Embolisme Pulmonari: Penyumbatan Saluran Darah di Paru-paru

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Embolisme pulmonari (PE) adalah pembekuan darah di paru-paru yang berlaku apabila bekuan di bahagian lain tubuh, biasanya di kaki atau lengan bergerak melalui aliran darah dan tersimpan di dalam saluran darah paru-paru. Ini menyebabkan aliran darah ke paru-paru tersekat, menurunkan paras oksigen dalam paru-paru dan meningkatkan tekanan darah di arteri paru-paru.

Keadaan ini merupakan penyakit kardiovaskular ketiga yang paling biasa selepas serangan jantung dan strok.

Punca

Bekuan darah boleh terbentuk daripada pelbagai sebab, dan embolisme pulmonari sering berlaku disebabkan trombosis urat dalam (DVT). Darah beku atau gumpalan darah ini biasanya menyebabkan PE yang bermula dari kaki atau pelvis.

Terdapat beberapa sebab gumpalan darah di urat dalam tubuh yang berbeza, termasuk:

  • Kecederaan atau kerosakan: Kecederaan seperti patah tulang atau koyakan otot boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah, yang membawa kepada pembekuan darah.
  • Tidak aktif: Tidak aktif dalam tempoh yang lama, graviti menyebabkan darah menjadi stagnasi (tidak berkembang0 di kawasan paling rendah tubuh anda, yang mungkin menyebabkan bekuan darah. Ini boleh berlaku jika anda duduk untuk perjalanan yang panjang atau jika anda terlantar di atas katil untuk sembuh daripada penyakit.
  • Keadaan perubatan: Sesetengah keadaan kesihatan menyebabkan terlalu mudah berlaku pembekuan darah, yang boleh menyebabkan embolisme pulmonari. Rawatan untuk keadaan perubatan, seperti pembedahan atau kemoterapi untuk kanser, juga boleh menyebabkan pembekuan darah.

Simptom

Simptom PE adalah berbeza-beza, bergantung kepada berapa banyak keadaan paru-paru yang terlibat, saiz gumpalan, dan sama ada anda mempunyai penyakit paru-paru atau penyakit jantung.

Tanda-tanda dan simptom umum termasuk:

  • Sesak nafas. Simptom ini biasanya muncul tiba-tiba dan selalu menjadi semakin parah.
  • Sakit dada. Anda mungkin berasa seperti mengalami serangan jantung. Kesakitan boleh menjadi lebih teruk apabila anda bernafas secara mendalam, batuk, makan atau membongkok. Kesakitan akan menjadi lebih buruk tetapi tidak akan hilang apabila anda berehat.
  • Batuk. Batuk boleh menghasilkan kahak berdarah.

Tanda-tanda dan simptom lain yang boleh berlaku dengan PE termasuk:

  • Kesakitan atau pembengkakan kaki, atau kedua-duanya, biasanya di dalam labu betis
  • Berlengas (clammy) atau cynosis (keadaan kulit dan membran mukus yang menjadi biru akibat kurangnya oksigen di dalam darah)
  • Demam
  • Peluh berlebihan
  • Degupan jantung yang laju atau tidak teratur
  • Pening kepala terlampau

Faktor risiko

Faktor yang meningkat risiko seseorang membangunkan trombosis urat dalam dan PE termasuk:

  • Kanser
  • Sejarah mbolisme keluarga
  • Keretakan kaki atau pinggul
  • Sejarah serangan jantung atau strok
  • Pembedahan besar
  • Obesiti
  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Mengambil estrogen atau testosteron
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Keadaan hiperkuagulabel atau gangguan pembekuan darah genetik

Diagnosis

Dalam sesetengah kes, embolisme pulmonari sukar untuk didiagnosis. Terutamanya jika anda mempunyai keadaan paru atau jantung, seperti emfisema atau tekanan darah tinggi.

Doktor biasanya akan melakukan satu atau lebih ujian berikut untuk mengetahui punca simptom anda. Antaranya

  • Imbasan-X dada
  • Elektrokardiografi (ECG)
  • MRI
  • Imbasan CT
  • Angiografi pulmonari
  • Duplex venous ultrasound:
  • Venography
  • Ujian D-dimer

Rawatan

Sekiranya mempunyai PE, anda memerlukan rawatan perubatan dengan serta-merta. Rawatan untuk embolisme pulmonari bergantung kepada saiz dan lokasi bekuan darah. Sekiranya masalah ini kecil dan dikesan dengan lebih awal, doktor mungkin mengesyorkan ubat sebagai rawatan. Sesetengah ubat boleh memecahkan bekuan kecil.

Bagaimanapun, jika pengeluarannya bekuan darah bermasalah, pembedahan mungkin diperlukan, terutama yang menyekat aliran darah ke paru-paru atau jantung.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda