Jika anda suka memasak, salah satu barangan dapur kegemaran anda mungkin peralatan memasak yang tidak melekat. Contohnya, kuali non stick (tidak melekat) adalah item yang sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia sangat membantu dalam memudahkan kerja-kerja memasak anda.
Jadi, apakah sebenarnya peralatan memasak tidak melekat? Menurut Eksekutif Pengujian dan Editor Percubaan America’s Test Kitchen, Lisa McManus dalam TODAY Food, kuali tidak melekat biasanya diperbuat daripada aluminium dan kemudian disalut dengan polytetrafloroethylene, atau PTFE (juga dikenali sebagai Teflon) atau mempunyai seramik yang digunakan pada kuali tanpa PTFE.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Adakah kuali tidak melekat (kuali non stick) selamat?
Apabila kuali anda tercalar, beberapa lapisan tidak melekat boleh merebak ke dalam makanan (kuali juga menjadi lebih melekit). Ini boleh mengeluarkan sebatian toksik.
Apa yang lebih berbahaya ialah memasak dalam kuali tidak melekat (kuali non stick) di atas haba yang tinggi juga boleh mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil asid perfluorooctanoic.
Dengan penggunaan yang sederhana, kuali tidak tahan lama iaitu hanya sekitar lima tahun. Sekiranya kuali tidak melekat anda rosak, elakkan daripada menggunakannya.
5 tip penggunaan kuali non stick (tidak melekat) dengan betul
1. Gunakan haba sederhana atau lebih rendah
Pemanasan melampau atau penggunaan haba yang tinggi boleh menyebakan salutannya pecah, yang boleh mengakibatkan pelepasan zarah-zarah atau gas toksik.
Selain itu, mengawal penggunaan haba boleh memanjangkan tempoh hayat kuali tidak melekat anda.
2. Elakkan penggunaan peralatan logam
Ini adalah peraturan paling penting yang perlu diingati jika anda menggunakan kuali tidak melekat. Ini kerana apabila peralatan logam seperti senduk, sudip atau sudu bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan menyebabkannya bercalar.
Hal ini mengakibatkan kuali tidak melekat anda sudah tidak selamat digunakan lagi. Sebaiknya, gunakan alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
3. Bersihkan dan keringkannya selepas digunakan
Langkah terbaik adalah mencuci kuali tidak melekat dengan cucian tangan dan keringkannya untuk mengelakkan pembentukan karat.
Mengambil masa atau menunggu terlalu lama untuk membersihkan kuali atau mencuci mengguna mesin basuh pinggan mangkuk akan meningkatkan risiko pembakaran minyak yang tertinggal ke salutan dan di bahagian luar kuali.
Ini menimbukan kesan noda seperti garis bakar dan bintik-bintik minyak yang sukar dihapuskan dan boleh melekat pada makanan anda.
4. Elakkan makanan berasid dalam kuali non stick
Memasak makanan berasid dalam kuali tidak melekat menggalakkan pengelupasan. Makanan seperti tomato dan lemon cenderung untuk mengikat dan melonggarkan lapisan salutan yang nipis.
Ada yang boleh hancur selepas penggunaan pertama kerana tidak semua kuali tidak melekat mesra penggunannya.
5. Gunakan bahan pencuci yang lembut
Gunakan sabun yang lebih lembut pada kuali tidak melekat anda. Kebanyakan bahan pencuci yang digunakan semasa mencuci punggan mangkuk menggunakan tangan dianggap lembut.
Pencuci seperti peluntur dan pencuci lain adalah kasar. Ini boleh merosakkan lapisan tidak melekat pada kuali anda.
[embed-health-tool-bmi]