backup og meta

Kenapa Anda TAK Boleh Guna Semula Botol Air Plastik Yang Disimpan @ Dibuang?

Kenapa Anda TAK Boleh Guna Semula Botol Air Plastik Yang Disimpan @ Dibuang?

Tahukah anda jika botol air plastik yang disimpan atau dibuang itu anda tidak boleh guna semula? Ini kerana wujud banyak kesan buruk boleh terjadi! Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Bahaya guna semula botol air plastik

Anda mungkin terfikir bahawa penggunaannya secara berulang kali boleh mengurangkan pembuangan plastik.

Di sebalik anda memikirkan hal pencemaran, ada satu isu yang anda mungkin tidak fikirkan dengan baik.

Ia berkaitan dengan isu keselamatan dan kesihatan tubuh badan anda!

Berikut merupakan antara bahaya penggunaan semula botol ini kepada tubuh badan:

#1. Tercemar dengan bahan kimia BPA

botol air plastik

BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu bayi dan bekas makanan.

BPA yang terdapat dalam botol ini boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan minuman yang disimpan terdedah kepada BPA. 

Ini kesan jika botol digunakan banyak kali atau diisi dengan air panas:

BPA melepaskan nanogram pada kadar 0.2 hingga 0.8 setiap jam.

Kandungan BPA ini juga dilepaskan 15 hingga 55 kali lebih cepat jika diisi dengan air panas mendidih, iaitu dengan kadar 8 hingga 32 nanogram sejam.

#2. Pencemaran mikroplastik

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93% daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.

#3. Bahan botol air plastik

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan botol sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET.

Ia selamat untuk digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali.

Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol ini keluar dan bercampur dengan minuman anda setiap kali digunakan.

botol air plastik

#4. Faktor mikrob seperti bakteria

Apabila menggunakan botol plastik berulang kali, ia akan banyak kali bersentuhan dengan mulut dan tangan anda, atau mungkin juga individu lain.

Kedua-kedua mulut dan tangan anda merupakan rumah kepada banyak kuman atau bakteria.

Memandangkan mulut botol adalah terlalu kecil, ia agak sukar untuk dibersihkan.

Oleh itu, tahap kebersihan botol plastik yang digunakan berulang kali adalah sangat diragui. 

Bagi tujuan penyimpanan air, adalah lebih baik untuk anda membeli botol minuman yang lebih sesuai.

Gunakan botol tanpa BPA atau BPA-free untuk penyimpanan air minuman.

Buang semua botol plastik yang telah digunakan berulang kali kerana botol plastik tersebut hanya untuk tujuan sekali guna.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Why We Should Not Reuse Plastic Water Bottles, https://codeblue.galencentre.org/2023/02/16/why-we-should-not-reuse-plastic-water-bottles/, Accessed Nov 17 2019.
  2. A New Report Details the Climate, Health and Human Rights Impacts of a Plastic Bottle, https://foodprint.org/blog/impacts-of-a-plastic-bottle/, Accessed Nov 17 2019.
  3. Bottled Water: The Human Health Consequences of Drinking from Plastic, https://cleanwater.org/2020/07/29/bottled-water-human-health-consequences-drinking-plastic, Accessed Nov 17 2019.
  4. Plastic bottles harm human health at every stage of their life cycle, https://grist.org/accountability/plastic-bottles-harm-human-health-at-every-stage-of-their-life-cycle/, Accessed Nov 17 2019.
  5. PLASTIC BOTTLES THREATEN CHILDREN’S HEALTH; NOT JUST A WASTE PROBLEM, https://defendourhealth.org/news/plastic-bottles-threaten-childrens-health-not-just-a-waste-problem/, Accessed Nov 17 2019.

Versi Terbaru

27/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Cuaca Panas Terik Buat Anda Kerap Nak Mandi, Tapi Yang Mana Bagus, Mandi Air Panas @ Sejuk?

Kalau Ada Luka Kecil, Adakah Lebih Baik Untuk Balutkan @ Biarkan Sahaja?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan