backup og meta

5 Cara Hilangkan Kahak Di Tekak Untuk Anda Cuba, Tip No. 1 WAJIB Buat!

5 Cara Hilangkan Kahak Di Tekak Untuk Anda Cuba, Tip No. 1 WAJIB Buat!

Tidak cukup dengan gejala sakit atau gatal tekak, masalah batuk juga sering kali muncul bersama sejenis cecair yang berlegar di sekitar kerongkong yakni kahak. Persoalannya, wujudkah sebarang cara hilangkan kahak di tekak yang individu boleh cuba amalkan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.

Apa maksud sebenar di sebalik batuk berkahak?

Untuk pengetahuan anda semua, tubuh badan manusia akan sentiasa menghasilkan sejenis cecair berbentuk lendir atau mukus yang berada di bahagian mulut, hidung, tekak dan paru-paru!

Kahak (phlegm) adalah sejenis membran cecair yang dihasilkan oleh paru-paru untuk melindungi sistem pernafasan individu daripada mikrob, alergen dan bendasing lain daripada memasuki badan.

Ketika sedang sihat, individu mungkin tidak akan perasan kewujudan cecair ini tetapi kahak bakal menjadi sedikit pekat, likat serta berlegar di sekitar kerongkong apabila badan mula jatuh sakit.

Dalam erti kata mudah, kahak memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan sistem pernafasan anda sentiasa terjamin. Namun, akan timbul masalah kalau ia terlalu banyak.

jenis kahak
Warna kahak dan maksudnya terhadap kesihatan anda.

Ada beberapa punca kahak di tekak mula berkumpul dengan banyak seperti berikut:

  • Jangkitan mikrob seperti bakteria dan virus
  • Alahan alergen seperti habuk dan debunga
  • Kemasukan bendasing seperti serangga atau haiwan kecil
  • Kondisi pernafasan termasuk asma dan resdung
  • Tabiat menghisap rokok, vape atau pod

Jadi, apa cara hilangkan kahak di tekak yang individu boleh cuba amalkan jika masalah ini terjadi?

Ini petua hilangkan kahak cara tradisional!

Meskipun tubuh badan amat memerlukan kahak untuk memastikan sistem pernafasan dapat terus berfungsi dan bekerja dengan baik, namun ia masih perlu wujud dalam kuantiti yang sederhana.

Ini kerana kahak yang terlalu banyak bakal membuat kualiti kehidupan anda terjejas terutama jika ia memicu masalah batuk, sakit atau gatal tekak sekali gus mengganggu aktiviti seharian.

Oleh sebab itu, sila amalkan cara hilangkan kahak di tekak di bawah ini agar tidak timbul masalah:

#1. Ludah kahak dengan kerap, sebagai petua hilangkan kahak cara tradisional

Petua hilangkan kahak dalam paru paru yang pertama adalah anda tidak boleh biar kahak terkumpul terlalu lama dan banyak dengan cara meludahkan kahak keluar sekerap yang mungkin sebelum ia mula berkumpul dan berlegar.

Sebaiknya, anda perlu cuba mengeluarkan kahak setiap kali sebelum dan selepas tidur kerana pada waktu ini kahak akan mula bertambah kuantiti demi melindungi diri ketika sedang lena.

cara hilangkan kahak di tekak
Punca sakit tekak berlaku.

Cara hilangkan kahak di tekak #2. Minum air suam

Kedua. anda juga perlu minum air suam dengan lebih banyak dan kerap kerana cara ini dipercayai mampu mencairkan sekali gus memudahkan untuk kahak segera keluar daripada kerongkong.

Dalam pada itu, kumur air garam juga sangat bagus untuk melegakan batuk, sakit dan gatal tekak.

Cara hilangkan kahak di tekak #3. Minum pati madu

Ketiga, pati madu yang dicampurkan dengan kayu manis, halia, ginseng, pudina serta variasi herba lain juga dikatakan mampu membuatkan kahak lebih cair sekali gus mudah untuk dikeluarkan.

Sifat antioksidan yang wujud di dalam herba-herba ini turut bagus untuk batuk dan masalah tekak.

Petua cairkan kahak dewasa #4. Mengunyah lozeng atau gula-gula dingin

Lozeng atau gula-gula dingin sudah tentu amat berguna di saat anda sedang mengalami ketidakselesaan pada tekak serta ketika batuk teruk.

Bukan sahaja ia mampu membantu membuat tekak lebih nyaman dan selesa malah turut memberi kesan kepada kuantiti kahak yang bakal berkurang serta tidak lagi terkumpul di kerongkong.

#5. Berhenti merokok dengan kadar segera!

kesan merokok
Keburukan merokok dan vape.

Sudah terang lagi bersuluh, tabiat merokok sama ada dengan cara tradisional yakni tembakau atau moden iaitu vape dan pod merupakan seteru yang utama kepada sistem pernafasan manusia.

Dengan berhenti daripada mengamalkan tabiat-tabiat tiada faedah ini, bukan sahaja individu akan dapat lari daripada kahak malah mampu menjadikan tubuh badan lebih sihat keseluruhannya.

Maka, jadikan cara hilangkan kahak di tekak ini sebagai amalan semasa atau sebelum masalah itu hadir!

Jumpa doktor jika kahak masih banyak!

Kesimpulan

Sekiranya anda sudah lakukan semua petua hilangkan kahak dalam paru paru namun masih tiada kesan yang positif, itu mungkin tanda bahawa anda mengalami masalah pada sistem pernafasan.

Fokus kepada asma atau resdung, kondisi-kondisi lain yang berkaitan turut boleh membuat kahak anda berkumpul, berlegar bahkan bertambah di kerongkong. Jadi, sila segera jumpa doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut tentangnya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Understanding Mucus in Your Lungs, https://www.lung.org/blog/lungs-mucus, Accessed Dec 16 2022.
  2. Phlegm and Mucus: How To Get Rid of It, https://health.clevelandclinic.org/mucus-and-phlegm-what-to-do-if-you-have-too-much/, Accessed Dec 16 2022.
  3. 7 Home Remedies to Relieve Chest Congestion, http://medisyshealth.org/newsletter/7-home-remedies-to-relieve-chest-congestion/, Accessed Dec 16 2022.
  4. What it takes for a cough to expel mucus from the airway, https://www.pnas.org/doi/10.1073/pnas.1817484115, Accessed Dec 16 2022.
  5. How to Cough Up Mucus & Phlegm from Chest Congestion, https://www.nationaljewish.org/conditions/copd-chronic-obstructive-pulmonary-disease/overview/lifestyle-management/how-to-cough-up-mucus-phlegm, Accessed Dec 16 2022.

Versi Terbaru

03/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Panik Lihat Kahak & Hingus Seakan Berdarah? Ini 6 Puncanya!

Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ini Kami Jelaskan 4 Perbezaan Kahak & Hingus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan