backup og meta

Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan Ini

Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan Ini

Adakah anda pernah mengalami sakit perut yang menyakitkan atau berasa lesu dan jengkel setelah makan makanan manis? Ini mungkin petanda bahawa anda sebenarnya mempunyai alergi gula.

Dalam kebanyakan kes, rasa manis selepas makan adalah disebabkan ‘mabuk gula’ yang berlaku jika anda ambil banyak makanan ada gula.

Tetapi tahu tak, sebilangan individu sangat sensitif terhadap jumlah gula dalam makanan manis yang disediakan.

Ya, perkara ini adalah kes yang sangat jarang berlaku, iaitu badan tidak mempunyai toleransi terhadap gula atau dalam kata lain, mempunyai alergi gula.

Selain itu, terdapat simptom sebenar berkenaan alergi gula, jadi teruskan membaca untuk mengetahui tanda-tanda yang perlu diperhatikan.

Gejala-gejala alergi gula

sakit perut

Karbohidrat iaitu gula adalah salah satu makanan yang boleh menyebabkan tubuh anda mengalami masalah dalam pencernaan.

Gula adalah kelas karbohidrat yang merangkumi gula sederhana seperti monosakarida dan disakarida, yang biasanya dikenali sebagai glukosa, fruktosa, dan galaktosa.

Secara metabolik, badan kita tidak dapat beroperasi tanpa gula kerana ia adalah sumber tenaga utama tubuh kita.

Sekurang-kurangnya 20% penduduk dari negara perindustrian menderita intoleransi makanan atau alergi makanan, termasuk sensitiviti atau intoleransi terhadap gula.

Individu ini cenderung untuk mengalami gangguan gastrointestinal secara berkala, seperti kembung perut yang berlebihan, cirit-birit, keletihan, dan berpotensi mendapat kekurangan nutrien akibat gangguan dalam penyerapan makanan.

Bagi kes yang sering dapat dilihat, banyak individu tidak mempunyai toleransi terhadap pelbagai jenis gula, yang paling biasa adalah laktosa iaitu gula yang terdapat dalam produk tenusu.

Individu sebegini dikenali sebagai mereka yang mempunyai lactose intolerant.

Sementara, yang lain mungkin menderita malabsorpsi fruktosa iaitu ketidakupayaan usus kecil untuk menyerap fruktosa sepenuhnya.

Namun, mereka ini mungkin telah mempunyai sejarah keturunan yang ada masalah kekurangan beberapa enzim hati yang diperlukan untuk memecahkan struktur fruktosa.

Orang yang mempunyai alergi gula sejati biasanya akan mengalami gejala fizikal yang serupa dengan alahan makanan lain.

Menurut Pakar Pemakanan Bertauliah, Lisa Moskovitz, R.D., Ketua Pegawai Eksekutif NY Nutrition Group, gejala tersebut termasuk:

  • Kekejangan perut
  • Cirit-birit
  • Ruam
  • Mulut menjadi gatal

Jenis-jenis gula utama yang boleh menyebabkan intoleransi

makanan manis

Penting bagi mereka yang mempunyai masalah alergi gula ini untuk kenali apakah jenis gula yang menjadi ‘musuh’ badan.

Baca label produk dengan teliti dan elakkan makanan yang mengandungi:

  • Sirap jagung fruktosa tinggi
  • Sirap agave
  • Sirap berperisa maple
  • Molasses
  • Gula sawit atau kelapa
  • Sorghum

Ikut tip di bawah untuk kenali punca sebenar simptom alergi gula

  • Catatkan apa yang anda makan: Buat jurnal makanan harian dalam buku catatan dan catit jika ada mengalami gejala masalah pencernaan. Ini dapat membantu menentukan makanan mana yang menjadi pencetus alergi gula anda
  • Cuba diet penghapusan: Cuba ‘puasa sementara’ makanan-makanan tertentu bagi menghilangkan pencetus makanan biasa seperti gluten, tenusu, jagung, soya, dan telur
  • Gunakan cara sistematik: Masukkan semula makanan tertentu dalam pola pemakanan bagi membolehkan anda mengasingkan makanan mana yang mungkin menjadi pencetus masalah anda
  • Menjadi celik makanan: Membuat keputusan dalam pilihan makanan adalah langkah penting untuk menjamin kesejahteraan anda. Sekiranya anda percaya yang anda sensitif terhadap gula, pantau makanan yang diklasifikasikan sebagai FODMAPs iaitu oligosakarida fermentasi, disakarida, monosakarida, dan poliol boleh mengelakkan potensi gangguan pencernaan
  • Atur makanan anda: Elakkan membeli makanan ‘tapau’ dan makanan ringan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau sekolah. Ini akan membantu menghentikan anda daripada membuat pilihan makanan yang tidak berkhasiat
  • Lakukan ujian: Bergantung terhadap tahap kesakitan anda, ujian enzim atau ujian fungsi hati mungkin sesuai dilakukan secara diagnostik. Doktor anda akan menentukan ujian mana yang paling sesuai untuk anda
  • Sayangi usus anda: Memastikan saluran pencernaan anda pada tahap pH yang optimum akan menyokong pertumbuhan bakteria baik yang diperlukan untuk mencerna makanan anda dengan betul. Jadi, pilihlah makanan yang mengandungi bakteria baik seperti yogurt, tempe, dan minuman susu kultur
  • Dapatkan bantuan profesional: Dapatkan konsultasi atau rundingan dengan golongan profesional perubatan untuk memastikan gejala anda tidak berkaitan dengan gangguan kesihatan yang lebih serius

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/fructose-intolerance/expert-answers/faq-20058097
  2. https://www.avogel.ca/blog/are-you-suffering-from-a-sugar-sensitivity/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2695393/

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

10 Makanan Untuk Mengelakkan Kembung Perut! #7 Itu Selalu Kita Makan?

Lihat, Ini Bagaimana Gula Boleh Menjadi Punca Obesiti & Penyakit Kronik, Menakutkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan