backup og meta

Nak Rambut Sentiasa Berseri? Ini Cara Lembutkan Rambut Dengan Bahan Semulajadi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/12/2020

    Nak Rambut Sentiasa Berseri? Ini Cara Lembutkan Rambut Dengan Bahan Semulajadi

    Rambut lembut dan bersinar adalah matlamat yang sama bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, kehidupan seharian kita boleh mempengaruhi rambut anda sama ada disebabkan oleh penuaan, amalan gaya hidup atau teknik penjagaan rambut. Bagaimana untuk mendapatkan keadaan rambut yang diimpikan? Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan cara melembutkan rambut secara semulajadi.

    Cara Melembutkan Rambut Secara Semulajadi

    1. Minyak kelapa

    Minyak kelapa menjadi semakin popular digunakan dalam produk kecantikan. Walaupun penyelidikan telah menunjukkan bahawa minyak kelapa memberi manfaat kepada kulit kering, namun ia kemungkinan juga berpotensi melembutkan rambut anda.

    Minyak kelapa itu sendiri boleh menembusi jauh ke dalam kulit dan beberapa kesan yang sama dapat dilihat pada rambut.

    Anda boleh mencari produk yang mengandungi minyak kelapa atau boleh sapu minyak kelapa asli untuk rambut selepas menggunakan syampu. 

    Sekiranya hasil yang anda dapat terlalu berminyak, cuba tumpu pada hujung rambut sahaja dan gunakan minyak setiap hari.

    2. Cara melembutkan rambut – Minyak zaitun

    minyak zaitun

    Minyak zaitun memiliki kesan yang baik terhadap kesihatan dalaman dan penyelidikan juga mendapati peranannya dalam penjagaan rambut.

    Minyak zaitun boleh bertindak sebagai penghalang terhadap air yang dapat membantu mencegah molekul air daripada meregangkan dan merosakkan kutikel.

    Namun, kelemahannya pula adalah menyebabkan rambut berminyak. Untuk hasil yang terbaik, gunakan sedikit minyak zaitun dalam lapisan yang nipis di hujung rambut anda dan cukup sekadar menggunakannya sekali seminggu.

    3. Jangan basuh dengan air panas

    Air panas boleh menyebabkan kerosakan kepada rambut yang kusam dan kering. Jadi, alternatif terbaik adalah memilih air suam.

    Anda juga boleh membuatkan rambut lebih lembut dan bersinar dengan membilas rambut anda dengan air sejuk apabila selesai merapikannya.

    Ini akan membantu membilas apa-apa lebihan produk tanpa membuang kelembapannya.

    4. Kerap basuh bila diperlukan

    rambut gugur

    Pada usia muda, kita diajar untuk mencuci rambut setiap hari. Tetapi apabila semakin berusia, rambut boleh berubah dan anda mungkin tidak memerlukan syampu setiap hari.

    Malah, orang yang rambutnya sangat kering hanya memerlukan syampu dalam masa seminggu sahaja. Sebaliknya, jika anda mempunyai kulit kepala berminyak, anda mungkin perlu mencuci rambut setiap hari.

    5. Dapatkan rawatan

    Apabila anda mendapat rawatan rambut yang berkualiti, hasilnya boleh menyebabkan ketagihan. Anda mungkin akan tergoda untuk mendapatkan rawatan lain selepas beberapa minggu.

    Rawatan rambut profesional boleh membuatkan rambut anda lembut dan berkilat, tetapi kesannya hanya sementara.

    Pada setiap rawatan semestinya ada bahan kimia yang boleh mengeringkan dan merosakkan rambut anda selepas beberapa ketika.

    Sebaiknya dapatkan rawatan rambut sesuai untuk hasil yang memuaskan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan