Kanser Paru-paru: Gangguan Emosi Selepas Diagnosis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kanser paru-paru dikaitkan dengan tahap kemurungan dan kegelisahan yang tinggi. Apabila didiagnosis menghidap kanser paru-paru, selain berasa tidak terdaya, anda juga akan mengalami pergolakan antara perasaan dan pemikiran. Keadaan ini menyebabkan pelbagai persoalan mula timbul dan bermain di fikiran.

Jenis emosi selepas didiagnosis kanser paru-paru

Sesiapa sahaja yang mengalami keadaan ini akan mengalami ketidakstabilan emosi. Malah, emosi juga boleh mengatasi diri anda sehingga menyebabkan kekeliruan dan berasa tidak berdaya. Berikut beberapa jenis emosi yang anda mungkin alami:

  • Terkejut dan tidak percaya
  • Ketakutan dan kebingungan
  • Berasa bersalah
  • Diselubungi kesedihan dan kedukaan
  • Cemas
  • Depresi
  • Marah dan kecewa
  • Berasa lemah dan tak berdaya

Sebelum mencari cara untuk mengatasi gangguan emosi ini, anda terlebih dahulu perlu memahami jenis emosi yang anda alami. Apabila anda mampu menguruskan emosi, sudah pasti anda boleh melawan kanser paru-paru anda.

Cara menguruskan emosi

Terkejut dan penafian

Terkejut adalah salah satu emosi pertama yang mungkin anda alami. Terkejut biasanya berkait dengan usaha penafian atau menyangkal. Pada awalnya, anda mungkin tidak boleh menerima kenyataan bahawa anda menghidap kanser paru-paru. Selain itu, anda juga mula berasa tidak yakin dengan diagnosis doktor anda dan mula mencari pendapat kedua daripada doktor lain dan itu mungkin akan memperkukuh dan mengesahkan diagnosis anda.

Jadi, cara terbaik untuk mengatasi perasaan ini adalah mencari maklumat mengenai kanser dan tanyakan sebanyak mungkin kepada doktor anda. Semakin banyak maklumat yang anda peroleh, semakin banyak yang anda boleh belajar untuk menerima hasil diagnosis. Maklumat itu juga akan membantu anda membuat pilihan perubatan yang lebih baik.

Berasa bersalah, kecewa dan marah

Berasa bersalah adalah jenis emosi lain yang biasanya diikuti oleh rasa marah dan kecewa. Anda mula menyalahkan semua tabiat buruk anda pada masa lalu seperti penyesalah terhadap merokok dan tidak menjaga tubuh sebaik mungkin. Bagaimanapun, tiada gunanya jika anda marah dan menyalahkan diri sendiri. Sebaliknya segera memperbaiki atau mengubah tabiat buruk anda. Tiada kata terlambah untuk anda mengubah tabiat buruk dan mula membuat pelan gaya hidup sihat.

Cemas, takut dan bingung

Anda mungkin berasa takut dan cemas mengenai kemungkinan perubatan yang tidak efektif ata keadaan paru-paru anda yang tidak dapat dipulihkan. Selain itu, anda juga mula bimbang terhadap reaksi keluarga, pekerjaan dan kehidupan normal. Emosi seperti ini akan berkurangan seiring dengan masa. Berbincang dengan doktor mengenai masalah kesihatan anda dan ketahui lebih lanjut mengenai kanser paru-paru. Selain itu, anda juga tidak bersendirian kerana masih ada rakan dan keluarga. Luahkan perasaan takut dan cemas yang membelenggu anda. Sokongan daripada mereka boleh membantu anda mengatasi keadaan emosi ini.

Sedih, depresi, tertekan, lemah dan tidak berdaya

Semua emosi ini cenderung menyebabkan anda stres. Rawatan terbaik untuk masalah depresi adalah dengan meluahkannya kepada seseorang yang anda percaya. Berkongsi perasaan dengan orang lain mampu mengubah perspektif terhadap masalah yang anda alami. Cuba bersama-sama dengan kumpulan penghidap kanser atau bercakap dengan rakan dan keluarga. Malah, perlu diingatkan bahawa anda tidak bersendirian.

Dengan memahami emosi yang anda rasakan, anda mampu mengatasinya dengan lebih baik. Walaupun anda sentiasa mempunyai sokongan daripada rakan, keluarga dan doktor, hanya anda yang boleh menguruskan emosi anda. Oleh itu, pastikan anda kekal positif!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanser Paru-paru Semasa Hamil, Apa yang Anda Perlu Tahu

    Semasa kehamilan, terdapat banyak perubahan yang berlaku di toraks wanita, jadi ia adalah  sukar untuk mengenal pasti jisim atau tumor kecil semasa kehamilan. Halangan kecil di paru-paru mungkin dikelirukan dengan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Pusat Kesihatan, Kanser Paru Paru 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Menguruskan Hilang Selera Makan bagi Pesakit Kanser Paru-Paru?

    Untuk pesakit kanser, ada kalanya mereka mempunyai keinginan untuk makan lebih banyak bagi memperbaiki kesihatan terhadap penyakit ini tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh kesan sampingan akibat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Pusat Kesihatan, Kanser Paru Paru 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Menjaga Anak yang Menghidap Kanser Paru-paru?

    Menjaga kanak-kanak dengan kanser paru-paru adalah sukar dan rumit kerana psikologi kanak-kanak bergantung kepada umur, persekitaran hidu serta, keadaan belajar. Ia bergantung kepada objek tertentu, di mana penjagaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Pusat Kesihatan, Kanser Paru Paru 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Simptom Kemurungan Selepas Bersalin

    Wanita hamil adalah sangat mudah terdedah kepada penyakit, terutama penyakit berkaitan mental. Ramai individu wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin apabila selamat melahirkan anak kerana ia adalah tempoh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan emosi

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    Apa Itu Kelainan Identiti Disosiatif?

    Apa Itu Kelainan Identiti Disosiatif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/03/2019 . 2 minit bacaan