Bersenam sewaktu puasa harus tetap dilakukan agar selalu cergas. Salah satu perkara yang disarankan untuk tetap dilakukan selama berpuasa adalah melakukan senaman. Rasa haus memang akan selalu anda alami sewaktu bersenam. Ini disebabkan tubuh kehilangan banyak cecair sewaktu melakukan aktiviti fizikal. Namun jangan jadikan ini sebagai alasan, anda tetap boleh bersenam di bulan puasa.
Oleh itu, anda harus bijak memilih senaman yang sesuai sehingga tidak merugikan diri sendiri. Salah satu hal yang penting untuk dipertimbangkan adalah memilih waktu dan tempat yang tepat untuk bersenam. Jadi, bilakah waktu terbaik untuk bersenam? Bersenam di bulan puasa, sebaiknya setelah berbuka atau sebelum berbuka? Baca penjelasan berikut selengkapnya.
Senaman sewaktu puasa, lebih baik setelah berbuka atau menjelang waktu berbuka?
Dipetik daripada laman Islamicity, jika anda melakukan senaman sewaktu puasa, ini akan menyebabkan kenaikan hormon kortisol (hormon stres) yang tinggi, terutamanya jika senaman berintensiti tinggi. Selain itu, senaman yang dilakukan dalam keadaan dehidrasi juga boleh menurunkan daya tahan tubuh dengan drastik.
Jadi, senaman setelah berbuka puasa adalah waktu yang terbaik. Hal ini disebabkan tubuh sudah mendapatkan pengambilan tenaga kembali daripada makanan dan minuman sewaktu berbuka.
Sedangkan menurut Dr. Michael Triangto, menentukan waktu terbaik untuk melakukan senaman sewaktu puasa bergantung kepada tujuan senaman itu sendiri. Disebabkan itu, anda perlu menetapkan terlebih dahulu apa tujuan senaman tersebut.
Jika tujuan anda bersenam untuk kesihatan dan kekal cergas, maka jangan melakukannya di waktu petang. Ini disebabkan jika senaman dilakuan petang atau malam hari, maka anda tidak akan mendapatkan kesan kesegaran karana udara sudah tercampur dengan pencemaran udara. Untuk mendapatkan manfaat kesegaran, anda boleh melakukan senaman setelah sahur ataupun setelah solat subuh sewaktu udara masih segar dan nyaman. Senaman yang dilakukan tentulah senaman yang ringan seperti jogging, berjalan laju dan berbasikal.
Sedangkan jika alasan anda bersenam adalah untuk melatih otot dan mengeluarkan peluh, maka anda boleh melakukan senaman beban ataupun kardio yang boleh dilakukan di malam hari selama 30 hingga 60 minit atau boleh juga dilakukan ketika menunggu waktu berbuka.
Selain itu, untuk melakukan senaman di bulan puasa, anda harus mengetahui keadaan tubuh dan kesihatan anda. Ini disebabkan kemampuan setiap individu berbeza. Ada orang yang memang mampu melakukan senaman sewaktu puasa dan ada juga yang hanya boleh bersenam setelah berbuka.
Perkara yang harus diawasi sewaktu melakukan senaman di bulan puasa
Jangan terlalu memaksakan diri untuk bersenam, ada baiknya kenali tubuh anda sendiri sebelum memutuskan untuk bersenam. Beberapa hal yang harus anda perhatikan sewaktu melakukan senaman selama bulan ramadan, adalah:
- Luangkan waktu untuk bersenam sekitar 30 minit sehingga maksimum 60 minit. Jangan lupa untuk bersenam secara konsisten dan rutin.
- Lakukan senaman kardiovaskular dengan intensiti ringan seperti berjalan kaki dan berbasikal. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti latihan otot yang sederhana. Hal ini boleh membantu membakar kalori, meningkatkan stamina, meregangkan otot, meningkatkan fleksibilti dan detoksifikasi.
- Jangan melakukan senaman berintensiti tinggi seperti lari jarak jauh, angkat berat dan senaman berat lain kerana boleh menyebabkan kecederaan sendi atau otot. Bahkan hal tersebut juga boleh menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah rendah, hipoglisemia dan pening kepala.
- Perbanyakkan pengambilan cecair sewaktu berbuka dan sahur. Minumlah air kelapa untuk meningkatkan elektrolit dalam tubuh anda, dan mengoptimumkan fungsi jantung, serta saraf otot.
- Perhatikan pengambilan nutrien dan bahagian makanan yang akan diambil untuk berbuka dan sahur. Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tinggi seperti makanan bergoreng dan santan agar senaman yang anda lakukan berhasil.
- Jangan teruskan senaman jika anda merasa lemas, pening atau sakit meskipun anda sudah menurunkan intensiti senaman anda.
- Cukupkan waktu tidur anda sepanjang Ramadan, disebabkan waktu tidur yang tidak mencukupi akan mempengaruhi fungsi tubuh.
[embed-health-tool-bmi]