backup og meta

Yoga Dan Meditasi Untuk Kesihatan Mental

Yoga Dan Meditasi Untuk Kesihatan Mental

Sejak tahun 1970-an, yoga dan meditasi telah dikaji sebagai antara rawatan yang mungkin untuk masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kegelisahan. Pelbagai kajian berkaitan meditasi dan yoga menunjukkan keberkesanan terapeutik, yang menyebabkan terapi sebegini semakin menjadi pilihan pada masa kini.

Meditasi

Merupakan terapi yang memerlukan individu untuk memfokus kepada apa yang sedang berlaku pada masa kini. Meditasi menilai apa yang sedang berlaku di dalam, sebagai contoh, apa yang anda fikirkan, perasaan, keinginan fizikal, dan di luar, seperti interaksi dan persekitaran, dengan pemikiran terbuka tanpa menghakimi. Mengamalkan meditasi membantu anda untuk kekal fokus dan ‘wujud’ tanpa mengira apa halangannya. Memandangkan ia membantu memperlahankan pernafasan, menenangkan minda dan memberikan ketenangan dalaman, ia mendatangkan manfaat secara fizikal, mental dan emosi. Berikut antara 5 manfaat yang paling ketara dalam mengamalkan ketenangan fikiran:

  • Menyelidik, memikirkan apa yang berlaku dalam kepala anda, dan melihat bagaimana ia mendatangkan impak kepada perasaan dan tindakan anda
  • Mengenal pasti dan mengelakkan fikiran yang mengganggu, berulang-ulang yang menyebabkan tekanan
  • Mengubah tabiat yang menjengkelkan
  • Mencipta ruang antara pemikiran dan reaksi untuk mengelakkan dari melakukan perkara yang sia-sia dan tidak produktif
  • Mewujudkan rasa ketenangan dan kedamaian dengan memperkuatkan rasa belas kasihan dan kebaikan

Bagaimana untuk mengetahui sama ada meditasi anda berjaya atau tidak? Ramai individu menggambarkan kesedaran minda dengan cara yang berbeza. Ada yang melihatkan satu sumber cahaya, sementara ada yang lain melihat diri mereka dari jarak, imej atau deria warna. Terdapat sesetengah individu merasakan atau melihat sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Ada yang mengalaminya dengan cara kedamaian dan ketenangan dalaman. Semua ini menunjukkan sesi meditasi yang berjaya.

Yoga

Berasal dari India beberapa ribu tahun dahulu sebagai satu amalan fizikal dan rohani. Dengan mengamalkan yoga, minda dilatih untuk menjadi tenang melalui pernafasan mendalam dan menjadi fokus ketika menahan pernafasan. Mengamalkan yoga, bukan sekadar melibatkan aktiviti fizikal, tetapi juga membawa diri ke dalam aspek mental, sekali gus meningkatkan kesihatan mental.

Kelas yoga terdiri dari tahap yang lembut dan santai sehingga ke tahap yang sukar dan mencabar. Pilihan gaya ini adalah bergantung kepada tahap kemampuan dan keinginan individu. Hatha yoga, salah satu jenis yoga, menggabungkan 3 elemen; fizikal (disebut asanas), kawalan pernafasan berhubung dengan asanas, dan tempoh singkat ketenangan/meditasi mendalam. Berikut adalah kelebihan yoga yang boleh mengubah otak, emosi dan kesihatan mental:

  • Memperbaiki kesejahteraan psikologi dan mental
  • Membantu mengatasi kegelisahan dan kemurungan
  • Meningkatkan memori dan tumpuan
  • Mengurangkan kesan dari pengalaman traumatik
  • Mencegah sebarang masalah kesihatan mental

Secara umumnya, semasa anda mempelajari teknik meditasi dan yoga, sentiasa mengingatkan diri anda bahawa setiap hari adalah berbeza dan anda akan berdepan cabaran dan kesukaran yang berbeza. Tetapi dalaman anda akan kekal sama dan perkara yang anda perlu lakukan adalah untuk melihat dan mencari ketenangan dalaman.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Exercise, Yoga, and Meditation for Depressive and Anxiety Disorders. http://www.aafp.org/afp/2010/0415/p981.html. Accessed December 29th, 2016.

The Mental Health Benefits Of Meditation: It’ll Alter Your Brain’s Grey Matter, And Improve Memory, Sense Of Self.  http://www.medicaldaily.com/mental-health-benefits-meditation-itll-alter-your-brains-grey-matter-and-improve-319298. Accessed December 29th, 2016.

Versi Terbaru

13/03/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Diri Anda Ketagih Guna "Fitness Tracker"! Ini Cara Elakkannya

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/03/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan