backup og meta

Sakit Kalau Ada Jerawat Tumbuh Dalam Telinga, Tapi Jangan Pecahkan! Ia Bahaya?

Sakit Kalau Ada Jerawat Tumbuh Dalam Telinga, Tapi Jangan Pecahkan! Ia Bahaya?

Apabila timbul seperti ada biji kecil di kawasan ini, ramai yang sering keliru di antara kondisi jerawat dalam telinga dengan bisul dalam telinga. Sebenarnya, ia mungkin hanya sekadar akne?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan ENT, anda boleh klik di sini.

Kemunculan jerawat 

Akne atau jerawat secara umumnya dianggap sebagai isu yang sering dialami individu remaja. Pun begitu ia juga boleh terjadi pada semua peringkat usia.

Akne boleh terbentuk di mana-mana bahagian tubuh badan. Namun ia sering wujud pada kawasan yang mempunyai kelenjar minyak paling banyak. 

Ini terutamanya pada bahagian wajah dan belakang badan

Jangan terkejut jika muncul jerawat dalam telinga. Ia bukanlah satu kebiasaan untuk terjadi tetapi ia boleh berlaku.

Anda tidak perlu bimbang, ada cara rawatan yang boleh membantu menyelesaikannya.

Punca jerawat dalam telinga

Sebelum kita mengetahui cara rawatan yang boleh dilakukan, jom fahami terlebih dahulu bagaimana masalah tersebut boleh terjadi.

jerawat dalam telinga

Pada bahagian luar dan saluran telinga luar terdapat sel kulit, sel rambut dan kelenjar yang menghasilkan minyak

Itu semua adalah ‘ramuan’ untuk membentuk jerawat.

Akne muncul apabila pori tersumbat dengan sel-sel kulit mati dan sebum – yang merupakan minyak semula jadi, berfungsi melindungi kulit dan membantu mengekalkan kelembapan.

Bakteria juga boleh menyebabkan akne.

Maka sebarang bakteria atau kekotoran di dalam telinga boleh mengakibatkan akne.

Antara penyebab lain jerawat dalam telinga adalah:

  • Pendedahan kepada persekitaran kotor atau berhabuk
  • Kelenjar di telinga menghasilkan terlalu banyak minyak
  • Berkongsi putik kapas telinga dengan individu lain
  • Menggunakan fon telinga atau fon kepala yang kotor
  • Memasukkan benda ke dalam telinga, termasuklah jari
  • Bersentuhan dengan air yang tidak bersih, menyebabkan swimmer’s ear atau otitis externa
  • Peningkatan tahap tekanan
  • Ketidakseimbangan hormon, seperti semasa akil baligh
  • Tindik telinga yang telah dijangkiti atau kotor
  • Memakai topi atau topi keledar untuk tempoh masa yang lama
  • Tindak balas alahan terhadap produk rambut atau kecantikan yang termasuk ke dalam saluran telinga 

Bolehkah pecahkan jerawat dalam telinga?

Jadi apakah cara rawatan terbaik untuk masalah akne ini? Pecahkan sahaja?

Nanti dulu.

Sebenarnya, kaedah terbaik adalah untuk mengelakkan daripada memecahkan akne dalam telinga.

Ini terutamanya jika ia terbentuk pada saluran telinga.

Tindakan memecahkannya boleh menyebabkan nanah dan bakteria tertolak masuk ke dalam liang yang lebih dalam.

Keadaan tersebut sekali gus akan mengakibatkan gejala tambahan, seperti rengsa, radang dan jangkitan.

jerawat dalam telinga

Telinga adalah bahagian yang sensitif dan jika jerawat yang dipecahkan dijangkiti, ia boleh menyebabkan masalah lebih teruk.

Selain itu kerosakan kulit dan parut juga boleh terjadi.

Sekiranya masalah akne tersebut menjejaskan aktiviti harian, ia perlu dikeluarkan oleh doktor bagi menghindarkan sebarang komplikasi.

Ketahui cara rawatan yang sesuai

Terdapat beberapa kaedah rawatan sesuai dicuba pada kawasan telinga yang sensitif.

Mampatan panas atau pad pemanas boleh mengurangkan keradangan dan kerengsaan. Ia dapat melembutkan akne untuk membawa nanah ke permukaan. 

Sekiranya jerawat kering dengan cara rawatan ini, anda perlu membersihkan bahagian tersebut menggunakan sabun ringan.

Pembersih dengan witch hazel boleh membantu mencegah jangkitan.

Selain itu, terdapat juga ubat yang boleh dibeli di farmasi atau preskripsi daripada doktor yang dapat membantu merawat masalah ini, antaranya:

  • Hidrogen peroksida
  • Ubat sapu alkohol (rubbing alcohol)
  • Krim antibiotik
  • Produk yang mengandungi asid salisilat
  • Ubat antiradang bukan steroid (NSAID), seperti ibuprofen atau naproxen

Untuk jerawat yang teruk, doktor biasanya akan mengesyorkan ubat topikal atau sistematik yang diperbuat daripada vitamin A.

Krim Tretinoin adalah salah satu yang paling biasa digunakan. 

Isotretinoin juga boleh digunakan, namun kebiasaannya untuk masalah akne yang paling teruk

jerawat dalam telinga

Langkah pencegahan

Jerawat dalam telinga dapat dicegah dengan mengamalkan penjagaan kebersihan telinga yang baik

Ini termasuklah:

  • Mencuci dan membersihkan telinga secara berkala untuk mengurangkan sel kulit mati dan sebum
  • Tidak memasukkan benda asing ke telinga
  • Mengelakkan berenang dalam air kotor
  • Buka topi atau topi keledar untuk seketika jika dipakai untuk tempoh lama

Sekiranya akne tidak bertindak balas terhadap kaedah yang dilakukan, pakar dermatologi boleh membantu untuk menentukan cara rawatan dan pencegahan terbaik.

Mereka akan mengenal pasti tahap jerawat yang terbentuk dan mengesyorkan ubat-ubatan atau kaedah rawatan di rumah untuk mencegah timbulnya masalah.

Walau apa pun, individu yang memulakan kaedah rawatan baharu, perlu bersabar kerana ia akan memerlukan masa untuk dapat melihat keberkesanannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pimples, https://www.aad.org/public/diseases/acne/skin-care/popping, Accessed Jan 28 2021.
  2. The Obsession with Pimple-Popping, https://www.pennmedicine.org/news/news-blog/2017/june/the-obsession-with-pimple-popping, Accessed Jan 28 2021.
  3. Should I Pop My Pimple?, https://kidshealth.org/en/teens/popzit.html, Accessed Jan 28 2021.
  4. Should You Pop That Pimple?, https://intermountainhealthcare.org/blogs/should-you-pop-that-pimple, Accessed Jan 28 2021.
  5. Acne: Popping the Myths and Getting Clear on Treatment, https://bestcare.org/news/acne-popping-myths-and-getting-clear-treatment, Accessed Jan 28 2021.

Versi Terbaru

22/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!

Panik Lihat Kahak & Hingus Seakan Berdarah? Ini 6 Puncanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan