backup og meta

Selain Bersalin Normal & Czer, Ada Kaedah Kelahiran Lain Untuk Ibu Pilih!

Selain Bersalin Normal & Czer, Ada Kaedah Kelahiran Lain Untuk Ibu Pilih!

Selalunya cara bersalin normal atau pembedahan adalah kaedah melahirkan anak yang biasa didengar. Tetapi sebenarnya ada 5 kaedah bersalin. Jom ambil tahu mengenainya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kaedah melahirkan anak

Semakin hari, bayi di dalam kandungan semakin aktif menendang dan ini sekali gus menambahkan rasa tidak sabar untuk melihat dan memegang si comel.

Dalam masa yang sama ibu yang sedang hamil pasti akan terfikir bagaimanakah cara anda akan bersalin nanti. Adakah cara bersalin normal tanpa koyakan atau caesarean? Atau mungkin dengan cara lain?

Eh…ada cara cepat bersalin 38 minggu yang lain ke? Semestinya ada kaedah lain. Cuma mungkin kita jarang dengar tetapi ia wujud dalam perubatan.

Biasanya cara untuk anda bersalin akan dipengaruhi beberapa faktor seperti:

  • Di mana anda tinggal dan apakah hospital yang berdekatan?
  • Sama ada kehamilan anda berisiko tinggi atau tidak?
  • Amalan praktikal pengamal perubatan pilihan anda

Cara bersalin yang perlu diketahui

Kemajuan dalam sains perubatan telah berjaya menemui pelbagai cara bersalin yang dapat membantu mengurangkan komplikasi atau risiko ketika prosedur kelahiran.

Berikut adalah beberapa pilihan cara bersalin yang perlu diketahui oleh wanita yang sedang hamil:

  1. Cara bersalin melalui faraj

Kaedah melahirkan anak ini turut dikenali sebagai bersalin normal. Melalui prosedur ini bayi dilahirkan mengikut saluran kelahiran badan wanita. Kaedah ini mungkin atau tidak boleh dibantu dengan suntikan epidurals atau ubat tahan sakit. 

Tempoh kelahiran bagi kaedah ini sukar untuk diramal dengan tepat. Namun proses bersalin melalui faraj cenderung untuk berlaku apabila kandungan berada dalam minggu ke-37 dan ke atas.

Kebanyakan doktor akan mengesyorkan petua orang tua cepat bersalin ini dan tidak akan menyarankan pembedahan caesarean. Malahan bagi wanita yang merancang untuk mempunyai ramai anak, cara bersalin ini amatlah digalakkan. 

Ketika proses kelahiran, akan berlaku pemotongan atau hirisan pada bahagian atas dubur. Ia dinamakan sebagai episiotomi. 

Kebanyakan wanita yang melahirkan anak melalui kaedah ini dapat pulih daripada tekanan ketika proses bersalin dengan lebih cepat. Risiko untuk terdedah kepada sebarang jangkitan juga rendah.

  1. Prosedur pembedahan
kaedah melahirkan anak
Bayi yang selamat dilahirkan.

Walaupun anda mungkin merancang untuk menggunakan cara bersalin normal tanpa koyakan, tetapi jika wujud komplikasi, prosedur caesarean merupakan pilihan yang perlu diambil.

Nama lain kaedah melahirkan anak ini dikenali sebagai C-Sec, di mana bayi akan dilahirkan melalui pembukaan pada bahagian abdomen ibu dan pembedahan pada uterus untuk mengeluarkan bayi akan dilakukan. 

Cara ini berasal daripada perkataan Latin, “Caedare”, yang bermaksud ‘untuk memotong’ (the cut), sebab itu ia dipanggil C-Sec.

Bagi ibu yang bakal menyambut kelahiran kembar, bersilang atau melintang mahupun bayi dengan saiz yang besar, ini merupakan antara pilihan yang terbaik. 

  1. Cara bersalin normal selepas C-Sec 

Dalam kebanyakan kes, wanita yang pernah menjalani kaedah melahirkan anak melalui pembedahan mempunyai peluang yang tipis untuk bersalin normal.

Tetapi seiring dengan kemajuan teknologi, prosedur yang dikenali sebagai VBAC, singkatan kepada Vaginal Birth After Cesarean ini menjadikan impian wanita untuk merasai pengalaman bersalin normal tercapai.

Namun, tidak semua hospital menyediakan perkhidmatan VBAC ini kerana kekurangan sumber dan tenaga untuk mengendalikan kes seperti ini. 

Malahan, sebarang komplikasi atau keadaan yang dialami ketika proses kelahiran terdahulu akan menyebabkan doktor tidak menyarankan untuk teruskan prosedur bersalin ini. 

bersalin di rumah
Barang keperluan untuk bersalin di rumah.
  1. Kelahiran forcep, sebagai cara cepat bersalin 38 minggu

Kaedah kelahiran ini agak unik dan diperlukan dalam sesetengah kes melibatkan cara melahirkan anak secara normal. 

Ia boleh dianggap sebagai 1 bantuan kepada prosedur bersalin normal apabila bayi yang sedang dilahirkan gagal untuk dikeluarkan sepenuhnya. 

Antara penyebabnya mungkin kerana wujud halangan kecil atau ibu sudah mengalami keletihan dan kepenatan sehingga tidak berupaya menolak bayi keluar.

Dalam kes seperti itu, doktor akan menggunakan alat khas menyerupai forcep dan memasukkan secara perlahan-lahan ke dalam saluran kelahiran.

Ia akan digunakan untuk menarik kepala bayi dengan perlahan dan membawanya keluar melalui saluran faraj.

cara bersalin
Forcep digunakan untuk menarik kepala bayi.
  1. Melahirkan anak dengan bantuan vakum

Fungsinya sama seperti kelahiran forcep, di mana ia adalah bantuan yang akan digunakan dalam kaedah melahirkan anak secara normal. Tetapi bila kaedah ini akan diperlukan?

Apabila bayi yang sedang dalam proses kelahiran berhenti bergerak di dalam saluran faraj, maka doktor akan memutuskan untuk menggunakan bantuan vakum.

1 pam vakum khas akan dimasukkan melalui saluran kepala bayi. Pada penghujung vakum mempunyai cawan lembut yang akan diletakkan pada bahagian atas kepala bayi.

Cawan lembut itu akan ‘memegang’ kepala bayi dan si manja akan dibawa keluar dengan perlahan melalui saluran faraj.

Pro dan kontra pemilihan cara bersalin

Setiap cara bersalin mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Namun matlamat yang penting adalah bagi memastikan tahap keselamatan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.


Sebelum memutuskan sebarang petua orang tua cepat bersalin, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan pakar. Semoga proses kelahiran si comel anda akan berjalan dengan lancar.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pregnancy: Types of Delivery. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9675-pregnancy-types-of-delivery / Accessed on April 2, 2020

Types of birth: pros and cons of five common delivery methods. https://www.themotherbabycenter.org/blog/2022/07/types-of-birth-pros-and-cons-of-common-delivery-methods/. Accessed on April 2, 2020

5 Different Types of Childbirth and Delivery Methods You Should Know. https://blog.johnsonmemorial.org/blog/what-type-of-birth-is-right-for-you-and-your-baby. Accessed on April 2, 2020

Delivery by Cesarean Section. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/prenatal/delivery-beyond/Pages/Delivery-by-Cesarean-Section.aspx. Accessed on April 2, 2020

C-Section. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/c-section/about/pac-20393655. Accessed on April 2, 2020

Versi Terbaru

09/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bagaimana Rasanya Sakit Kontraksi? Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin!

Segan Nak Tayang 'Bawah' Depan Nurse? Perlu Ke Ibu Hamil Cukur Bulu Faraj Sebelum Bersalin?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan