home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pakai Produk Hebat Tapi Parut Jerawat Susah Nak Hilang, Ini PUNCA Utamanya!

Pakai Produk Hebat Tapi Parut Jerawat Susah Nak Hilang, Ini PUNCA Utamanya!

Jerawat adalah penyakit kulit disebabkan bakteria dan biasanya muncul pada bahagian muka, leher, belakang badan dan dada. Kesan akibat jerawat yang paling ketara adalah parut jerawat merah, yang mungkin memakan masa bertahun untuk sembuh.

Jadi kefahaman tentang penyebab parut jerawat merah boleh membantu anda menentukan kaedah rawatan yang berkesan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit sila dapatkannya di sini.

Parut merah jerawat

parut jerawat merah

Menurut American Academy of Dermatology, terdapat hampir 80% pesakit jerawat menderita akibat parut.

Parut adalah hasil daripada proses penyembuhan luka yang dihasilkan badan. Jerawat merupakan antara salah satu kerosakan pada kulit, selepas keradangan ia akan meninggalkan parut.

Kolagen yang musnah ketika keradangan akan mengakibatkan wujudnya parut seperti ‘cucukan jarum’ (ice pick) – ini kerana kulit kehilangan tisu dan sistem sokongan.

Lebih malang lagi jika jerawat muncul pada bahagian muka, yang menyebabkan parut itu membawa kepada hilang keyakinan diri kepada pesakit. Kolagen yang hilang akan menyebabkan parut akan lebih menonjol.

Jenis parut jerawat

parut jerawat merah

Terdapat tiga jenis parut jerawat merah iaitu atrophic, hypertrophic dan keloid.

Parut jerawat atrophic merupakan antara parut jerawat biasa dialami. Parut ini diklasifikasikan sebagai ice pick, box scar, dan rolling scar.

Parut ice pick atau seperti cucukan jarum ini mempunyai parut yang kecil bersaiz 2mm, berada dalam kawasan kulit dan kelihatan seperti bentuk V.

Sementara itu, bagi rolling scar adalah bersaiz agak besar (sekitar 4-5mm), berbentuk M.

Manakala parut jerawat bentuk U dan agak luas adalah parut jerawat untuk jenis box scar.

Kolagen yang berlebihan atau berkurangan boleh menjadi punca kepada parut jenis hypertrophic dan keloid. Parut hypertrophic berlaku apabila kolagen hyalinized tebal dan berkumpul pada kulit.

Biasanya ia mempunyai warna merah jambu. Manakala parut keloid mempunyai warna merah-ungu dan bersaiz agak kecil dari hypertrophic.

Jika anda merasa terganggu atau kemunculan parut yang kronik, sebaiknya anda hubungi doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan menyeluruh dan rawatan yang betul.

Pilihan untuk merawat jerawat terdiri daripada terapi semula jadi, ubatan ataupun pembedahan laser.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.niams.nih.gov/Health_Info/Acne/. Accessed on December 15, 2016.
  2. http://www.bad.org.uk/library-media%5Cdocuments%5CAcne%20Update%20Aug%202013%20-%20lay%20reviewed%20Aug%202013.pdf. Accessed on December 17, 2016.
  3. https://www.aad.org/media/stats/conditions. Accessed on December 17, 2016.
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047
  5. https://www.niams.nih.gov/health-topics/acne
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 17/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor