Sebenarnya, rasa sakit pada tekak yang anda sedang alami bukan disebabkan oleh infeksi biasa sahaja. Kadangkala, masalah ini juga mungkin diakibatkan oleh kondisi lain seperti bengkak tonsil.
Persoalannya, apa yang anda perlu tahu dan buat jika terjadi masalah ini? Adakah pembedahan satu-satunya cara rawatan?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang ENT, anda juga boleh klik di sini.
Apa punca dan kesan kondisi bengkak tonsil?
Apa sebenarnya organ tonsil ini?
Dalam pada itu, ia juga berfungsi untuk membantu menghasilkan sel darah putih dan antibodi tubuh badan sekali gus menguatkan lagi sistem imunisasi bagi melawan jangkitan daripada mikrob.
Namun, akan terjadi masalah agak besar apabila terjadinya tonsil yang membengkak (tonsilitis)!
Punca tonsil adalah akibat jangkitan virus atau kuman yang membuat organ ini membengkak, merengsa dan meradang sekali gus menimbulkan rasa sakit serta tidak selesa kepada penderita.
Apa yang lebih menakutkan, kondisi ini turut boleh mendatangkan impak negatif terhadap organ lain termasuk:
- ginjal
- paru-paru
- jantung
Jika dibiarkan, ia mungkin akan menyebabkan maut.
Bagaimana cara untuk rawat kondisi bengkak tonsil?
Sekiranya tidak didiagnosis oleh pakar, ramai orang mungkin akan menyangka bahawa ia adalah masalah sakit tekak yang biasa sahaja. Kesannya, ia tidak akan berjaya untuk dirawat dengan baik.
Ini kerana rawatan untuk sakit tekak seperti banyak meminum air kosong, mengunyah gula-gula lozeng dan lain-lain bukan cara yang terbaik kerana ia mungkin hanya dapat melegakan sementara rasa sakit itu.
Bergantung kepada tahap bengkak tonsil, anda mungkin boleh merawat kondisi ini dengan cara mengambil antibiotik, acetaminopen, paracetamol, ibuprofen atau aspirin mengikut preskripsi doktor.
Apabila tonsilitis itu sudah di paras paling teruk atau kronik, prosedur pembedahan mungkin perlu dijalankan!
Prosedur yang dinamakan tonsilektomi mungkin perlu dilakukan apabila ia sudah berlaku dengan teruk dan berulang banyak kali. Kesannya, tonsil tekak ini mungkin perlu dibuang.
Benarkah tiada jalan lain selain pembedahan?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, bengkak tonsil perlu dirawat dengan ubatan dan rawatan klinikal daripada doktor.
Namun, benarkah tiada jalan lain yang boleh dicuba sebagai cara menghilangkan tonsil?
Berita baik buat anda, beberapa pantang larang tonsil mungkin boleh diamalkan sebagai kaedah alternatif:
#1. Daun pudina
Daun pudina dikatakan kaya dengan agen antimikrob yang mampu membantu melawan jangkitan virus atau bakteria punca kebengkakan di tonsil. Jadi, ia boleh dijadikan herba dalam bentuk minuman.
Tidak hanya itu, efek mentol yang wujud padanya juga mampu membantu melegakan ketidakselesaan melampau.
#2. Kayu manis
Juga sarat dengan ciri antimikrob, kulit kayu manis dalam bentuk ekstrak atau serbuk boleh dijadikan penawar secara semula jadi dalam usaha untuk mengurangkan kebengkakan pada organ tonsil anda.
Agar ia lebih berkesan, anda boleh cuba ambil herba ini dua ke tiga kali sehari dalam seminggu dan lihat kesannya.
Cara hilangkan bengkak tonsil #3. Kunyit
Seperti mana ramai sedia maklum, kunyit mengandungi kurkumin yang memiliki karakteristik antiradang. Logiknya, pengambilan rempah ini sudah tentu mampu membantu merawat kebengkakan tonsil.
Tambahan itu lagi, pengambilan kunyit sebagai makanan dan minuman tambahan juga akan menguatkan lagi sistem imunisasi sekali gus meningkatkan perlindungan diri daripada jangkitan virus dan bakteria.
#4. Air garam
Ada sebab kebanyakan doktor gigi mengesyorkan anda untuk kerap berkumur dengan air garam. Ini kerana, ia ternyata bagus untuk kesihatan oral secara menyeluruh termasuk juga kepada tekak dan tonsil.
Pengambilannya mungkin mampu membantu mengurangkan rasa perit di tonsil akibat bengkak tonsil.
#5. Buah tin/ara
Terakhir, ada sejenis buah bernama tin atau ara yang mungkin mampu melindungi tonsil lantas merawat tonsilitis.
Diperkaya dengan kandungan serat mucilage, ia bukan sahaja boleh membantu melawan bakteria dan virus malah melancarkan lagi pergerakan dalam usus selain bermacam-macam lagi manfaat yang lain.
Hakikatnya, rawatan-rawatan tradisional di atas ini hanya satu ikhtiar orang lama yang mungkin berkesan atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri. Ia juga tidak begitu dijamin oleh golongan pakar.
Jadi, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan maklumat, nasihat dan diagnosis daripada doktor untuk tahu apa ubatan dan rawatan terbaik dalam usaha merawat atau mengelak bengkak tonsil daripada terjadi.