brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Alergi Serangga Mungkin Boleh Bawa Maut! Kenal Pasti Simptom & Cara Rawat!

Disengat serangga seperti lebah, tebuan dan semut api amat menyakit. Tetapi bagi sesetengah individu, sengatan atau gigitan daripada jenis serangga tertentu bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi juga reaksi alahan. 

Alergi Serangga Mungkin Boleh Bawa Maut! Kenal Pasti Simptom & Cara Rawat!

Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda mempunyai alahan kesan gigitan serangga atau tidak? Dalam artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.

Jenis serangga punca reaksi alahan

Serangga yang boleh menyebabkan tindak balas alergi secara amnya terdapat banyak jenis, seperti:

Perosak isi rumah

Serangga yang tidak menyengat mahupun menggigit seperti lipas atau pepijat – hama habuk – boleh mengakibatkan reaksi alahan. Tidak seperti lipas, hama habuk terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar.

Serangga menggigit

Nyamuk, pepijat katil, kutu dan lalat tertentu adalah serangga menggigit paling biasa yang boleh menyebabkan tindak balas alahan. 

Serangga menyengat

Lebah, tebuan dan semut api antara serangga bersengat yang boleh menyebabkan alahan. Apabila serangga ini menyengat anda, ia akan menyuntik bahan toksik yang dipanggil racun.

jenis serangga

Jenis serangga: 3 kategori tindak balas

Tahap keterukan gejala daripada sengatan dan kesan gigitan serangga adalah berbeza bagi setiap individu. Secara amnya:

Tindak balas biasa menyebabkan kesakitan, bengkak, dan kemerahan di sekitar tempat sengatan.

Tindak balas besar boleh menyebabkan bengkak yang melebihi tempat sengatan. Contohnya, mereka yang disengat pada jari mungkin mengalami bengkak seluruh tangan. Ia biasanya tidak begitu serius.

Tindak balas ini akan memuncak dalam tempoh 48 jam pertama dan kemudian beransur-ansur menjadi lebih baik dalam tempoh 5 hingga 10 hari.

Tindak balas paling serius adalah alahan dan anda perlu mendapatkan rawatan segera.

Simptom reaksi alahan daripada jenis serangga berbeza

Kebanyakan individu yang disengat atau digigit serangga mengalami kesakitan, kemerahan, kegatalan dan bengkak kecil di kawasan sekitar gigitan atau sengatan. Ini tindak balas biasa dan akan bertambah baik dalam beberapa jam atau hari.

Reaksi alahan terhadap serangga yang tidak menyengat atau menggigit seperti lipas atau hama habuk adalah berbeza – bersin, batuk, hidung berair atau tersumbat, mahupun mata, hidung, mulut atau tekak menjadi gatal.

Gejala tersebut boleh dikelirukan dengan selesema biasa tetapi bezanya ia berlangsung selama beberapa minggu atau bulan pada satu masa. 

Bagi penghidap asma, reaksi alahan yang boleh tercetus adalah gejala atau serangan asma. 

Reaksi alahan serius boleh terjadi kesan gigitan serangga yang boleh menyengat atau menggigit. 

Tindak balas alasan mengancam nyawa – anafilaksis – menghasilkan tanda dan gejala yang memerlukan rawatan perubatan segera. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kematian!

Gejala biasanya melibatkan lebih daripada 1 sistem organ – bahagian badan – seperti kulit, mulut, paru-paru, jantung dan usus.

Antara simptom lain termasuklah:

Tindak balas serius lain tetapi bukan alahan seperti:

  • Tindak balas toksik yang berlaku apabila badan bertindak balas terhadap racun serangga. Boleh menyebabkan gejala seperti reaksi alahan. Gejala lain termasuk loya, demam, pengsan, sawan, kejutan dan juga kematian
  • Penyakit serum yang merupakan tindak balas luar biasa kepada bahan asing dalam badan. Boleh menyebabkan gejala yang bertahan untuk beberapa jam atau hari selepas sengatan atau gigitan – demam, sakit sendi, simptom seperti selesema dan kegatalan

Merawat kesan gigitan serangga 

Jika tiada alahan

Jika disengat di tangan, tanggalkan sebarang cincin di jari dengan segera.

jenis serangga

Sekiranya disengat jenis serangga seperti tebuan, ia biasanya akan meninggalkan kantung racun dan penyengat pada kulit. 

Keluarkan penyengat dalam tempoh 30 saat untuk mengelakkan menerima lebih banyak racun. Elakkan daripada memicit kantung atau menarik penyengat – kerana boleh menyebabkan lebih banyak racun masuk ke tubuh.

Basuh bahagian disengat dengan sabun dan air, kemudian sapukan antiseptik.

Sapukan salap seperti krim hidrokortison atau losyen calamine dan tutup bahagian tersebut dengan pembalut kering dan disteril.

Jika bengkak, tekapkan pek ais atau mampatan sejuk.

Anda boleh mengambil antihistamin oral bagi mengurangkan kegatalan dan bengkak. Namun ubat ini tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun atau kepada wanita hamil melainkan atas arahan doktor.

Ubat tahan sakit NSAID seperti ibuprofen juga boleh diambil.

Jika terdapat alergi

jenis serangga

Seandainya anda mengalami reaksi alahan sengatan yang teruk, anda memerlukan epinefrin – boleh disuntik sendiri – sebelum menghubungi Talian Kecemasan 999. Biasanya alahan lebih teruk dapat dihentikan dengan suntikan ini. 

Pun begitu, anda masih perlu mendapatkan rawatan perubatan kecemasan walaupun gejalanya telah berhenti.

Sekiranya anda pernah mengalami reaksi alahan terhadap sengatan sebarang jenis serangga, bawa epinefrin bersama ke mana sahaja anda pergi.

Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai keadaan diri, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera untuk lebih kepastian.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada Semalam