backup og meta

Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Jerawat? Sapu Masker Kunyit, DIY Di Rumah Sahaja!

Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Jerawat? Sapu Masker Kunyit, DIY Di Rumah Sahaja!

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa tanaman ini mengandungi curcumin. Curcumin (kurkumin) dan bahan kimia lain dalam kunyit dikatakan bermanfaat untuk wajah. Katanya, penggunaan masker kunyit untuk jerawat berkesan. Benarkah?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Herba & Rawatan Tradisional, anda boleh klik di sini.

Masker kunyit untuk jerawat berkesan? Ini 8 manfaat kunyit kepada kesihatan

masker kunyit untuk jerawat

Selain masker kunyit untuk jerawat, berikut adalah antara beberapa manfaat kunyit untuk kesihatan kita:

1. Masker kunyit bantu perbaiki kulit

Komponen antioksidan dan antiradang yang terkandung dalam kunyit dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit.

Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea.

Anda boleh mencuba membuat masker kunyit di rumah bagi melihat keberkesanan kunyit pada kulit anda.

Campur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit, gaul rata dan sapukan pada kulit muka anda. Biarkan selama 15 minit sebelum anda membilasnya dengan air.

Ini manfaat nombor 2, masker kunyit untuk jerawat

Kunyit sangat berkesan untuk melawan jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria.

Ia amat berkesan apabila dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astrigen – yang memainkan peranan sama seperti toner biasa.

Dengan fungsi antikeradangan, masker kunyit mungkin dapat membantu merawat keradangan jerawat. Ini termasuk:

  • Ketumbuhan (cyst)
  • Nodul
  • Pustules
  • Papules

Ekstrak daripada kunyit juga boleh mengurangkan kesan penampakan parut jerawat.

3. Memperlahankan penuaan

Kunyit mengandungi pigmen curcuminoid yang merangsang gen yang meningkatkan sintesis antioksidan tubuh.

Ia akan melindungi sel otak dan kulit daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas, dan melambatkan pembentukan kedutan dan garis halus.

Jadi, amat bagus untuk mengamalkan penggunaan masker kunyit, bukan? 

4. Menyembuhkan luka

Kurkumin – komponen yang membuatkan kunyit berwarna oren-kekuningan – dikatakan boleh membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan.

Ia juga mengurangkan tindak balas anda terhadap luka kulit.

Kajian juga menyatakan kunyit boleh mendatangkan kesan terhadap tisu dan kolagen tubuh, sekali gus membantu membuatkan luka anda lebih cepat sembuh.

5. Penggunaan masker kunyit kurangkan lingkaran gelap

masker kunyit untuk jerawat

Oleh sebab kunyit bersifat antiradang dan agen pencerahan kulit, ia sesuai untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata serta tompokan hitam yang disebabkan sinaran matahari.

Ini kerana ia dapat merangsang peredaran darah, sekali gus membantu mengurangkan kegelapan.

Nah, satu lagi kebaikan untuk anda amalkan penggunaan masker kunyit untuk jerawat!

6. Merawat psoriasis

Psoriasis ada satu masalah kulit – muncul tompok putih yang tebal, menyebabkan gatal-gatal yang serius.

Kunyit dikatakan dapat mengawal simptom ini dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin – yang merangsang keradangan sel.

Menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan, ia boleh digunakan sebagai suplemen atau ditambah ke dalam makanan.

Sebaiknya, berbincang dengan pakar sebelum mencuba kaedah ini untuk mendapatkan dos yang lebih tepat.

7. Merawat parut, tanda regangan

Sekali lagi, terima kasih kepada kurkumin, yang dapat menyerap masuk ke membran sel dan memperbaiki sifat fizikal membran sel – kesannya ia merawat tanda regangan.

Anda boleh gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan jadikan ia campuran seperti masker kunyit untuk jerawat.

Sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum anda mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko menggunakan kunyit untuk merawat masalah kulit anda.

Sebelum guna, berhati-hati dengan kuantiti yang hendak digunakan, jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku terhadap ubatan yang anda ambil.

Sebaiknya, elakkan mengambil kunyit dalam kuantiti yang besar dan banyak.

Cuba sapukan sedikit kunyit pada bahagian bawah lengan anda dan biarkan selama 24 hingga 48 jam untuk melihat sama ada wujud reaksi alahan atau tidak.

8. Antioksidan

Kunyit kaya dengan antioksidan. Dalam aspek penjagaan kulit, antioksidan dapat membantu menjaga radikal bebas daripada memusnahkan sel-sel sihat.

masker kunyit untuk jerawat

Ia sekali gus menghalang hiperpigmentasi, parut, dan masalah kulit jangka panjang lain. Melalui tabiat gaya hidup sihat, kunyit juga boleh dikatakan dapat mengurangkan kanser kulit. Tetapi masih banyak kajian perlu dilakukan.

Masker kunyit untuk jerawat

Untuk menghasilkan masker kunyit bukanlah sesuatu yang sukar dan memerlukan kos yang tinggi.

Caranya dalah dengan mencampurkan serbuk atau ekstrak kunyit dengan agen pemekat untuk dijadikan krim dan ia berbeza mengikut keperluan kulit:

  • Untuk cegah jerawat dan antibakteria – Campurkan kunyit dengan air suam dan madu
  • Untuk rawat hiperpigmentasi dan kedutan – Campurkan kunyit dengan yogurt, jus lemon untuk khasiat tambahan dan pencerahan
  • Untuk rawat iritasi – Campurkan kunyit dengan aloe vera untuk beri kelegaan semula jadi
  • Untuk antioksidan – Campurkan kunyit dengan air (boleh tambahkan sedikit badam atau tepung beras untuk menjadikan campuran ini lebih pekat)

Tidak kira apa campuran yang anda pilih, selepas menyapu masker kunyit pada wajah, biarkannya selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam diikuti dengan toner, serum, dan pelembap.

Tidak digalakkan untuk memakai masker kunyit semalaman, kerana ia cenderung untuk meninggalkan kesan, terutama jika anda mempunyai kulit yang cerah.

Anda boleh cuba membasuh dengan susu, jika terdapat kesan kuning yang tertinggal. Amalkan penggunaan masker kunyit ini 2-3 kali seminggu.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bacteria in acne. https://dermnetnz.org/topics/bacteria-in-acne. Accessed on February 17, 2022.

What is facial psoriasis? https://dermnetnz.org/topics/facial-psoriasis. Accessed on February 17, 2022.

Turmeric As Medicinal Plant For The Treatment of Acne Vulgaris. https://www.pharmatutor.org/articles/turmeric-as-medicinal-plant-for-the-treatment-of-acne-vulgaris. Accessed on February 17, 2022.

Vollono, L., Falconi, M., Gaziano, R., Iacovelli, F., Dika, E., Terracciano, C., Bianchi, L., & Campione, E. (2019). Potential of Curcumin in Skin Disorders. Nutrients, 11(9), 2169. https://doi.org/10.3390/nu11092169. Accessed on February 17, 2022.

Jiang, A. J., Jiang, G., Li, L. T., & Zheng, J. N. (2015). Curcumin induces apoptosis through mitochondrial pathway and caspases activation in human melanoma cells. Molecular biology reports42(1), 267–275. https://doi.org/10.1007/s11033-014-3769-2. Accessed on February 17, 2022.
Effects of Turmeric (Curcuma longa) on Skin Health: A Systematic Review of the Clinical Evidence. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27213821/. Accessed on June 15, 2022.

Versi Terbaru

15/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Manfaat 'Masker' Kunyit Kepada Kulit?

Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Jerawat? Sapu Masker Kunyit, DIY Di Rumah Sahaja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan