Ahhh…lari..anjing kejar!!! Mesti berdebar rasa hati bukan. Siapa yang tak takut kalau kena kejar sebegitu. Tapi pernah tak terbayang apa yang perlu dibuat kalau digigit anjing liar?
Jangkitan virus
Mesti ada di antara kita yang menganggap digigit anjing atau haiwan peliharaan lain adalah satu perkara yang biasa, bukan? NO NO NO. Anda tidak boleh membuat anggapan sebegitu. Digigit anjing atau sebarang haiwan peliharaan lain adalah satu isu berat kerana wujud risiko besar yang boleh berlaku kepada individu yang digigit. Kenapa ya?
Ini kerana terdapat risiko yang mungkin berlaku kepada individu yang menjadi mangsa gigitan adalah risiko untuk dijangkiti virus rabies yang boleh mengakibatkan jangkitan penyakit anjing gila kepada manusia.
Simptom
Pada beberapa hari pertama, kemungkinan tidak wujud sebarang tanda atau gejala serius kepada mangsa gigitan. Keadaan ini berlaku kerana virus rabies hanya berada pada sekitar kawasan luka gigitan dan belum memasuki saluran darah dan menyerang sistem saraf.
Pada peringkat awal, individu yang digigit hanyalah akan melihat tanda bengkak serta kemerahan. Selepas beberapa hari, barulah terdapat risiko virus itu itu merebak dan menunjukkan simptom yang serius.
Jadi apa yang perlu dilakukan kalau digigit anjing liar atau sebarang binatang peliharaan lain?
Langkah penjagaan selepas digigit haiwan
Berikut adalah beberapa langkah yang disaran untuk dilakukan kepada individu yang menjadi mangsa gigitan:
- Perkara paling penting adalah untuk membasuh luka gigitan dengan sabun dan air selama 10 minit hingga 15 minit. Jika ketiadaan sabun, boleh basuh dengan air sahaja. Sebaiknya luka harus dibersihkan dengan pencuci beralkohol/etanol 70% atau povidone-iodine. Kemudian sapukan ubat antiseptik seperti ubat kuning Flavin. Balut luka itu dengan pembalut yang bersih.
- Segera bawa individu yang menjadi mangsa gigitan ke klinik atau jabatan kecemasan berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
- Memberitahu pihak berkuasa seperti majlis perbandaran dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi membantu mencari anjing atau haiwan tersebut. Ini kerana haiwan yang menggigit itu akan ditangkap dan dikurung untuk pemerhatian dan pemeriksaan bagi melihat tanda penyakit rabies.
- Jika mangsa atau anda mengetahui mengenai pemilik anjing atau haiwan yang menggigit itu, sila berikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Berikan maklumat mengenai pemiliknya seperti nama, alamat atau nombor yang boleh dihubungi agar status vaksin haiwan itu dapat diketahui.
Kesimpulan
Dalam berdepan kes digigit anjing liar atau sebarang haiwan peliharaan, anda harus menghindari daripada menyapu sebarang krim perengsa terhadap luka serta elakkan daripada menutup luka dengan pembalut luka. Pastikan anda membawa mangsa segera ke hospital atau klinik berhampir dan jangan melengah-lengahkan masa. Ia bukan satu isu remeh yang boleh diambil mudah!
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- Alahan Haiwan
- Haiwan Peliharaan: Yang Mana Satu Sesuai untuk Anak Anda?
- Toksoplasmosis: Parasit Menjangkiti Haiwan dan Menular Kepada Manusia
[embed-health-tool-bmi]