backup og meta

Cara Seronok untuk Kekal Sihat di luar Gimnasium dengan Rakan-rakan

Cara Seronok untuk Kekal Sihat di luar Gimnasium dengan Rakan-rakan

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.    

“Saya terlalu sibuk untuk pergi ke gim”, “yuran terlalu mahal”, “Saya merasa takut dengan orang lain yang kelihatan sihat”.

Pernahkah anda mempunyai pemikiran ini setiap kali anda berfikir untuk pergi ke gim? Bersenam di gim adalah cara terbaik untuk mematuhi rutin dan lebih berdisiplin dengan rancangan senaman anda. Tetapi terdapat juga banyak pilihan lain untuk bersenam yang kos yang rendah. Berikut adalah beberapa cadangan dan manfaatnya:

  1. Banyak menggunakan pergerakan kaki

Kajian mendapati bahawa dengan pergerakan kaki yang lebih banyak mempunyai manfaat kesihatan yang luar biasa. Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa berdiri dan bergerak mencatatkan tahap gula dan kolesterol yang lebih rendah. Faedah lain dengan berjalan kaki termasuklah penurunan indeks jisim badan (BMI) dan lilitan pinggang.

Amalan ini boleh diringkaskan dengan amalan “berdiri, kurang duduk dan bergerak lebih banyak”. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk menggunakan tangga daripada mengambil lif atau berdiri semasa bercakap di telefon, berdiri semasa mesyuarat dan meletak kereta anda beberapa meter jauh dari pintu masuk.

  1. Apabila terlalu panas, keluarkan peluh dengan sukan indoor

Ping pong, badminton, bola keranjang, berenang dan semua sukan indoor dapat dimainkan bersama dengan rakan-rakan anda. Terdapat banyak pilihan permainan dan sukan yang menyeronokkan, cepat, tidak akan membosankan anda dan juga akan membantu membina kemahiran sosial anda.

Kajian terbaru mendapati bahawa indoor rock climbing dikaitkan dengan pengurangan kemurungan dan kebimbangan. Ia juga membantu meningkatkan kesedaran sambil membina keberkesanan diri. Terdapat beberapa institusi psikiatri di Jerman yang menggunakan kaedah ini sebagai kaedah rawatan untuk kemurungan dan kecemasan.

  1. Buat latihan aerobik anda sendiri dan kem boot

Pergi ke ruang terbuka, padang atau taman permainan berhampiran kawasan kediaman anda dengan sekumpulan rakan untuk bertemu. Sediakan aktiviti yang boleh dijalankan di kawasan padang dan ajak rakan anda untuk menyertainya. Libatkan diri dalam pergerakan kardiovaskular kerana ianya lebih seronok apabila anda melakukannya bersama-sama!

  1. Bersiar-siar di sekitar bandar atau di pusat membeli-belah!

Terdapat banyak pilihan untuk bersiar-siar di bandar yang mungkin tidak diketahui oleh anda. Cuba lawati galeri seni, muzium dan tapak bersejarah. Jadilah pelancong di bandar anda sendiri dan terokainya!

Lebih suka pergi ke pusat membeli-belah? Jangan risau, kajian yang dilakukan pada warga tua mendapati peningkatan yang signifikan dalam tingkah laku dan kecergasan aktiviti fizikal pada mereka yang mengambil bahagian dalam program berjalan kaki di pusat membeli-belah. Gunakan pusat membeli-belah yang cantik dan indah di kawasan kejiranan anda. Nikmati pemandangan dan persekitaran yang selesa untuk bersiar-siar. Dengan pakaian yang sesuai dan kasut untuk tujuan bersiar-siar, anda bersedia untuk bersiar-siar!

  1. Cuba mendaki

Pergi mendaki dengan sekumpulan rakan. Terdapat beberapa bukit yang anda boleh pergi untuk aktiviti pendakian. Terdapat juga beberapa tempat di mana anda boleh pergi untuk aktiviti berbasikal. Jika anda tidak mempunyai basikal, cuba pilih lokasi yang menyediakan perkhidmatan sewa basikal yang berdekatan.

  1. Joging bukan hanya menyihatkan anda, tetapi juga untuk bersama-sama rakan anda

Taman awam boleh menjadi tempat yang sesuai untuk anda berjoging. Pakai sneaker / kasut berlari anda dan anda sedia untuk berjoging. Gunakan peluang ini untuk berjumpa dengan rakan dan berbual dengan mereka semasa anda berjoging. Beri perhatian pada pernafasan anda untuk mengelakkan daripada tercungap-cungap. Joging anda lebih bermakna jika dilakukan bersama-sama rakan dan teman.

  1. Jadikan rutin harian sebagai senaman

Satu kajian mendapati bahawa melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal selama 30 minit dalam lima hari seminggu boleh mengurangkan risiko kematian anda dari sebarang sebab sebanyak 28% dan mengurangkan kadar penyakit jantung anda sebanyak 20%. Ini termasuk tugasan harian rumah tangga dan berkebun. Oleh itu, sentiasa bekerja di sekitar kawasan rumah, nikmati kerja harian yang anda lakukan kerana dapat membantu anda menjadi lebih sihat!

Terdapat banyak cara untuk kekal sihat dan membawa kepada gaya hidup yang sihat. Mulakan dengan sesuatu yang kecil dan boleh dilakukan sambil memberi ruang kepada orang yang anda sayangi untuk menjadikannya lebih menyeronokkan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Aina Nur Azmi

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Diri Anda Ketagih Guna "Fitness Tracker"! Ini Cara Elakkannya

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Ditulis oleh

Aina Nur Azmi

· Hello Health Group


Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan