Jika anda ingin memperbaiki masalah kesihatan anda, daripada kegelisahan hingga masalah tidur yang kurang baik, anda mungkin ingin mempertimbangkan minyak aromaterapi.
Dapatkan lebih banyak info tentang Rawatan Tradisional & Herba, anda boleh klik di sini.
Apa itu minyak aromaterapi?
Ia adalah minyak yang diperbuat daripada bunga, herba, dan bahagian pokok, seperti kulit, akar, dan kelopak.
Sel-sel yang memberikan tumbuhan bau harumnya dipanggil intipati dan apabila ia diekstrak dari tumbuhan, ia akan menjadi minyak pati.
Ia adalah satu kaedah rawatan penyembuhan holistik yang menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi yang dipanggil minyak pati (essential oil).
Berfungsi untuk membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi, ia digunakan dengan cara bernafas melalui hidung atau meletakkannya pada kulit anda.
Sesetengah individu meletakkan minyak pada kulit mereka sebagai minyak urut aromaterapi atau mandi.
Untuk menghasilkan minyak pati, ia memerlukan banyak tumbuhan. Lebih daripada 200 paun bunga lavender digunakan untuk membuat hanya 1 paun minyak pati lavender.
Tidak semua produk yang dibuat dengan intipati tumbuhan adalah minyak pati kerana minyak pati sejati tidak dicampur dengan bahan kimia atau wangian lain dan dibuat dengan menggunakan proses tertentu yang tidak mengubah kimia tumbuhan.
Beberapa jenis minyak pati yang sering digunakan untuk aromaterapi adalah seperti lemon, chamomile, lavender dan kayu cedar.
Fungsi minyak aromaterapi
Pakar berpendapat aromaterapi akan mengaktifkan reseptor bau di bahagian hidung anda, yang akan menghantar mesej melalui sistem saraf ke otak.
Minyak boleh mengaktifkan bahagian-bahagian tertentu pada otak, seperti sistem limbik, yang memainkan peranan dalam emosi.
Ia juga memberi kesan kepada hipotalamus, yang mungkin bertindak balas terhadap minyak dengan menghasilkan bahan kimia otak yang sihat seperti serotonin.
Sesetengah pakar berpendapat bahawa apabila anda meletakkan minyak pati pada kulit anda, ia akan menyebabkan tindak balas pada kulit dan bahagian lain badan, seperti sendi.
Aromaterapi yang berfungsi melalui deria bau dan penyerapan kulit menggunakan produk seperti:
- Diffusers.
- Spritzers aromatik.
- Penyedut.
- Garam mandi.
- Minyak badan, krim, atau losyen urutan.
- Pengewapan muka (facial steamers).
- Topeng muka tanah liat.
Kebaikan minyak aromaterapi
Anda tidak digalakkan menggunakan aromaterapi dan mengenepikan rawatan perubatan biasa anda.
Tetapi terdapat beberapa keadaan menunjukkan aromaterapi memberikan mungkin dapat memberikan manfaat kesihatan, seperti:
- Mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan.
- Meningkatkan dan memberikan rasa tenang.
- Memperbaiki tidur.
- Membantu meningkatkan kualiti hidup bagi individu yang memiliki masalah kesihatan jangka panjang seperti demensia.
- Memudahkan beberapa jenis penyakit, termasuk sakit daripada batu karang dan osteoartritis lutut.
- Melawan bakteria, kulat dan virus apabila anda meletakkannya di kulit anda.
- Mengurangkan beberapa kesan sampingan kemoterapi rawatan kanser, seperti rasa mual dan sakit.
- Merawat sakit kepala dan migrain.
- Melegakan ketidakselesaan.
- Memperbaiki sistem penghadaman.
- Meningkatkan imunisasi.
Aromaterapi turut mempunyai potensi untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan, termasuk:
- Asma.
- Isomnia.
- Keletihan.
- Kemurungan.
- Kerengsaan.
- Neuropati periferal.
- Isu haid.
- Kanser.
- Disfungsi erektil.
- Arthritis.
- Menopous .
Baca juga: