home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bagaimana Ingin Melakukan Perubahan yang Kekal Lama

Bagaimana Ingin Melakukan Perubahan yang Kekal Lama

Melakukan sesuatu perubahan mungkin susah tetapi tahukah anda apa yang lebih susah daripada itu? Jawapannya ialah mengekalkan perubahan tersebut.

Bagaimana ingin mengekalkan motivasi dan tetap dalam mencapai sasaran? Ikuti tip berikut.

1. Elakkan berkongsi matlamat anda secara umum

Di zaman media sosial ini, semua perkara ingin dikongsikan bermula bangun tidur sehingga tidur semula termasuk hal-hal peribadi seseorang.

Jika ingin membuat sesuatu perubahan, berkongsi di media sosial mungkin bukan idea yang baik.

Sebagai contoh, anda ingin mengamalkan tabiat baru iaitu berjoging 3 kali seminggu. Memuat turun perancangan anda mungkin boleh membunuh motivasi melalui komen-komen negatif dari pengguna media sosial. Tambahan pula, jika anda gagal melaksanakan perkara tersebut, ia akan mengundang banyak kecaman.

2. Dapatkan teman

Berkongsi kepada orang tertentu boleh membantu anda kekal termotivasi. Jika perubahan yang ingin dibuat dilakukan bersama seorang atau lebih teman, ia akan membuatkan anda lebih bersemangat. Di waktu anda malas, teman anda akan mengingatkan, begitu juga sebaliknya.

Lebih-lebih lagi, melakukan sesuatu aktiviti secara bersama lebih seronok. Ajak orang tersayang anda!

3. Elakkan perubahan drastik

Sesuatu yang dilakukan secara drastik kebiasaannya tidak akan bertahan lama. Walaupun semangat dan motivasi anda sedang membara, langkah drastik hanya akan meruntuhkan semangat tersebut.

Contohnya, dalam mengubah diet untuk mengurangkan berat badan, elakkan mengurangkan kuantiti makanan anda kepada 1 per 3 dari biasa bermula hari pertama atau meninggalkan terus minuman manis serta merta. Ia bukan sahaja menghabiskan stamina untuk anda berubah, malah kurang baik untuk kesihatan.

Tubuh anda memerlukan sedikit masa untuk melakukan adaptasi terhadap keadaan baru. Mulakan sedikit demi sedikit, asalkan ada perkembangan.

4. Jangan letakkan sasaran terlalu tinggi

Anda ingin hilang berat badan 5 kilogram dalam sebulan? Balik kepada realiti. Testimoni dan iklan yang anda dengar tidak semuanya benar dan jika benar pun, ia tidak semestinya sesuai dengan diri anda.

Jika sasaran yang diletakkan terlalu tinggi, anda lebih mudah kecewa dan putus asa. Biar sasaran itu rendah tetapi boleh dicapai. Kemudian, naikkan dari semasa ke semasa.

Jangan serik melakukan perubahan. Kegagalan hari ini tidak bermakna selamanya gagal.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 13/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor