Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Theacrine adalah bahan kimia semula jadi yang berlaku sama seperti kafein. Ia dijumpai di dalam pelbagai jenis teh dan kopi yang berbeza, serta biji tumbuhan spesis Herrania dan Theocrama. Ia juga dijumpai di dalam tumbuhan teh Camellia assamica var. kucha.
Pengambilan theacrine dilakukan melalui mulut untuk:
Theacrine juga ditambah dalam makanan tambahan sebelum bersenam bagi meningkatkan persembahan atlet.
Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana theacrine ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa theacrine dilihat dapat memberi kesan terhadap otak sama seperti kafein. Sama seperti kafein, theacrine merangsang sistem saraf tengah pada dos yang tinggi dan mengurangkan sistem saraf tengah pada dos yang rendah. Tidak seperti kafein, theacrine walau bagaimanapun dilihat tidak mengganggu tekanan darah. Theacrine mungkin juga dapat mengurangkan kerosakan hati yang disebabkan oleh tekanan dan mengurangkan sakit serta bengkak.
Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:
Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tiada maklumat lengkap yang boleh dipercayai untuk mengetahui adakah theacrine selamat atau terdapat sebarang kesan sampingan yang boleh berlaku.
Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan theacrine ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk doktor anda.
Theacrine boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.
Dos bagi theacrine berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk saranan dos yang sesuai untuk anda.
Theacrine boleh didapati dalam bentuk dos berikut:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Theacrine http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1280-theacrine.aspx?activeingredientid=1280& Accessed August 31, 2017.
Theacrine
https://examine.com/supplements/theacrine/ Accessed August 31, 2017.