backup og meta

Kembung Setiap Kali Lepas Makan? Hati-Hati, Ini Mungkin Isyarat Kanser Perut!

Punca kanser perut sering menjadi persoalan kerana penyakit ini boleh berkembang secara senyap tanpa disedari pada peringkat awal. Ramai tertanya-tanya sama ada faktor pemakanan, jangkitan bakteria, gaya hidup atau sejarah keluarga memainkan peranan utama.

Kembung Setiap Kali Lepas Makan? Hati-Hati, Ini Mungkin Isyarat Kanser Perut!

Memahami punca sebenar kanser perut adalah langkah penting untuk mengurangkan risiko serta mengambil tindakan pencegahan lebih awal.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Penyebab kanser perut                              

Kanser perut berlaku apabila sel-sel barah berkembang pada lapisan dalam dinding perut dan kemudiannya menembusi bahagian dinding lebih dalam ketika barah berkembang.

Pengembangan tumor itu juga boleh melibatkan organ berdekatan seperti hati dan pankreas.

Tanda kanser perut

Sebelum mengetahui cara mengurangkan risiko kanser perut, ini antara simptom yang mungkin akan dialami:

punca kanser perut
Jangan abaikan simptom di atas!

Apabila tumor semakin membesar, gejala lebih serius boleh terjadi seperti:

Faktor kanser perut berlaku

Beberapa perkara boleh meningkatkan risiko untuk mengalami kanser perut, termasuklah:

  • Umur – Individu berusia lebih 50 tahun lebih cenderung mengalami barah perut.
  • Jantina – Individu lelaki 2x lebih berisiko berbanding wanita.
  • Etnik – Individu Asia, Kepulauan Pasifik, Hispanik dan Afrika-Amerika lebih berisiko
  • Jangkitan – Helicobacter pylori (H.pylori) sejenis bakteria yang sering menjangkiti perut dan cenderung menjadi punca kanser perut. Virus Epstein-Barr, kuman yang menyebabkan mononukleosis berjangkit (mono) turut menjadi penyumbang.
punca kanser perut
Bakteria yang sering menjangkiti perut.
  • Pembedahan – Selepas rawatan ulser, asid perut akan kurang dihasilkan, sekali gus membolehkan pertumbuhan lebih banyak bakteria. Dari tahun ke tahun, ia boleh menyebabkan barah.
  • Isu perut – Masalah anemia pernisius dan kekurangan asid perut untuk mencerna makanan – achlorhydria, meningkatkan risiko untuk mendapat barah perut.
  • Diet harian, jadi punca barah perut – Kerap mengambil makanan disalai, masin dan jeruk atau daging diproses menyebabkan anda lebih berisiko untuk barah perut.
  • Tembakau – Risiko barah meningkat seiring peningkatan jumlah rokok yang dihisap.
  • Alkohol – Minuman ini boleh menjadi punca pengembangan barah lebih cepat.
  • Jenis darah – Ramai individu dengan darah jenis A mengalami barah ini. Individu dalam kumpulan ini juga berkemungkinan lebih cenderung dijangkiti H.pylori.
  • Polip perut – Ketumbuhan dalam perut ini biasanya tidak berbahaya tetapi terdapat jenis polip tertentu dikenali sebagai adenoma boleh berubah menjadi kanser.
  • Tempat kerja – Persekitaran tempat kerja dengan arang, getah atau logam meningkatkan risiko barah perut.
  • Genetik – Kesilapan pada genetik seperti CDH1 atau APC turut meningkatkan risiko untuk kanser perut. Sejarah keluarga dengan barah payudara atau ovari menjadikan anda lebih berisiko.
  • Sejarah keluarga – Jika ibu bapa atau adik beradik dan anak menghidap kanser perut, risiko anda juga meningkat.

8 tip mengurangkan risiko kanser perut 

Tiada jaminan untuk dapat mencegahnya, namun ada beberapa perkara boleh membantu mengurangkan risiko barah perut, seperti:

Pemeriksaan ulser

Sekiranya anda mempunyai ulser, doktor akan memeriksa bagi menentukan sama ada terdapat bakteria H.pylori atau tidak dan merawatnya bagi mengurangkan risiko kanser perut. Ini kerana H.pylori juga karsinogen – boleh menyebabkan barah.

Atasi punca kanser perut #Kurangkan makanan salai 

Untuk mengurangkan risiko kanser perut, hadkan pengambilan makanan salai dan jeruk serta daging atau ikan masin.

Buang habit tidak sihat untuk cegah punca kanser perut

Merokok menyebabkan anda berisiko untuk pelbagai kanser termasuklah barah perut.

Jadi berhenti merokok dan elakkan juga menjadi perokok pasif.

Ubah tabiat pemakanan bantu cegah punca kanser perut

Pastikan setiap hidangan merangkumi buah-buahan dan sayuran segar.

Oren, lemon dan limau gedang antara pilihan yang baik. Tetapi sebelum mengambil limau gedang, dapatkan kepastian dengan doktor jika buah ini akan menjejaskan ubat yang anda ambil, seperti statin – berfungsi menurunkan kadar kolesterol LDL atau jahat.

Disarankan juga untuk memperbanyakkan pengambilan ikan, daging ayam tanpa lemak, kekacang serta roti, pasta dan bijirin gandum.

punca kanser perut
Pemakanan sihat dan seimbang bantu kurangkan risiko kanser ini.

Bersenam 

Senaman memberikan manfaat kesihatan secara keseluruhan. 

Kekal cergas dan aktif dapat menurunkan risiko anda untuk mengalami pelbagai jenis barah dan masalah kesihatan lain. 

Mengurangkan risiko kanser perut dengan cara kawal berat badan

Individu dengan berat badan berlebihan lebih cenderung mendapat barah perut, jadi kawal berat badan anda. 

Sekiranya tidak pasti berat badan seimbang untuk anda, dapatkan kepastian daripada doktor.

Penggunaan ubatan atasi punca kanser perut

Anda mungkin ada mengambil aspirin, ibuprofen atau ubatan daripada farmasi untuk mengurang dan melegakan kesakitan, demam atau bengkak. 

Tetapi anda tidak boleh mengambil ubatan tersebut untuk mencegah punca barah perut kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman.

Jika tidak pasti, bertanyakan kepada doktor untuk mendapatkan lebih kepastian. 

Ujian genetik 

Melakukan ujian genetik dapat membantu menentukan jika anda pembawa genetik yang meningkatkan risiko kepada punca kanser perut seperti genetik CDH1 dan sindrom Lynch.

Sekiranya terdapat ketidakpastian mengenai keadaan diri, anda disyorkan untuk melakukan rundingan doktor untuk pemeriksaan lebih mendalam.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stomach Cancer Prevention. https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/cancer/stomach-cancer/stomach-cancer-prevention.html, Accessed on Oct 10, 2021

Stomach (Gastric) Cancer Prevention (PDQ®)–Patient Version. https://www.cancer.gov/types/stomach/patient/stomach-prevention-pdq, Accessed on Oct 10, 2021

Stomach Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15812-stomach-cancer, Accessed on Oct 10, 2021

7 Steps to Help Prevent Cancers of the Digestive System.  https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/2021/march/7-steps-to-help-prevent-cancers-of-the-digestive-system, Accessed on Oct 10, 2021

Stomach cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stomach-cancer/symptoms-causes/syc-20352438, Accessed on Oct 10, 2021

Can Stomach Cancer Be Prevented? https://www.cancer.org/cancer/stomach-cancer/causes-risks-prevention/prevention.html, Accessed on Oct 10, 2021

 

Versi Terbaru

01/12/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sakit Perut Tak Kebah-Kebah? Awas, Ini 11 Tanda Kanser Yang Ramai Tak Sedar!

Makan Sikit Saja Tapi Cepat Kenyang? 9 Penyakit Ini Mungkin Puncanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan