backup og meta

Kena Gigit Semut Charlie? JANGAN Sentuh! Bisanya Boleh Buat Anda Jadi Buta!

Kena Gigit Semut Charlie? JANGAN Sentuh! Bisanya Boleh Buat Anda Jadi Buta!

Anda pernah lihat semut Charlie berjalan di sekitar kawasan kediaman? Jika ada, tolong elak dan cegah daripada berada dekat dengan spesies semut terbang yang paling berbahaya ini kerana ia membawa bisa yang boleh memudaratkan tubuh badan manusia!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Charlie, spesies semut yang paling berbahaya?

Juga popular dengan nama semut semai, semut kayap, semut cali atau rove beetle, ia adalah spesies serangga dari keluarga kumbang yang unik kerana mempunyai rupa bentuk seperti semut terbang tetapi agak besar selain memiliki warna hitam berbelang merah dan berbahaya.

Empunya nama saintifik Staphylinidae ini turut wujud di Malaysia dan biasa mendiami kawasan semak-samun terutama di hutan, padang serta sawah. Ia juga amat tertarik dengan cahaya lampu.

Sebenarnya, serangga ini memiliki sayap dan mempunyai kemampuan untuk terbang tetapi agak jarang kita semua dapat lihat kerana ia lebih gemar berada di atas tanah.

Walaupun tidak banyak kes ia mengganggu dan menggigit manusia, namun risiko untuk ia terjadi masih tinggi terutama apabila serangga ini terasa terancam dengan keberadaan anda di habitat mereka.

semut charlie
Contoh imej semut gatal ini.

Apa yang lebih menakutkan adalah gigitan semut ini ada bisa yang akan memudaratkan manusia!

Gigitan semut Charlie ada bisa yang akan memudaratkan?

Untuk pengetahuan anda semua, semut Charlie tergolong di dalam kategori serangga berbisa. Ia dipercayai mengandungi bisa yang 10 kali ganda lebih tinggi berbanding seekor ular tedung.

Di dalam tubuh badan mereka, terdapat sejenis toksin iaitu Pederin – bisa yang paling bahaya di dunia. Apabila ia terdedah kepada manusia, akan muncul banyak gejala terutama pada kulit.

Mungkin ramai yang akan sangka bahawa bisa serangga ini akan terdedah kepada manusia melalui gigitan sedangkan ini tidak benar kerana ia hanya boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit.

Jika bisa ini berpindah daripada badan semut terbang ke badan manusia, berikut adalah gejala yang biasa berlaku:

  • Kulit menjadi merah atau hitam
  • Kulit gatal dan pedih
  • Kulit bengkak dan meradang
  • Muncul nanah dan/atau gelembung air
  • Demam suhu tinggi
  • Sakit badan
  • Pening kepala
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Kejutan anafilaksis
semut charlie
Serangga ini boleh memasuki kediaman dari luar rumah anda.

Sekiranya bisa serangga ini terkena pada organ mata pula, ia akan menyebabkan kondisi konjunktivitis yang lama-kelamaan boleh mengakibatkan kebutaan jika tidak dibawa dan dirawat oleh doktor.

Apa anda perlu buat jika digigit semut Charlie?

Diingatkan sekali lagi, semut Charlie bukan mengeluarkan bisanya melalui gigitan tetapi sentuhan. Ini bermakna anda tidak boleh menyentuh atau memegang secara langsung dengan anggota badan.

Namun malang itu tidak berbau dan jika ia berlaku, ikuti langkah berikut agar tidak timbul bahaya:

  1. Jangan panik dan buang serangga ini dari kulit dengan lapik atau objek lain.
  2. Basuh kawasan kulit yang terjejas dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Tuam kawasan kulit yang terjejas dengan menggunakan tuala dan ais.
  4. Elakkan menyentuh, memegang atau menggaru kawasan kulit yang terkena bisa.
  5. Kunjungi klinik atau hospital jika simptom tidak sembuh selepas tempoh lama.

Meskipun masih belum wujud ubatan atau rawatan khusus untuk menangani bisa semut cali ini, tetapi anda masih boleh mencuba langkah-langkah di atas tadi mengikut urutan serta panduan yang betul.

Dalam pada itu, anda juga mungkin boleh mempraktikkan tip-tip tradisional seperti meletakkan gel lidah buaya, minyak gamat atau minyak angin bagi meringankan gejala yang bersifat ringan.

Hapuskan habitat semut Cali ini dengan lebih awal!

semut charlie
Cara mencegah gigitan semut ini. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sesungguhnya, mencegah adalah jauh lebih baik daripada mengubati bagi setiap situasi kesihatan dan kecemasan. Begitu juga hal untuk mengelak kesan buruk akibat gigitan semut Charlie.

Tip cegah kehadiran semut ini

Antara ikhtiar yang individu boleh cuba adalah meletakkan ubat gegat, menyemburkan racun serangga atau belerang di sekitar kawasan rumah anda agar haiwan berbisa ini boleh menjauhi kediaman anda.

Dalam pada itu, elakkan juga daripada menepis atau menepuk semut ini apabila ia mula merayap di atas badan anda. Sentuhan secara langsung itu boleh mendedahkan anda kepada bisanya.

Konklusinya, jauhi diri daripada serangga ini dan jangan sesekali sentuh atau pegang dengan tangan ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Rove beetles, https://www.health.nsw.gov.au/environment/factsheets/Pages/rove-beetles.aspx, Accessed Aug 19 2022.
  2. Rove Beetle, https://hortnews.extension.iastate.edu/rove-beetle, Accessed Aug 19 2022.
  3. Rove Beetle, https://entomology.ces.ncsu.edu/biological-control-information-center/beneficial-predators/rove-beetle/, Accessed Aug 19 2022.
  4. Ant Bites, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22943-ant-bites, Accessed Aug 19 2022.
  5. Ant bites and stings, https://dermnetnz.org/topics/ant-bites-and-stings, Accessed Aug 19 2022.

Versi Terbaru

26/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada 5 Sebab Kenapa Perlu Jemur Baju Di Luar Rumah, Bukan Untuk Cepat Kering Saja!

'Cik Ti' Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan