backup og meta

Kalau Ada Kanser Pankreas, Boleh Cuba Ambil 11 Jenis Makanan Dalam Senarai Ini!

Tidak kira apa jenis diet yang anda amalkan, ia pasti akan turut terjejas sekiranya anda mengalami kanser pankreas. Ini kerana, pankreas bertanggungjawab mengawal gula darah dan juga sistem pencernaan anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah atau makanan untuk barah pankreas yang boleh anda amalkan. Lihat penerangan di bawah ini:

Kalau Ada Kanser Pankreas, Boleh Cuba Ambil 11 Jenis Makanan Dalam Senarai Ini!

Cara makan dan makanan untuk barah pankreas

makanan untuk barah pankreas
Ikan kaya dengan protein.
  • Kekalkan berat badan yang sihat dengan memantau berat anda setiap masa. Menjadi kebiasaan untuk mengalami penurunan berat badan selepas menerima diagnosis kanser pankreas dan memulakan terapi. Namun, keupayaan tubuh untuk melawan penyakit dan menjalani terapi dapat ditingkatkan dengan penurunan berat badan yang berlebihan.
  • Kekal hidrat. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa rawatan kanser, minum banyak cecair atau air.
  • Makan makanan kecil dengan kerap. Badan anda akan mempunyai nutrien yang mencukupi untuk menjalani terapi jika anda mengambil sejumlah kecil makanan dengan kerap. Apabila membabitkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti loya dan anoreksia, makanan yang lebih kecil tidak memberikan kesan sampingan yang besar. Ingatkan diri anda untuk makan lima hingga enam kali sehari, bagi setiap tiga hingga empat jam.

  • Makan makanan yang tinggi protein dalam setiap hidangan. Makanan yang tinggi protein membantu keupayaan badan untuk membaiki sel-sel yang rosak dan membantu sistem imun memulihkan penyakit yang dialami. Antara jenis makanan tinggi protein yang boleh diambil ialah: telur, daging tanpa lemak, ayam, ikan, mentega kacang, produk tenusu rendah lemak seperti susu, dan produk berasaskan kacang soya.
  • Makanan untuk barah pankreas: ambil makanan bukan pepejal. Kadang-kadang makanan kehilangan daya tarikannya atau menjadi sukar untuk dihadam disebabkan kesan sampingan rawatan. Pada waktu ini, makanan berasaskan cecair biasanya lebih mudah dimakan dan dihadam. Anda boleh mengambil suplemen yang tinggi protein. Minuman protein, sup, dan smoothies yang dihasilkan daripada yogurt ialah antara makanan yang boleh membantu anda makan dengan berselera.
  • Pilih makanan yang mudah dihadam untuk diet anda. Pencernaan mungkin dipengaruhi oleh kesan sampingan terapi kanser pankreas. Oleh itu, makanan yang dicincang, dilenyek, atau direbus adalah lebih mudah untuk dicerna oleh badan. Apabila penghadaman menjadi sukar, jauhi makanan seperti daging merah dan sayur-sayuran mentah.

makanan untuk barah pankreas
Contoh makanan antikanser.

  • Pilih produk bijirin penuh. Tubuh boleh mendapatkan tenaga daripada bijirin penuh kerana ia mengandungi serat dan karbohidrat kompleks. Antara yang boleh diambil ialah seperti oatmil, roti bijirin penuh, beras perang, pasta bijirin penuh, jagung, dan quinoa.
  • Makanan dengan pelbagai warna adalah yang terbaik. Buah-buahan dan sayur-sayuran keseluruhan adalah makanan bertenaga yang penuh dengan antioksidan yang boleh membantu mencegah kanser. Ambil sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Makanan untuk barah pankreas: ambil lemak sihat. Makanan bergoreng, berminyak, dan berlemak yang tidak sihat boleh mengganggu perut anda dan meningkatkan peluang anda untuk mendapat penyakit jantung. Namun, lemak sihat boleh melindungi organ-organ, menggalakkan pertumbuhan sel, dan membekalkan tenaga. Antara contoh lemak sihat ialah seperti avokado, kekacang, ikan berlemak, dan minyak kanola.
  • Hadkan makanan dan minuman bergula. Makanan yang tinggi gula sering sukar dihadam bagi mereka yang mempunyai kanser bagi mencegah kanser . Makanan seperti soda, kek, gula-gula, atau pencuci mulut boleh meningkatkan tahap gula dalam darah selain tiada nilai pemakanan yang berkhasiat. Elakkan makanan ini dan ambil makanan yang berkhasiat tinggi.
  • Kekal aktif. Senaman boleh meningkatkan kelaparan dan melepaskan endorfin secara semulajadi. Selain itu, kekal aktif boleh membuat anda berasa lebih baik dan menggalakkan anda untuk makan lebih banyak. Untuk menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, berbuallah bersama orang tersayang dan rakan-rakan sewaktu anda makan.

Elakkan makanan ini jika alami kanser pankreas

makanan untuk barah pankreas
Arak tidak elok untuk kesihatan.

Sesetengah makanan untuk barah pankreas mungkin sukar untuk dicerna, yang boleh membuatkan gejala anda menjadi lebih teruk.

Peringatan!

Ada sesetengah jenis makanan untuk barah pankreas yang boleh menyebabkan cirit-birit atau muntah, dan ia harus dielakkan.

Elakkan pengambilan makanan-makanan di bawah ini bagi mengurangkan risiko kanser pankreas:

  • Daging merah dan makanan yang diproses sukar dihadam selain ia juga berkaitan dengan risiko kanser
  • Makanan bergoreng, atau tinggi lemak boleh memburukkan lagi gejala yang dialami seperti cirit-birit dan kembung perut
  • Alkohol. Pengambilan alkohol dengan kerap boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser atau memburukkan lagi kanser yang sedang dialami
  • Karbohidrat mudah seperti gula, makanan atau minuman manis kadangkala sukar untuk dicerna pesakit kanser. Selain itu, makanan ini juga berkalori tinggi tanpa sebarang nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stolzenberg-Solomon R. Z. (2009). Vitamin D and pancreatic cancer. Annals of epidemiology, 19(2), 89–95. https://doi.org/10.1016/j.annepidem.2008.03.010. Accessed on September 7, 2022.

Pal, D., Banerjee, S., & Ghosh, A. K. (2012). Dietary-induced cancer prevention: An expanding research arena of emerging diet related to healthcare system. Journal of advanced pharmaceutical technology & research, 3(1), 16–24. https://doi.org/10.4103/2231-4040.93561. Accessed on September 7, 2022.

Pancreatic Cancer Nutrition: 12 Pancreatic Diet Tips. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/pancreatic-cancer/pancreatic-cancer-nutrition#:~:text=Patients%20with%20pancreatic%20cancer%20often,for%20changes%20in%20bowel%20habits. Accessed on September 7, 2022.

What Foods to Eat to Fight Pancreatic Cancer. https://moffitt.org/taking-care-of-your-health/taking-care-of-your-health-story-archive/what-foods-to-eat-to-fight-pancreatic-cancer/. Accessed on September 7, 2022.

Your diet. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/pancreatic-cancer/living-with/diet. Accessed on September 7, 2022.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kanser Faraj: Kenali Tanda Barah Dan Puncanya

Takutnya Kena Kanser! Jangan Risau, Turunkan Risiko Barah Dengan 6 Langkah Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan