backup og meta

AWAS! Jangan Abaikan Jika Anda Ada 8 Masalah Berkaitan Mata Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2022

    AWAS! Jangan Abaikan Jika Anda Ada 8 Masalah Berkaitan Mata Ini

    Tahukah anda, mata juga boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan anda? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana masalah berkaitan mata boleh mempengaruhi keadaan kesihatan yang mungkin anda hadapi.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Mata di sini.

    Masalah berkaitan mata

    Biasanya apabila melakukan pemeriksaan dengan doktor, barulah kita mengetahui bahawa wujudnya masalah kesihatan pada diri, bukan? Tetapi sebenarnya anda boleh melakukan sendiri pemeriksaan kesihatan. Bagaimana?

    Sebenarnya, selain daripada memerhatikan sebarang perbezaan pada kuku, keadaan mata anda juga boleh dijadikan petunjuk jika terdapat sebarang masalah kesihatan yang mungkin anda alami tanpa sedar.

    8 masalah berkaitan mata perlu diperhatikan

    Berikut adalah 8 masalah mata yang mungkin mempengaruhi keadaan kesihatan anda.

    1. Pandangan kabur tiba-tiba

    masalah berkaitan mata

    Jika secara tiba-tiba anda rasa tidak nampak atau penglihatan menjadi kabur, ia mungkin berkaitan dengan masalah aliran darah ke mata ataupun otak.

    Mendapatkan bantuan perubatan dengan segera dapat membantu mencegah dan menghalang kerosakan yang lebih serius dan mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.

    Walaupun penglihatan anda mungkin menjadi lebih baik dalam masa yang singkat, ia mungkin amaran kepada strok atau permulaan sakit kepala migrain.

    2. Masalah berkaitan mata menonjol

    Penyakit Graves menyebabkan kelenjar tiroid mengeluarkan terlalu banyak hormon, yang menyebabkan masalah berkaitan mata menjadi menonjol, penglihatan berganda dan kehilangan penglihatan.

    Ia turut boleh menyebabkan cirit-birit, penurunan berat badan dan tangan mengigil atau bergetar.

    Ubatan atau pembedahan boleh membantu mengawal jumlah hormon yang dihasilkan tiroid, tetapi secara dasarnya ia tidak mampu menyembuhkan penyakit ini dan mungkin tidak dapat membantu mata anda.

    3. Penglihatan kabur

    Ia boleh menjadi petanda masalah kesihatan diabetes akibat kandungan gula dalam darah yang terlalu tinggi.

    Jika tidak dikawal, anda mungkin boleh mendapat masalah retinopati diabetes (apabila saluran darah kecil bocor dan mengeluarkan darah serta cecair lain).

    Pandangan anda mungkin kabur dan sukar untuk melihat pada waktu malam. Doktor boleh membantu merawat saluran darah bocor dengan menggunakan laser bagi menyelamatkan penglihatan utama anda.

    4. Bulatan sekitar kornea

    masalah berkaitan mata

    Keadaan ini dikenali sebagai arcus kornea, menyebabkan kewujudan garisan lemak berwarna putih-kelabu muncul di luar garisan kornea (permukaan jelas, melengkung pada bahagian depan mata yang membantu mata untuk fokus).  

    Ada masanya, garisan itu akan kelihatan seperti cincin. Jika anda sudah berusia, ia mungkin sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan.

    Tetapi andai anda berusia bawah 40 tahun, masalah mata ini boleh menjadi petanda kolesterol tinggi.

    5. Kelopak mata jatuh

    Keadaan mata seperti ini boleh menjadi simptom myasthenia gravis, menyebabkan sistem imun melawan dan melemahkan otot.

    Ia mendatangkan kesan lebih kepada otot mata, muka, dan tekak berbanding bahagian lain, dan menyebabkan kesukaran untuk mengunyah, menelan atau bercakap.

    Doktor boleh menapis darah untuk membantu meredakan simptom tetapi ia tidak akan bertahan lama.

    Terdapat juga ubatan untuk masalah ini. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan kelenjar timah.

    6. Masalah mata putih kuning

    Apabila mata dan kulit anda kelihatan kuning, ia dipanggil penyakit kuning (jaundice).

    Ini bermakna anda mempunyai masalah hati, yang disebabkan oleh bilirubin yang tinggi, sesuatu yang dihasilkan hati dalam jumlah yang lebih apabila ia mengalami keradangan atau rosak.

    Diet yang tidak seimbang, kanser, jangkitan, dan penyalahgunaan alkohol yang kronik boleh merosakkan hati. Pilihan rawatan terdiri daripada perubahan gaya hidup, kepada ubatan untuk pemindahan hati.

    Tompokan kuning yang kecil (bukan semuanya kuning), adalah disebabkan kerosakan matahari dan boleh disingkirkan melalui prosedur kecil.

    7. Mata berkeringat

    Keadaan mata ini sering terjadi dan kebiasaannya tidak mendatangkan bahaya – biasanya akan hilang dengan sendiri. Ia boleh dikaitkan dengan masalah alkohol, kelesuan, kafein, tidak cukup tidur, tekanan, atau merokok.

    Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan berkaitan sistem saraf seperti sklerosis berganda (multiple sclerosis, MS).

    Tetapi jika ia berkaitan dengan MS, atau masalah lain berkaitan sistem saraf, anda mungkin akan berdepan simptom lain seperti kesukaran berjalan, dan bercakap.

    8. Buta malam, masalah berkaitan mata yang selalu diabaikan

    Jika anda mengalami kesukaran untuk melihat dalam cahaya suram, anda memerlukan kaca mata atau anda mengalami masalah katarak – penuaan semula jadi. Tetapi buta malam juga boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin A.

    Masalah ini boleh dirawat dengan pengambilan makanan tambahan atau diet tinggi vitamin A, seperti ubi keledek, hati lembu, bayam, lobak merah, dan labu.

    Akhir kata

    Mata adalah 1 organ badan yang penting dalam kehidupan dan disebabkan itu adalah penting untuk anda sentiasa memantau keadaan mata bagi memastikan tiada sebarang masalah kesihatan.

    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berhubung keadaan mata, lakukan pemeriksaan dengan pakar mata segera. Jangan melengahkan masa atau ia mungkin menyebabkan keadaan kesihatan anda menjadi lebih kronik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan