backup og meta

Muncul Ketulan Dalam Mulut, Hati-Hati Ia Mungkin Simptom Kanser Kelenjar Air Liur

Muncul Ketulan Dalam Mulut, Hati-Hati Ia Mungkin Simptom Kanser Kelenjar Air Liur

Adenoid cystic carcinoma ialah nama yang jarang didengari. Ia merupakan sejenis kanser melibatkan kelenjar air liur dan jara berlaku. Di Amerika Syarikat (AS), hanya 1,200 kes dilaporkan setiap tahun berbanding keseluruhan 500,000 kes atau merangkumi 0.24% kes kanser di AS.

Kelenjar air liur utama anda terletak di bawah lidah dan di bawah kedua-dua tulang rahang. Namun, kanser ini juga boleh berlaku di mana-mana kelenjar air liur minor di dalam mulut atau bahagian badan lain seperti kelenjar peluh dan air mata.

Adenoid cystic carcinoma mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan. Kadangkala, ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain sebelum berlaku sebarang simptom.

Punca sebenar penyakit ini masih belum dapat dikenal pasti tetapi dipercayai berkait dengan bahan tertentu seperti pencemaran dan asbestos.

Ia bermula dari ketulan di dalam mulut

Petanda pertama mungkin ketulan di dalam mulut, sama ada di bawah lidah atau bahagian dalam pipi. Ketulan ini berkembang dengan perlahan dan kebiasaannya tidak menyebabkan rasa sakit. Ia mungkin akan menggangu semasa menelan dan membuatkan suara menjadi serak.

Kanser ini boleh merebak ke urat saraf. Jadi rasa sakit dan kebas boleh berlaku pada muka.

Jika anda mengalami keadaan seperti ini, sila dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor.

Diagnosis dibuat dengan mengambil sampel tisu dari ketulan terbabit (biopsi) untuk melihat kewujudan sel kanser. Selain itu, doktor mungkin ingin mengetahui saiz dan kedudukan kanser tersebut serta petanda jika ia sudah merebak ke mana-mana bahagian. Ujian seperti MRI, pengimbas CT, dan pengimbas PET mungkin dijalankan.

Pembedahan dan radioterapi ialah rawatan standard bagi adenoid cystic carcinoma

Rawatan pembedahan melibatkan pembuangan tumor serta sebahagian tisu sihat di sekelilingnya untuk memastikan semua tisu kanser dibuang sepenuhnya. Kemudian, rawatan diikuti dengan radioterapi untuk memastikan baki sel kanser berjaya dihapuskan.

Kanser ini boleh merebak ke urat saraf di muka. Kadangkala, sebahagian urat saraf terpaksa dibuang. Ini mungkin akan menyebabkan gangguan pada sebahagian otot muka.

Jika doktor tidak mampu membuang kanser tersebut tanpa membuang struktur penting di sekelilingnya, radioterapi mungkin dilakukan tanpa pembedahan. Terapi yang digunakan sama ada dari luar (external beam radiation) atau dalam (internal beam radiation).

Membuang keseluruhan kanser agak susah dan meskipun berjaya dilakukan, ia mungkin datang semula selepas beberapa tahun di kawasan yang sama atau berlainan (kebiasaannya paru-paru). Kebanyakan pesakit sekurang-kurangnya hidup lebih 5 tahun selepas diagnosis.

Pemeriksaan susulan secara berkala diperlukan selepas rawatan untuk mengesan jika kanser datang kembali.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What is Adenoid Cystic Carcinoma – https://www.webmd.com/cancer/adenoid-cystic-carcinoma-facts#1

Adenoid Cystic Carcinoma Statistics – https://www.cancer.net/cancer-types/adenoid-cystic-carcinoma/statistics

Versi Terbaru

26/07/2020

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Betul Ke Biji Aprikot Boleh Rawat Kanser? Klik Artikel Untuk Jawapan

Ada Ahli Keluarga Menghidap Barah? Ini Tip Jaga Pesakit Kanser Daripada Penjaga Profesional


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 26/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan