backup og meta

Elak Terkena Renjatan Elektrik Semasa Musim Banjir

Elak Terkena Renjatan Elektrik Semasa Musim Banjir

Monsun timur laut bakal melanda dan mereka yang tinggal di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia akan berdepan dengan bencana banjir. Persiapan perlu dilakukan namun kita selalu terlupa aspek keselamatan perkakasan elektrik dalam menghadapi musim banjir. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan risiko renjatan elektrik.

Risiko renjatan elektrik

renjatan elektrik

Selalu kita lihat, kesan yang diuar-uarkan pada animasi kartun apabila seseorang itu tersentuh perkakasan elektrik yang terkena air, mereka akan terenjat dan bertukar menjadi abu. Risiko ini adalah benar (kecuali part mereka bertukar menjadi abu dan masih hidup) dan sering kali meningkat terutamanya apabila masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan banjir selepas surutnya bencana alam tersebut.

Tidak dinafikan bahawa isu perkakas tersebut bukanlah satu perkara yang menjadi kerisauan dalam kalangan mereka yang menghadapi bencana banjir. Namun kesannya boleh membawa maut. Masih ingatkah anda, pada tahun 2015 di Nilai, seorang remaja berusia 16 tahun maut setelah terpijak lopak air yang terdapat kabel TNB di dalamnya? Itu adalah merupakan satu contoh kesan terhadap mereka yang terkena renjatan. Ini bermakna barangan elektrik dan air tidak boleh bercampur!

Menurut panduan yang dikeluarkan oleh Occupational Safety and Health Administration (OSHA), arus elektrik berukuran 1 milliamps (MA) boleh menyebabkan sensasi sesemut (tingling sensation) dan jika arus tersebut mencecah 75 MA, ia boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut. Perkara ini boleh terjadi kesan daripada pergerakan arus tersebut menerusi jantung. Jika seseorang itu terenjat, kebiasaannya sukar untuk mereka melepaskan punca renjatan tersebut kerana otot mereka mula mengecut dan tangan mereka akan menggenggam dengan lebih kuat.

Maka, buat individu yang menghadapi bencana banjir perlu lebih berwaspada agar kemalangan akibat daripada renjatan dapat dihindari.

Pastikan anda lakukan ini semasa atau selepas musim banjir untuk elak renjatan elektrik

renjatan elektrik

Berikut adalah merupakan antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan dalam memastikan diri anda selamat daripada terkena renjatan.

  1. Jangan melangkah masuk ke dalam bilik yang dimasuki air jika terdapat pelbagai jenis barangan elektrik, wayar dan alur keluar elektrik (electrical outlet).
  2. Jangan cuba untuk mematikan kuasa melalui kotak pemutus ketika anda sedang berdiri di dalam air. Dapatkan bantuan profesional untuk mematikan kuasa tersebut.
  3. Ketika anda sedang basah, rintangan elektrik pada permukaan tersebut menjadi rendah. Ini akan meningkatkan risiko untuk anda terkena renjatan. Maka, jangan sentuh sebarang perkakasan eletrik atau wayar pada waktu tersebut.
  4. Pastikan perkakasan elektrik berada pada jarak sekurang-kurangnya 10 kaki daripada permukaan yang basah. Jangan sesekali menggunakan peralatan tersebut ketika ia basah.
  5. Dapatkan bantuan pakar untuk memeriksa peralatan elektrik yang terkena air. Peralatan tersebut berkemungkinan perlu dibaiki atau ditukar supaya ia dapat berfungsi dengan baik.
  6. Sewaktu musim banjir, kebiasaannya, syarikat pembekal sumber tenaga elektrik akan mematikan punca kuasa untuk tujuan keselamatan. Pastikan anda mematikan suis yang terdapat pada kotak pemutus untuk mengelakkan pengaktifan secara mengejut kelak, sewaktu anda tidak bersedia untuk menghidupkan arus. Namun berbalik kepada langkah yang kedua, dapatkan bantuan profesional jika anda berada di dalam air.

Konklusi 

Banyak keputusan perlu dibuat terutamanya apabila berakhirnya musim banjir. Kebanyakan peralatan boleh rosak maka perlulah diingatkan kepada semua individu, untuk memindahkan barangan elektrik ke kawasan yang lebih tinggi pada fasa persediaan musim banjir untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Electricity Safety During a Flood. (http://floodlist.com/dealing-with-floods/electricity-safety). Diakses pada 20 Oktober 2019
  2. How Electrical Currents Move In The Body, And What Happens When You’re Electrocuted. (https://www.medicaldaily.com/how-electrical-currents-move-body-and-what-happens-when-youre-electrocuted-415305). Diakses pada 20 Oktober 2019
  3. Maut terenjat selepas pijak lopak air. (https://www.bharian.com.my/node/96849). Diakses pada 20 Oktober 2019.

Versi Terbaru

17/09/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Terkena Renjatan Elektrik Semasa Musim Banjir

Renjatan Elektrik: Nasihat Bantuan Awal


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 17/09/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan