backup og meta

Penat Asyik Menggaru Telinga Yang Selalu Gatal? Kena Tahu Dulu Sebabnya!

Penat Asyik Menggaru Telinga Yang Selalu Gatal? Kena Tahu Dulu Sebabnya!

Telinga gatal? Tidak boleh berhenti menggaru telinga?

Ia boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira sesiapa.

Banyak perkara boleh menyebabkan keadaan kesihatan ini.

Apa pun sebabnya, elakkan daripada memasukkan sesuatu ke dalam telinga.

Anda boleh mencederakan bahagian dalam telinga termasuk tulang kecil di dalamnya yang penting untuk pendengaran anda.

Antara sebab biasa telinga gatal ialah:

1. Tahi telinga terkumpul

Tahi telinga (earwax) ialah cara badan membersihkan sel kulit mati dan mengeluarkannya dari telinga.

Namun, jika ia terlalu banyak, telinga boleh menjadi gatal.

Anda mungkin rasa geram untuk mengorek telinga menggunakan pengorek telinga kapas tetapi ia tidak terlalu membantu anda membuang tahi telinga tersebut.

Sebaliknya, pengorek telinga kapas akan menolaknya ke dalam sehingga tersumbat.

Secara normal, tahi telinga tersebut akan keluar dengan sendiri.

Jika ingin membuangnya, gunakan penitis telinga dari farmasi dan berjumpa doktor.

Jangan pula membuangnya terlalu banyak kerana tahi telinga yang terlalu sedikit juga boleh membuat rasa gatal.

penyakit telinga

2. Jangkitan telinga

Telinga gatal kadangkala boleh disebabkan oleh jangkitan.

Bakteria dan virus mungkin menjadi punca dan kebiasaannya anda akan mengalami demam, selesema, atau alergi.

Jangkitan tersebut perlu dirawat untuk menghilangkan rasa gatal.

Kadangkala, jangkitan akan hilang sendiri tetapi doktor mungkin akan mempreskrip penitis telinga yang diambil selama seminggu.

Sesetengah jangkitan memerlukan antibiotik.

3. Alahan

Tindak balas alergi boleh membuatkan kondisi ini berlaku.

Produk seperti pemyembur rambut atau syampu mungkin menjadi pencetusnya.

Begitu juga benda seperti subang, fon telinga, atau alat bantu mendengar yang boleh menyebabkan alahan kulit dermatitis.

Kenal pasti pencetus alahan tersebut dan elakkan daripada menggunakannya.

Sementera itu, krim steroid boleh membantu mengawal simptom.

4. Ekzema atau psoriasis

Keadaan kulit ini mendedahkan seseorang kepada telinga menjadi gatal.

Penitis telinga kebiasaannya boleh membantu tetapi steroid mungkin diperlukan dalam kes yang lebih teruk.

penyakit telinga

5. Alahan makanan

Salah satu daripada simptom alahan makanan di samping ruam dan gatal kulit ialah gatal telinga.

Sesetengah sayur, buah, atau makanan laut boleh menyebabkan kondisi ini berlaku.

Dalam kebanyakan kes, tiada rawatan diperlukan tetapi anda mungkin mahu berjumpa doktor untuk melihat tahap alahan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Why do my Ear Itch? – https://www.webmd.com/cold-and-flu/ear-infection/why-do-my-ears-itch#1

Versi Terbaru

14/02/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Perasan Ada Bengkak Belakang Telinga Sampai Pening Kepala? Ini 8 Sebabnya!

7 Punca Telinga Kerap Berdesing Atau Berdengung, Ini Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan