Adakah anda tahu apakah jenis kanser paling bahaya di dunia? Ayuh semaknya dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini, semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Jenis kanser paling bahaya
Pada masa kini, terdapat rawatan untuk pelbagai jenis penyakit, bahkan boleh menyembuhkan kanser. Tetapi masih perjalanan masih panjang bagi doktor dan pakar-pakar untuk merawat kanser secara menyeluruh.
Berikut antara beberapa jenis kanser paling bahaya:
Kanser prostat, salah satu kanser paling bahaya
Apakah faktor-faktor risikonya?
Lelaki cenderung untuk mendapat kanser prostat selepas umur 50 tahun.
Penyakit kanser prostat ini boleh berlaku dalam kalangan ahli keluarga. Beberapa perubahan genetik juga boleh menjadi punca. Lelaki yang makan daging merah dalam jumlah yang banyak atau produk tenusu tinggi lemak adalah lebih berisiko.
Bagaimanakah kanser prostat didiagnosis?
Lelaki perlu berbincang dengan doktor tentang ujian yang diperlukan, bila ia perlu dijalankan, dan kebaikan serta keburukannya. Mereka mungkin menjalani ujian darah untuk mengukur tahap PSA (prostate specific antigen).
Mereka juga boleh mendapatkan pemeriksaan rektum digital, di mana doktor memasukkan jari yang bersarung getah ke dalam lubang najis dan memeriksa prostat jika terdapat bahagian yang keras, berketul, atau tidak normal.
Jika doktor bimbang tentang keputusan ujian anda, beliau boleh menggunakan jarum kecil untuk mengambil sampel, atau “biopsi,” untuk membuat pemeriksaan kanser. Beliau juga boleh menggunakan ultrasound untuk melihat tumor.
Bagaimanakah nasib kanser prostat?
Keadaan ini boleh diperbaiki jika ia dikesan awal. Tetapi apabila ia mula merebak ke bahagian badan yang lain, ia boleh bergerak pantas. 72% pesakit kanser ini mati dalam tempoh 5 tahun.
Kanser paling bahaya #Kanser pankreas
Apakah faktor-faktor risikonya?
Anda berisiko lebih tinggi bagi kanser pankreas jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser ini, anda merokok, terlebih berat badan, atau mempunyai pankreatitis kronik.
Bagaimanakah kanser pankreas didiagnosis?
Kanser ini amat sukar dikesan awal.
Masalahnya ialah pada kedudukan pankreas di dalam badan. Pankreas terletak di dalam perut anda. Susah untuk anda untuk merasakan sebarang ketulan atau ketumbuhan.
Jadi anda mungkin tidak tahu bahawa anda mengalami kanser ini.
Baca juga:
Apakah nasib kanser pankreas?
Apabila simptom muncul, kanser biasanya sudah merebak.
Hanya beberapa orang disahkan menghidap kanser pankreas hidup lebih daripada 5 tahun selepas diagnosis. Namun, setiap orang adalah berbeza, dan doktor tidak boleh meramalkan siapa yang akan hidup lebih lama.
Kanser payudara, antara kanser paling bahaya
Apakah faktor-faktor risiko?
Bukan sekadar jantina, umur juga penting. Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa selepas menopaus. Anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini jika:
- Sejarah perubatan keluarga kanser payudara.
- Anda mempunyai perubahan tertentu pada genetik.
- Anda mempunyai berat badan berlebihan.
- Anda minum alkohol.
- Payudara anda adalah padat.
- Anda mengalami haid pertama pada atau sebelum umur 11.
- Lewat menopause.
- Anda seorang wanita yang tidak pernah mengandung atau mengandung kali pertama selepas umur 35 tahun.
- Anda mengambil “gabungan” terapi penggantian hormon.
- Anda terdedah kepada radiasi.
Bagaimanakah kanser payudara didiagnosis?
Mamografi, X-ray khas payudara, adalah ujian utama untuk menyaring tumor ini. Doktor juga boleh menggunakan ultrasound dan MRI untuk pemeriksaan lanjut.
Anda boleh mendapatkan biopsi, di mana doktor menggunakan jarum halus untuk mendapatkan sampel bagi melihat jika ia adalah kanser.
Anda perlu berbincang dengan doktor tentang berapa kerap anda perlu diperiksa – dan kemudian untuk membuat temu janji.
Apakah nasib kanser payudara?
Seperti kanser lain, lebih awal ia dikesan, lebih baik. Hampir semua wanita yang mengetahui mereka menghidap kanser payudara peringkat 1 masih hidup 5 tahun kemudian.
Pesakit kanser payudara yang hidup pada hari ini lebih ramai berbanding sebelum ini.
Kanser kolorektal, tersenarai sebagai kanser paling bahaya
Apakah faktor-faktor risikonya?
Umur adalah satu sebab yang meningkatkan peluang anda mendapat kanser kolon,salah satu kanser paling bahaya.
Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika ia berlaku di dalam keluarga anda, mengambil lebih daripada tiga minuman beralkohol sehari, merokok, atau obes.
Bagaimanakah kanser kolorektal didiagnos?
Dikesan cukup awal, melalui ujian saringan kolonoskopi atau lain-lain, dan kemungkinan untuk hidup adalah baik.
Apakah nasib kanser kolorektal?
Kebanyakan pesakit hidup sekurang-kurangnya 5 tahun selepas mengetahui bahawa mereka mempunyai kanser kolorektal bagi peringkat yang paling awal.
Ujian baru, termasuk yang mengesan genetik tertentu di dalam tumor kolon, boleh membuat kanser ini lebih mudah untuk dikesan.
Satu rawatan yang berkesan menggunakan vaksin kanser untuk “melatih” sistem imun menyerang sel-sel kanser usus besar. Vaksin tersebut merawat kanser, tetapi mereka tidak mencegahnya.
Kanser paling bahaya #Kanser paru-paru
Apakah faktor-faktor risikonya?
Merokok adalah punca utama. Menyedut asap rokok secondhand juga adalah berisiko.
Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika ia berlaku di dalam keluarga anda atau jika anda terdedah kepada radon dan bahan kimia lain yang tertentu. Kanser paru-paru adalah lebih biasa dalam kalangan penghidap HIV.
Bagaimanakah kanser paru-paru didiagnosis?
Doktor tidak mengesyorkan pemeriksaan rutin bagi semua orang.
Apakah nasib kanser paru-paru?
Seperti kanser lain, cara yang paling mudah untuk merawat adalah diagnosis awal. Ia juga bergantung kepada jenis kanser paru-paru tersebut. Secara keseluruhan, hanya 17% masih hidup 5 tahun selepas diagnosis.