Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan daripada kita pasti akan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan senaman untuk memastikan otot dalam keadaan bersedia, bukan?
Untuk artikel kali ini kami akan berkongsi tentang 4 langkah terbaik untuk melakukan latihan fleksibiliti pada tubuh badan.
Mengapa anda perlu melakukan latihan fleksibiliti?
Ia kelihatan seperti individu sedang mula melakukan senaman dan regimen kecergasan. Mereka merasakan perlu untuk meningkatkan latihan fleksibiliti.
Sebenarnya tak semua orang perlu melakukan latihan fleksibiliti terutamanya jika tiada sebarang sensasi ketegangan pada otot, jadi latihan ini tidak diberikan keutamaan.
Namun begitu, jika anda masih mempunyai masalah untuk memakai kasut dengan mudah pada waktu pagi, ada kemungkinan anda memerlukan latihan fleksibiliti ini.
Berikut merupakan cara bagaimana untuk meningkatkan fleksibiliti dengan cepat dan selamat. Ia cuma memerlukan fokus, motivasi dan kesabaran.
4 Aktiviti regangan fleksibiliti
Dengan gaya hidup yang sibuk kerana keperluan untuk bekerja siang dan malam, maka kita jarang mempunyai masa untuk melakukan rutin senaman secara berkala.
Malah agak sukar untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 45 minit untuk sesi latihan penuh, belum lagi ditambah dengan 20 minit untuk meregangkan badan sebelum sebarang sesi senaman.
Daripada meluangkan masa dengan rutin regangan cookie-cutter yang tidak berkesan, anda sewajarnya mengikuti langkah-langkah ini.
1. Mengenalpasti keperluan fleksibiliti dan aktiviti regangan anda
Sebelum itu, anda perlu tahu mengapa anda mahu meningkatkan fleksibiliti badan. Terdapat banyak sebab yang boleh menjadi punca antaranya:
- Mengurangkan bengkak otot selepas bersenam
- Mengurangkan risiko kecederaan
- Meningkatkan prestasi
- Meningkatkan lingkungan pergerakan
- Mengurangkan kesakitan
Jadi bagaimana nak tahu jika anda perlu melakukan regangan?
- Jika tangan lemah ketika melakukan handstand kerana tidak boleh diangkat melepasi kepala, maka anda perlu untuk melakukan regangan.
- Jika anda mahu bermain dengan anak tetapi mengalami masalah untuk merangkak disebabkan badan terasa tegang, maka anda perlu melakukan regangan.
Seperti yang telah diperkatakan, anda perlu mencari motivasi yang tepat untuk mencapai objektif tersebut.
2. Tentukan apakah halangan anda
Selepas tahu tujuan anda, cari pula halangan untuk mencapainya. Ia penting untuk anda tahu sama ada otot mana yang perlu anda lakukan regangan dan latihan fleksibiliti.
Ini kerana mungkin agak sukar untuk anda membongkok dan menyentuh ibu jari kaki. Maka anda harus memberikan lebih fokus pada fleksibiliti keseluruhan anggota badan dengan mencari posisi yang paling tepat.
Berikut merupakan posisi tersebut:
- Squat
- Crosslegged Sitting
- Longsitting
- Supine Hip / Knee Flexion
- Hooklying Crossleg Hip Rotation
- Shoulder Combined Motions
- Prone Backbending
- Neck Motions
3. Jadi lebih fleksibel dengan mengurangkan usaha
Tidak boleh bergerak dalam sesuatu lingkungan adalah kerana ketegangan yang boleh dikaitkan dengan beberapa faktor:
- Parut pada tisu lembut (kelekatan struktur sebenar menghalang pergerakan)
- Hipomobiliti sendi (menyukarkan sendi untuk bergerak kerana kecederaan atau faktor kongenital)
- Ton otot lebih tinggi (memberi kesukaran otot untuk meregang)
Kadang kala anda mungkin memaksa diri untuk melakukan posisi regangan namun ia bukanlah satu tahap yang tinggi ketika melakukan senaman fleksibiliti.
4. Ikut perancangan dengan konsisten
Kini anda sudah tahu tujuan sebenar untuk melakukan latihan fleksibiliti dan aktiviti senaman ini. Jadi, ikut perancangan tersebut secara konsisten dan lakukan ia sekerap yang mungkin.
Perancangan anda adalah terhasil daripada tujuan sebenar, halangan mobiliti dan fleksibiliti anda. Sebagai contoh, seorang pelari memerlukan latihan yang lebih sistematik untuk memastikan teknik larian mereka sempurna dan efisien.
Itu merupakan contoh perancangan berlainan yang dibuat berdasarkan situasi peribadi seseorang individu.
Perancangan ini akan mula menunjukkan hasilnya dari sesi ke sesi dan ia adalah sangat penting untuk anda konsisten dalam latihan serta berikan peluang untuk tubuh badan mengadaptasi hasil daripada latihan tersebut.
Untuk jadi lebih fleksibel, anda perlu memulakannya
Agak sukar untuk mengetahui di mana untuk memulakan latihan fleksibiliti kerana terlalu banyak informasi di luar sana dan ia akan mendatangkan kekeliruan. Ini akan menjadikan anda tidak mahu untuk memulakannya.
Berikut merupakan empat langkah yang ditekankan untuk membantu anda memulakan latihan supaya jadi lebih fleksibel:
- Ketahui keperluan fleksibiliti anda yang sebenar
- Kenalpasti bahagian badan anda yang paling tegang
- Sabar dan konsisten dalam latihan fleksibiliti
- Sentiasa ikut kepada perancangan regangan (jangan cuba untuk mengubahnya)
Tiada usaha, tiada hasil
Anda tidak boleh duduk sambil berharap boleh melakukan split. Malah anda perlu memulakan usaha untuk mendapatkan hasil. Paling penting kepercayaan terhadap diri sendiri yang kuat, itu amat diperlukan.
[health_tool_article id=”94632″]
[embed-health-tool-heart-rate]