adalah kecacatan pada jantung, bentuk bibir sumbing, spina bifida dan clubfoot.

Kelainan fungsi tubuh badan bayi: Menerangkan kondisi bayi yang mengalami kegagalan pada fungsi atau sistem tubuh badannya. Ini termasuklah kegagalan sistem metabolisme, deria serta sistem saraf.

Kegagalan fungsi atau sistem tubuh badan bayi ini mendorong punca kecacatan bayi untuk menghidapi sindrom Down, penyakit sickle cell dan cystic fibrosis.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Birth Defects, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12230-birth-defects, Accessed Oct 3 2023.
  2. Birth defects and your baby, https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/planning-baby/birth-defects-and-your-baby, Accessed Oct 3 2023.
  3. Birth Defects in Children, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=overview-of-birth-defects-90-P02113, Accessed Oct 3 2023.
  4. Birth Defects and Congenital Anomalies, https://www.childrenshospital.org/conditions/birth-defects-and-congenital-anomalies, Accessed Oct 3 2023.
  5. Reducing Risks of Birth Defects, https://www.acog.org/womens-health/faqs/reducing-risks-of-birth-defects, Accessed Oct 3 2023.

Versi Terbaru

06/05/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

Eh... Hamil Ke Tidak Sebenarnya Ni? Usah Keliru! Jom Semak 24 Tanda Awal Kehamilan


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 06/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan