backup og meta

5 Perkara Tanpa Sedar Boleh Rosakkan Pita Suara! Menyanyi Salah Satunya?

5 Perkara Tanpa Sedar Boleh Rosakkan Pita Suara! Menyanyi Salah Satunya?

Kerosakan pita suara adalah sesuatu yang mungkin amat jarang kita dengar atau baca, namun ketahuilah ia masih boleh terjadi.

Seringkali kita semua diingatkan untuk tidak menjerit terlalu kuat kerana ia boleh mengakibatkan pita suara putus atau rosak.

Ya, memang ada benarnya! Persoalannya, apakah perkara-perkara yang tanpa sedar boleh merosakkan rumah untuk suara ini?

Pita suara adalah intipati komunikasi!

Dalam kehidupan seharian, kita pasti memerlukan suara untuk berbicara dan bercakap dengan orang sekeliling melainkan anda dilahirkan bisu.

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, suara itu datangnya daripada pita suara atau kotak suara yang terletak di kawasan sekitar kerongkong.

Ketika seseorang itu bercakap atau bernyanyi, udara daripada paru-paru akan keluar melalui pita suara ini lantas mencipta getaran.

Getaran inilah yang akan menghasilkan bunyi sesuai dengan fonetik dan fonologi yang telah diusahakan oleh lidah, bibir serta gigi.

Disebabkan itu, pita suara adalah sangat penting untuk manusia saling berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain.

Pernahkah kalian ditegur agar tidak memaksa suara keluar untuk mengelak pita suara putus atau rosak? Peringatan itu memang tepat!

pita suara manusia

Ini kerana terdapat beberapa perkara yang tanpa sedar boleh merosakkan kotak suara, sila teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Perkara tanpa sedar buat pita suara rosak!

Menurut Pakar Penjagaan Suara, Dr Claudio Milstein, terlebih atau tersalah guna kotak suara boleh menyebabkan kerosakan yang mungkin bersifat sementara atau kekal.

Penyalahgunaan pita suara ini termasuklah jika anda melakukan perkara berikut:

#1. Menjerit dengan lantang dan kuat

Kita semua pasti pernah menjerit untuk memanggil, memarahi atau menakutkan seseorang. Sila berfikir banyak kali sebelum mengulangnya.

Ini kerana kotak suara mempunyai satu had atau paras yang jika ia digunakan secara paksaan, mungkin akan menyebabkan ia terjejas.

Disebabkan itu, berpadalah ketika berteriak walau apapun sebabnya kerana perbuatan ini bakal menjejaskan kemampuan komunikasi kelak.

#2. Menyanyi dengan teknik yang salah

Rancangan realiti menyanyi di televisyen makin banyak, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ini lantas membuatkan ramai individu yang berhasrat ingin menyanyi.

Namun haruslah kalian ingat bahawa mereka itu adalah golongan profesional (atau dalam proses) yang mempelajari teknik vokal dengan baik.

Oleh itu, jangan sesekali ‘memaksa’ suara anda ketika ‘melalak’ di pusat karaoke hanya kerana ingin mencapai nota tinggi seperti penyanyi sebenar di luar sana.

virus korona adalah

Perkara jejas pita suara#3. Merokok

Bukan sahaja ia bahaya untuk paru-paru, jantung, otak dan seterusnya, tabiat merokok ini juga sebenarnya buruk untuk kotak suara anda.

Ini kerana perbuatan negatif yang tidak wajar dicontohi dan diteruskan ini boleh meningkatkan risiko kalian terkena kondisi kanser tekak.

Ditambah pula dengan tabiat meminum minuman keras, gabungan di antara tembakau, alkohol malah kafein akan lagi meningkatkan risikonya.

#4. Memaksa suara keluar ketika sedang sakit

Ketika sedang mengalami sakit biasa seperti demam, selesema atau batuk, anda mungkin akan perasan perubahan suara menjadi garau dan serak.

Ia merupakan antara simptom biasa bagi penyakit tersebut namun itu tidak bermakna kalian boleh terus memaksa suara keluar ketika ia berlaku.

Sebaliknya, kurangkan bercakap apatah lagi menyanyi ketika ini kerana pita suara juga memerlukan rehat secukupnya ketika jatuh sakit.

#5. Penyakit asid refluks tidak dirawat

Penyakit asid refluks (GERD) akan menyebabkan asid dalam perut keluar kembali ke tekak dan mulut, dan ia perlu dirawat segera.

Jika tidak, lama-kelamaan asid ini mungkin akan menghakis kotak suara yang terletak di kawasan ia keluar daripada dalam perut.

sakit tekak

Perkara di atas ini yang dilakukan secara berulang akan menyebabkan pita suara mengalami:

  • Pendarahan
  • Nodul
  • Fibrosis
  • Polip
  • Sista
  • Bisu

Sila jaga pita suara anda dengan baik!

Selain mengelakkan perkara-perkara di atas tadi, ada beberapa lagi tip lain yang boleh kalian amalkan untuk menjaga pita suara.

Pertama sekali adalah dengan minum lebih banyak air yang bersifat melegakan, namun cuba elak daripada mengambil alkohol dan kafein.

Kemudian, sila rehatkan kotak suara anda daripada bercakap, berbicara, berteriak mahupun bernyanyi apabila perlu sahaja.

Jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengannya dan suara anda mula berubah daripada asalnya, sila berjumpa doktor dengan kadar segera!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://health.clevelandclinic.org/4-weird-ways-you-can-damage-your-vocal-cords/
  2. https://utswmed.org/medblog/vocal-cords-care/
  3. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/vocal-cord-disorders
  4. https://www.nidcd.nih.gov/health/taking-care-your-voice
  5. https://www.education.vic.gov.au/Documents/school/principals/management/minharmfulvocalhabits.pdf

Versi Terbaru

22/06/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Suara Serak Lepas Bangun Tidur? AWAS, Ia Mungkin Tanda Beberapa Penyakit Ini!

Sukar Bernafas & Bercakap Mungkin Tanda Ada Masalah Pita Suara? Ini Dia Bahayanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan