backup og meta

Bagaimana ingin kekal aktif sepanjang hari?

Bagaimana ingin kekal aktif sepanjang hari?

Menjadi aktif sepanjang hari boleh mengelakkan anda dari banyak masalah kesihatan seperti obesiti, glukosa tinggi di dalam darah, tekanan darah tinggi dan juga turut memberikan anda bentuk badan seperti yang anda inginkan. Bagaimana kita boleh meningkatkan keaktifan kita dengan langkah yang mudah?

Di bawah adalah beberapa petua berguna yang akan membantu anda membakar kalori tanpa perlu ke gimnasium yang mahal.

Di tempat kerja

Terdapat banyak cara untuk anda membakar sebahagian lemak semasa menjalani kehidupan sedentari.

  • Gunakan tangga, bukannya lif, boleh menjadi satu senaman jantung yang baik.
  • Selepas bekerja selama 1 atau 2 jam, adalah penting untuk anda bangun dari kerusi dan berjalan beberapa langkah di sekitar pejabat anda atau lakukan senaman regangan yang mudah.
  • Bergerak sebanyak yang boleh: keluar makan, berhenti satu stesen yang lebih awal dan berjalan ke pejabat jika anda menggunakan pengangkutan awam.

Di rumah

Anda juga boleh menjadi aktif dengan melakukan sukan atau hobi kegemaran anda seperti berjalan bersama anjing anda, bermain dengan anak-anak. Di samping itu, kerja-kerja seperti vakum, membasuh pinggan dan membersihkan habuk juga boleh dilakukan. Anda boleh mangambilnya sebagai peluang untuk melakukan beberapa kerja di halaman rumah (memotong rumput, menyapu daun gugur) dan membersihkan rumah (membuka kotak dan membuang kotak lama). Akhir sekali, anda boleh melakukan senaman sambil menonton rancangan kegemaran anda atau melakukan senaman semasa iklan.

Semasa di luar

Menjadi aktif kadangkala boleh memakan masa dan tenaga. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan kenderaan jauh dari pusat membeli-belah agar boleh berjalan pada jarak yang lebih jauh; cuba berjalan di setiap sudut kedai runcit; berjalan ke atas dan ke bawah di terminal kapal terbang apabila ada kelewatan penerbangan; dan semasa perjalanan di atas jalan raya, adalah dinasihatkan untuk turun dari kereta 1 atau 2 jam selepas memandu dan lakukan beberapa senaman regangan.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Be More Active Throughout the Day. http://www.diabetes.org/food-and-fitness/fitness/types-of-activity/be-more-active-throughout-the-day.html?referrer=https://www.google.com/. Accessed August 23, 2016.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Nak Elak Dapat 13 Kanser Ini? Mudah Sahaja, Berkebun & Lakukan Kerja Di Rumah!

5 Cara Penjagaan Ini Dapat Bantu Elak KOMPLIKASI Diabetes, No. 4 Penting Kalau Sayangkan Penglihatan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan