Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Betul Ke Rambut Gugur Itu Tanda Alami Kanser? Ini Fakta Yang Anda Kena Tahu!
Rambut gugur tanda kanser? Adakah benar bahawa jika seseorang itu mengalami kanser, maka rambutnya akan mudah gugur dalam jumlah yang banyak. Kenapa rambut mudah gugur? Apakah punca rambut gugur terlalu banyak ini? Apa pula rawatan rambut gugur bagi pesakit kanser?
Lihat penerangan kami di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Rambut komponen penting imej
Kenapa rambut mudah gugur?
Rambut adalah salah satu daripada ciri kecantikan yang paling diberi perhatian oleh setiap manusia.
Tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing pasti mengambil berat soal kesihatan dan kecantikan rambut.
Jika rambut mengeluarkan kelemumur, pasti kita berasa tidak senang duduk kerana ia boleh menjejaskan imej kita.
Apatah lagi jika rambut kerap gugur, ia agak membimbangkan kerana risaukan kepala mula menjadi botak sedikit demi sedikit.
Ada yang berkata, jika rambut kerap gugur dan hilang dalam jumlah yang banyak, ia mungkin tanda kanser.
Namun, adakah benar keguguran rambut yang berlaku menandakan seseorang itu menghidap kanser?
Namun, bukan semua kemoterapi akan menyebabkan keguguran rambut.
Ini kerana, kesan kemoterapi juga berbeza mengikut dos dan jenis ubat yang diberikan kepada pesakit kanser.
Apakah rawatan keguguran rambut untuk pesakit kanser?
Walaupun keguguran rambut kerana kemoterapi hanya bersifat sementara, terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengurangkan kesan ini.
Antaranya, anda boleh menggunakan syampu lembut, elakkan menggulung rambut, tidak mencuci rambut dengan air panas, dan elakkan penggunaan alatan pemanas untuk melurus atau mengkeritingkan rambut.
Terdapat juga topi sejuk yang boleh membantu mengurangkan keguguran rambut semasa menjalani rawatan kemoterapi.
Tanda-tanda kanser lain selain daripada rambut gugur tanda kanser
Selain keguguran rambut, terdapat juga tanda-tanda biasa lain yang mungkin menunjukkan seseorang itu menghidap kanser.
Antaranya seperti penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, kesakitan yang berterusan, perubahan pada kulit, dan keletihan yang berterusan.
Apa yang boleh dilakukan untuk cegah punca rambut gugur terlalu banyak?
Ada banyak petua untuk kurangkan rambut gugur.
Untuk mencegah keguguran rambut secara amnya, pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang, mengelakkan tekanan atau stres, serta menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala.
Bagi pesakit kanser, berbincanglah dengan doktor anda tentang kemungkinan kesan sampingan rawatan dan cara-cara untuk mengatasinya.
Kesimpulan
Kini anda telah tahu bahawa dakwaan rambut gugur tanda kanser adalah tidak tepat sama sekali.
Keguguran rambut bukanlah tanda kanser, tetapi ia adalah kesan sampingan daripada beberapa rawatan kanser.
Adalah penting untuk memahami bahawa keguguran rambut kerana kemoterapi hanya bersifat sementara dan rambut biasanya akan tumbuh semula setelah rawatan tamat.
Peringatan!
Berbincanglah dengan pakar onkologi mengenai apa jua kebimbangan yang anda risaukan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hair Loss. https://www.cancer.org/cancer/managing-cancer/side-effects/hair-skin-nails/hair-loss.html. Diakses pada Ogos 10, 2023.
Hair Loss (Alopecia) and Cancer Treatment. https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/side-effects/hair-loss. Diakses pada Ogos 10, 2023.
Hair Loss. https://www.breastcancer.org/treatment-side-effects/hair-loss. Diakses pada Ogos 10, 2023.
Side effects of chemotherapy. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/treatment/chemotherapy/side-effects#:~:text=Cognitive%20changes%20(chemo%20brain),chemo%20brain%20or%20chemo%20fog. Diakses pada Ogos 10, 2023.
Chemotherapy. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/chemotherapy/about/pac-20385033#:~:text=Side%20effects%20that%20occur%20during%20chemotherapy%20treatment&text=Nausea,Hair%20loss. Diakses pada Ogos 10, 2023.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor