backup og meta

Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

Semua orang tahu akan kepentingan bersenam terhadap kesihatan. Oleh itu, ramai orang yang mempunyai kerja yang tidak aktif akan cuba bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tetapi, tahukah anda, walaupun anda bersenam 30 minit setiap hari, anda masih berisiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular?

Perkara di atas boleh berlaku kepada individu yang mempunyai hidup ataupun kerja sedentari. Untuk pengetahuan anda, kerja yang tidak aktif boleh ‘membatalkan’ kepentingan bersenam terhadap kesihatan anda!

Apa itu gaya hidup tidak aktif atau sedentary lifestyle?

tidak aktif

Cuba anda perhatikan aktiviti seharian anda. Adakah anda perlu duduk bekerja di depan komputer atau duduk di dalam kereta sepanjang hari?

Jika jawapan anda adalah ya, maka anda merupakan salah seorang antara 85% rakyat di dunia yang mempunyai kerja yang tidak aktif ataupun sedentary jobs.

Menurut American Heart Association, bilangan pekerja yang mempunyai desk job atau menghabiskan masa dengan duduk sepanjang hari kian bertambah tahun demi tahun.

Sebuah kajian telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai pekerjaan sedentari akan mengalami masalah kesihatan walaupun individu tersebut bersenam selama 60 minit setiap minggu!

Tapi, mengapa keadaan ini berlaku? Bukankah senaman merupakan satu aktiviti yang boleh menyihatkan badan?

Untuk pengetahuan anda, kenyataan di atas adalah benar. Senaman merupakan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan.

Tetapi, kepada individu yang duduk sepanjang hari, senaman mungkin tidak dapat membantu anda untuk menjadi lebih sihat.

Menurut Michael Blaha, senaman yang sedikit tidak dapat membantu kesihatan individu yang tidak aktif sepanjang hari. Individu yang tidak aktif perlukan aktiviti dan senaman lebih untuk kekal sihat.

Lelaki dan perempuan sama sahaja

Sebuah kajian telah dijalankan di Finland ke atas 27 orang lelaki dan wanita selama dua hari.

Pada hari yang pertama, mereka diarahkan untuk melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit, manakala pada hari kedua pula mereka tidak melakukan apa-apa aktiviti dan bekerja seperti biasa.

Melalui kajian tersebut, para pengkaji mendapati kedua-dua lelaki dan wanita yang terlibat mempunyai kadar penggunaan tenaga yang meningkat setelah melakukan aktiviti selama 30 minit.

Namun, aktiviti yang mereka lakukan tidak mengurangkan kadar ketidakaktifan otot. Ini bermaksud, walaupun mereka bersenam, otot mereka tidak menjadi aktif ataupun kuat semula.

Tambah lagi, terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di University of Copenhagen yang menyokong kenyataan di atas.

Eksperimen yang mereka lakukan mendapati bahawa individu yang kerap bersenam akan kehilangan kekuatan otot jika mereka secara tiba-tiba menjadi sangat tidak aktif.

Menurut mereka, perubahan ini hanya perlukan masa selama 2 minggu.

Kedua-dua kajian ini membuktikan bahawa tempoh masa yang tidak aktif akan membuatkan kekuatan otot merosot.

Walaupun peserta di dalam kajian di atas melakukan senaman, otot mereka tidak kembali pulih disebabkan masa duduk yang terlampau lama melebihi 10 jam.  

Kepentingan bersenam tidak dirasai jika tidak aktif semasa bekerja

tidak aktif

Erin Michos, Ahli Kardiologi daripada Johns Hopkins Medicine mencadangkan agar individu yang mempunyai kerja yang tidak aktif untuk bangun dan bergerak dengan lebih banyak ketika bekerja.

Menurut beliau, tempoh masa yang beliau sendiri terpaksa habiskan di pejabat tidak termasuk dengan masa di dalam pengangkutan awam ataupun kereta boleh memakan masa 5 hingga 6 jam sehari. 

Jika ditambah, tempoh masa yang mungkin seseorang habiskan dalam posisi duduk boleh mencecah 10 hingga 12 jam sehari!

Duduk dalam satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan kanser. 

Gaya hidup yang tidak aktif juga dapat meningkatkan risiko penyakit sama ada disebabkan oleh penyakit jantung ataupun masalah kesihatan yang lain.

Walaupun anda melakukan senaman selama 30 minit sehari, apa yang anda lakukan pada masa lain turut memainkan peranan penting.

Saya ingin jadi lebih aktif, tapi bagaimana?

Menurut Michael Blaha, aktiviti dan senaman merupakan dua perkara yang berbeza.

Senaman merupakan pergerakan untuk menguatkan otot dan menambah fleksibiliti badan yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung anda.

Aktiviti pula merujuk kepada betapa aktif anda sepanjang hari.

Individu yang aktif mempunyai kerja yang memerlukan mereka untuk berdiri dan bergerak sepanjang hari. Mereka mungkin mempunyai kerja yang perlu dilakukan secara fizikal dan menggunakan tenaga yang banyak.

Namun, berapa banyak senaman dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk lebih sihat?

Sebagai permulaan, anda boleh:

  1.   Lakukan senaman yang berat 3 hingga 5 kali seminggu.
  2.   Bergerak selama 5 minit setiap satu jam.
  3.   Berjalan 10,000 langkah setiap hari.

Secara ideal, anda digalakkan untuk bersenam dan juga aktif semasa bekerja. Jika anda mampu lakukan kedua-dua perkara ini, pasti badan anda akan jadi lebih sihat!

Kesimpulan

Individu yang mempunyai pekerjaan yang tidak aktif perlu bergerak dengan lebih aktif supaya senaman yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.

Kenyataan di atas adalah bertepatan kepada individu yang duduk lebih daripada 10 jam sehari.

Kajian mendapati bahawa individu yang menghabiskan masa dengan duduk mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kardiovaskular.

Jika anda ingin menjadi lebih aktif, anda boleh cuba mengira langkah anda menggunakan alat penjejak langkah, pedometer ataupun hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Cuba berjalan lebih daripada 10,000 langkah sehari. Jika anda sebelum ini amat tidak aktif, anda boleh cuba berjalan sebanyak 2,000 langkah ataupun 4,000 langkah sehari.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Finni, T., P. Haakana, A. J. Pesola, and Pullinen T. 2012. “Exercise for fitness does not decrease the muscular inactivity time during normal daily life.” Scandinavian Journal of Medicine & Science in Sports 211-219.
  2. Futurity. 2015. YOU’LL LOSE MUSCLE IF YOU SIT FOR 2 WEEKS. June 30. Accessed September 9, 2020. https://www.futurity.org/muscle-loss-exercise-951272/.
  3. Johns Hopkins Medicine. n.d. Sitting Disease: How a Sedentary Lifestyle Affects Heart Health. Accessed September 9, 2020. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/sitting-disease-how-a-sedentary-lifestyle-affects-heart-health.
  4. Physical inactivity a leading cause of disease and disability, warns WHO. https://www.who.int/news/item/04-04-2002-physical-inactivity-a-leading-cause-of-disease-and-disability-warns-who. Accessed on Sept 10, 2021
  5. Jung Ha Park, Ji Hyun Moon, Hyeon Ju Kim, Mi Hee Kong, and Yun Hwan Oh. 2020. Sedentary Lifestyle: Overview of Updated Evidence of Potential Health Risks. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7700832/. Accessed on Sept 10, 2021

 

Versi Terbaru

17/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bersenam 30 Minit Boleh Kurangkan Risiko Kemurungan?

Berdasarkan Kajian, Kanak-kanak Sekolah Rendah Kurang Bersenam


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan