backup og meta

Bersenam Untuk Kesihatan Mental

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/11/2022

    Bersenam Untuk Kesihatan Mental

    Tekanan dan kemurungan adalah perkara masa dalam tempoh tertentu kehidupan. Dan manfaat bersenam mungkin melebihi dari sekadar untuk melegakan tekanan kepada memperbaiki masalah kemurungan dan berkaitan gangguan kesihatan mental.

    Manfaat bersenam untuk kesihatan mental

    Pakar psikologi yang mengkaji bagaimana aktiviti fizikal dapat mengurangkan kemurungan dan tekanan menyarankan bahawa jogging selama 10 minit adalah sebagus melakukan senaman fizikal selama 45 minit.

    Terdapat kajian menunjukkan senaman boleh menyingkirkan emosi tekanan pada kebanyakan individu. Walaupun ia hanya kesan sementara, tetapi berjalan cepat atau sebarang aktiviti fizikal mudah yang lain dapat memberikan kelegaan selama beberapa jam, sama seperti pengambilan aspirin untuk melegakan sakit kepala.

    Penyelidikan saintifik turut membuktikan bahawa individu yang aktif secara fizikal mempunyai kadar tekanan dan kemurungan lebih rendah berbanding individu yang tidak aktif.

    melakukan aktiviti fizikal dapat meningkatkan kesihatan mental dengan membantu otak untuk mengatasi tekanan dan kemurungan. Dalam satu kajian, penyelidikan mendapati bahawa individu yang bersenam secara teratur adalah 25% kurang berisiko untuk mengalami kemurungan atau gangguan mental dalam tempoh 5 tahun akan datang.

    Tambahan pula, bersenam secara teratur dan tetap dapat berfungsi sebagai terapi untuk sesetengah individu bagi mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan, dan kesannya mungkin dapat bertahan lama.

    Satu sesi senaman yang aktif dalam mengurangkan simptom selama berjam-jam, dan rutin aktif mungkin dapat mengurangkan simptom ini dari semasa ke semasa.

    Tip untuk bersenam

    Jika anda sememangnya seorang individu yang aktif dalam aktiviti berkaitan fizikal, cuba untuk terus melakukannya. Tetapi, jika anda bukan individu yang aktif, berikut beberapa tip yang dapat membantu anda untuk memulakannya:

    • 5 X 30. Berjalan, berlari, berbasikal, joging, atau menari, tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit.
    • Tetapkan matlamat harian. Bertujuan untuk mengekalkan konsistensi harian. Ia adalah lebih baik untuk berjalan selama 15-20 minit setiap hari berbanding hanya menunggu pada hujung minggu untuk melakukan 3-4 jam marathon kecergasan.
    • Senaman menyeronokkan. Ikuti kelas kecergasan atau aktivti senaman secara berkumpulan. Namun, individu introvert lebih gemar aktiviti senaman secara solo.
    • Lagu. dapatkan iPod atau pemain media mudah alih yang boleh membuatkan anda lebih berseronok ketika bersenam.
    • Rakan bersenam. Ia adalah lebih mudah untuk mengekalkan tabiat bersenam jika anda mempunyai rakan bersenam yang komited. Ia boleh jadi rakan, teman lelaki ataupun teman wanita, atau mungkin rakan sekerja.
    • Bersabar. Jika anda baru memulakan program senaman baru dan anda merupakan seorang yang tidak aktif, ia memerlukan masa 4 hingga 8 minggu untuk anda menjadi lebih selesa dan mudah dalam bersenam.

    Terdapat pelbagai sebab mengapa aktiviti fizikal adalah sangat bagus untuk tubuh anda. Sebagai contoh, ia memberikan sistem kardiovaskular yang lebih sihat, memperbaiki sendi dan tulang anda.

    Bersenam juga baik untuk kesihatan mental dan kesejahteraan anda. Malah, terdapat banyak cara untuk anda menjadi individu yang aktif. Jadi cari dan pilih aktiviti fizikal dan senaman yang bersesuaian dengan anda dan mulakan hari ini.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan