backup og meta

Kanser Pankreas Ada 4 Tahap, Semak Gejala Yang Mungkin Anda Alami Di Sini!

Anda tahu apa itu barah pankreas? Lihat di bawah ini.

Kanser Pankreas Ada 4 Tahap, Semak Gejala Yang Mungkin Anda Alami Di Sini!

Apa itu kanser pankreas?

Apa kanser pankreas maksud?

Kanser yang berkembang dalam tisu pankreas dikenali sebagai barah pankreas.

Tisu pankreas merupakan organ endokrin penting yang terletak pada bahagian belakang perut, yang kemudiannya mengembangkan kanser pankreas.

Pankreas memainkan peranan penting dengan menghasilkan enzim pencernaan yang diperlukan oleh badan untuk memecahkan lipid, karbohidrat, dan protein.

Pankreas juga mengeluarkan enzim yang membantu penghadaman dan menghasilkan hormon yang membantu menguruskan gula darah anda.

Selain itu, pankreas menghasilkan hormon penting glukagon dan insulin, yang mengawal metabolisme glukosa (gula).

Untuk pengetahuan anda, insulin membantu sel-sel menggunakan glukosa untuk tenaga.

Manakala glukagon membantu meningkatkan tahap glukosa apabila ia terlalu rendah.

Kanser pankreas mungkin agak sukar untuk dikesan kerana lokasi pankreas itu sendiri selain sering disahkan pada peringkat akhir penyakit ini.

Jenis barah pankreas

barah pankreas
Contoh organ pankreas.

Kanser pankreas terdiri daripada bahagian kepala, badan, atau ekor organ.

Hujung yang lebar dirujuk sebagai kepala manakalan hujung yang nipis dirujuk sebagai ekor. Bahagian tengahnya pula dirujuk sebagai badan.

Dengan mengetahui jenis sel dan di mana ia bermula, boleh membantu doktor anda menentukan rawatan terbaik untuk anda.

Terdapat empat jenis barah pankreas yang berbeza iaitu:

  • Setempat
  • Sekitar pankreas
  • Endokrin yang dibezakan secara menyimpang (ADEX)
  • Immunogenik

Pelbagai imunogenik boleh bertindak balas terhadap bentuk imunoterapi kanser tertentu, di mana sistem imun diubah suai untuk mengenal pasti dan memerangi sel-sel kanser.

Tahap kanser pankreas

barah pankreas
Pankreas mungkin terasa sakit.

Pakar perubatan mungkin akan melakukan ujian tambahan untuk menentukan sama ada kanser pankreas telah merebak selepas ia ditemui.

Keputusan ujian ini akan digunakan untuk menilai peringkat atau tahap kanser, yang akan membantu doktor membuat keputusan mengenai rawatan yang paling sesuai.

Ini termasuklah ujian darah dan pemeriksaan pengimejan seperti imbasan PET.

Berikut adalah perkembangan tahap barah pankreas atau tanda sakit pankreas:

  • Peringkat 0: Pankreas mengandungi sel-sel aberrant yang mempunyai potensi untuk berkembang menjadi kanser. Kadang-kadang peringkat ini dirujuk sebagai prakanser
  • Peringkat 1: Hanya pankreas yang terjejas oleh tumor
  • Peringkat 2: Tumor telah berkembang ke nodus limfa bersebelahan atau pada tisu perut sebagai tanda sakit pankreas
  • Peringkat 3: Tumor telah berkembang ke nodus limfa dan arteri darah utama
  • Peringkat 4: Tumor telah berkembang ke organ-organ selanjutnya, seperti hati.  Pada tahap ini, ia lebih dikenali sebagai kanser metastatik

Kanser pankreas tahap 4

Memandangkan kanser ini jarang menyebabkan gejala sehingga ia telah merebak ke kawasan lain, ia sering dikesan pada peringkat akhir.

Pada ketika ini, anda mungkin mengalami gejala berikut:

  • Bahagian atas perut berasa sakit antara tanda sakit pankreas
  • Rasa tidak selesa pada bahagian belakang
  • Keletihan
  • Jaundis (kekuningan kulit)
  • Penurunan selera makanan juga tanda sakit pankreas
  • Kemurungan

Barah pankreas tahap 3

Gejala kanser pankreas tahap 3 termasuklah: 

  • Bahagian atas perut berasa sakit
  • Tidak selesa pada bahagian belakang badan
  • Selera makan menurun juga tanda sakit pankreas
  • Keletihan
  • Kemurungan tanda sakit pankreas

Walaupun wujud kesukaran untuk merawat kanser pankreas tahap 3, terdapat rawatan yang boleh membantu mengurangkan gejala dan mencegah kanser daripada merebak.

Rawatan ini mungkin termasuk pembedahan pembuangan sebahagian pankreas, ubat kemoterapi, dan terapi radiasi.

Kanser pankreas peringkat 2

Kanser pankreas tahap 2 masih menjejaskan pankreas, tetapi ia mungkin telah merebak ke beberapa kawasan seperti nodus limfa atau saluran darah yang berdekatan.

Peringkat ini dibahagikan kepada dua bahagian bergantung kepada lokasi dan saiz tumor:

  • Fasa 2A: Walaupun tumor lebih besar daripada 4 cm, ia tidak merebak ke mana-mana nodus limfa atau tisu berdekatan
  • Tahap 2B. Tumor telah merebak ke nodus limfa berdekatan

Jaundis, warna air kencing yang berubah, kesakitan atau sensitiviti di bahagian atas abdomen, penurunan berat badan, selera makan menurun, dan kehausan adalah antara beberapa tanda amaran dan gejala kanser pankreas tahap 2.

Kanser pankreas tahap 1

Pada peringkat 1 kanser pankreas, hanya pankreas yang boleh menghasilkan tumor. Tahap ini seterusnya dibahagikan kepada dua subkategori berdasarkan saiz tumor:

  • Tahap 1A: Saiz tumor tidak melebihi daripada 2 cm
  • Tahap 1B: Saiz tumor kurang daripada 4 cm tetapi lebih daripada 2 cm. Pembedahan mungkin diperluka untuk merawat kanser pankreas jika berada pada peringkat 1, yang biasanya tidak mempunyai gejala yang ketara.

Kanser pankreas tahap 0

Ini ialah peringkat awal kanser pankreas. Pada peringkat ini, sel-sel kanser telah dikesan namun masih belum merebak.

Fakta

Walaupun pada masa ini ia tidak menunjukkan sebarang gejala, ia sebenarnya telah menyebabkan tumor kanser.

Siapa yang berisiko tinggi untuk barah pankreas?

Risiko mendapat kanser pankreas akan meningkat apabila seseorang itu semakin tua. Hampir semua pesakit kanser ini berusia lebih daripada 45 tahun.

Kira-kira dua pertiga daripadanya berusia sekurang-kurangnya 65 tahun. Umur purata pesakit sewaktu menjalani diagnosis adalah 70 tahun.

barah pankreas
Contoh makanan antikanser.

Kesimpulan

Buat pemeriksaan secepat mungkin jika anda mempunyai sebarang gejala yang boleh dikaitkan dengan kanser pankreas, terutamanya jika anda merupakan golongan berisiko tinggi.

Jangan bimbang, kanser pankreas bertindak balas dengan baik terhadap rawatan apabila dikesan pada peringkat awal.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pancreatic Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15806-pancreatic-cancer. Accessed on September 7, 2022.

Pancreatic Cancer. https://www.cancer.org/cancer/pancreatic-cancer.html. Accessed on September 7, 2022.

Pancreatic Cancer. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/pancreatic-cancer. Accessed on September 7, 2022.

About Pancreatic Cancer. https://pancreasfoundation.org/patient-information/pancreatic-cancer/. Accessed on September 7, 2022.

About Pancreatic Cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pancreatic-cancer/symptoms-causes/syc-20355421. Accessed on September 7, 2022.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jenama Aiskrim Haagen-Dazs Ada ETO, Bahan Penyebab Kanser, Produk Ditarik Balik Dari Pasaran!

Johnson & Johnson Hentikan Pengeluaran Bedak Talkum! Jadi, Sahih Ke Talkum Penyebab Kanser?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan