Lisa Graham, pengarang utama bagi kajian ini dan seorang senior yang terlibat dalam pengkhususan neurosains kognitif di Arts & Sciences universiti tersebut memberitahu, kajian tersebut amat penting kerana ia membantu memperjelaskan hubungan diantara penglibatan dalam sukan, jumlah bahagian otak yang tertentu dan simptom kemurungan dalam kalangan kanak-kanak seawal umur 9 tahun. Beliau turut menambah, penglibatan dalam aktiviti sukan dan bukannya aktiviti bukan berbentuk sukan seperti musik dan seni, berkait rapat dengan jumlah hippocampal yang lebih besar dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan dan berkaitan dengan pengurangan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Beliau turut menyatakan bahawa hasil kajian ini boleh mencetuskan usaha kerja baharu berkenaan pencegahan dan perawatan risiko kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.
Deanna Barch, ketua Jabatan Sains Psikologi & Otak di Arts & Sciences dan Profesor Psikiatri di Washington University School of Medicine in St. Louis berkata, hasil kajian tersebut memberikan kebarangkalian yang agak menarik apabila terdapat manfaat tambahan pasukan atau komponen berstruktur sukan tersebut, seperti interaksi sosial atau keteraturan yang diberikan daripada aktiviti-aktiviti ini. Sementara kajian-kajian lain telah menunjukkan kesan aktiviti senaman dan sukan keatas kemurungan dan kaitannya dengan jumlah hippocampal dalam kalangan orang dewasa, kajian ini pula merupakan antara yang pertama yang menunjukkan bahawa penyertaan dalam sukan berkumpulan mempunyai kesan anti-kemurungan yang sama dalam kalangan kanak-kanak pra-remaja.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen