backup og meta

Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/01/2020

    Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

    Skizofrenia adalah masalah berkaitan gangguan pemikiran yang serius. Tetapi bagaimana kalau dikatakan udara yang kita hirup ini boleh menjadi antara punca peningkatan risiko untuk mengalami gangguan tersebut?

    Penyumbang utama

    Gangguan melibatkan pemikiran ini dikatakan telah menjejaskan berjuta-juta individu di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dikatakan lebih kurang 20 juta individu  di seluruh dunia hidup dengan keadaan skizofrenia. 

    Halusinasi, dorongan kepercayaan yang salah secara berterusan (delusi), pemikiran bercelaru dan gangguan emosi merupakan ciri-ciri utama masalah kesihatan mental ini dan ia merupakan penyumbang utama kepada ketidakupayaan diri.

    Individu yang mempunyai masalah ini juga dikatakan mempunyai kecenderungan berdepan risiko kematian awal yang lebih tinggi berbanding individu lain secara umumnya. Walau bagaimanapun, saintis masih tidak mengetahui apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan ini dan mengapa ia terjadi. 

    Setakat ini mereka menganggap faktor risiko utama penyumbang masalah mental ini adalah solekan genetik individu melibatkan interaksi dengan persekitaran seperti pengasingan sosial dan penyalahgunaan ubatan atau dadah. 

    Para penyelidikan masih berusaha untuk mencari semua faktor yang meningkatkan risiko perkembangan keadaan mental ini. Namun, berdasarkan satu kajian baharu, menunjukkan bahawa pencemaran udara mungkin boleh menjadi salah satu punca yang menyumbangkan kepada risiko untuk mengalami penyakit mental kronik ini.

    Pencemaran udara tingkatkan risiko skizofrenia?

    Melalui kajian yang dilakukan penyelidik dari Aarhus University di Denmark ini, mereka telah mengenal pasti satu lagi faktor yang boleh menjadi risiko untuk mengembangkan skizofrenia, iaitu pencemaran udara ketika zaman kanak-kanak.

    Kajian yang diterbitkan dalam JAMA Network Open ini boleh dianggap sebagai bukti yang menunjukkan bahawa penyelidik perlu memandang berat isu pencemaran udara sebagai salah satu faktor serius bagi faktor risiko kepada masalah melibatkan kesihatan otak dan mental.

    Dalam kajian yang dilakukan ini, para penyelidik telah menganalisis data melibatkan 23,355 responden yang merupakan individu yang dilahirkan di Denmark antara 1 Mei 1981 hingga 31 Disember 2002. 

    Analisis yang dilakukan bermula ketika responden berusia 10 tahun sehingga kejadian pertama berlakunya skizofrenia, perpindahan, kematian atau sehingga tarikh 31 Disember 2012 (yang mana tiba dahulu, berdasarkan laporan yang diterbitkan).

    Pasukan penyelidikan mempunyai akses kepada maklumat mengenai data genetik setiap individu yang terlibat melalui The Lundbeck Foundation Initiative for Integrative Psychiatric Research, atau iPSYCH. Data yang diperoleh turut mengenai perubahan kesihatan mental dan data pencemaran udara semasa zaman kanak-kanak mereka.

    Daripada jumlah responden yang terlibat dalam kajian, seramai 3,531 individu mengalami masalah penyakit mental ini.

    Analisis kajian

    Analisis kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami pendedahan kepada tahap pencemaran udara yang tinggi sewaktu membesar mempunyai risiko peningkatan masalah mental semasa dewasa.

    Menurut penyelidik kanan kajian ini, Dr. Henriette Thisted Horsdal,  “Berdasarkan kajian, ia menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pencemaran udara, maka akan semakin besar risiko untuk mengalami masalah gangguan pemikiran ini. 

    “Bagi setiap peningkatan 10 mikrogram per meter padu (merujuk kepada kepekatan nitrogen dioksida dalam udara persekitaran) dalam purata harian, risiko mengalami skizofrenia akan meningkat lebih kurang 20 peratus,” ujar Dr. Henriette.

    Beliau menambah, seorang kanak-kanak yang terdedah kepada purata harian melebihi 25 mikrogram per meter padu mempunyai lebih 60 peratus risiko untuk mengembangkan masalah berkaitan pemikiran ini, berbanding kanak-kanak yang terdedah kurang daripada 10 mikrogram per meter padu.

    Apa yang boleh difahami melalui penyelidikan ini adalah, sekiranya risiko jangka panjang skizofrenia sebanyak lebih kurang dua peratus, ini bermakna bagi seseorang individu dewasa yang tinggal di kawasan dengan pencemaran udara paling rendah mempunyai risiko di bawah dua peratus.

    Sebaliknya, bagi individu yang membesar di kawasan dengan pencemaran udara paling tinggi, risiko untuk mengalami masalah gangguan pemikiran sepanjang hayat mereka adalah kira-kira tiga peratus. 

    Masih kabur

    Para pengkaji masih tidak mempunyai sebab jelas yang menghubungkan antara pendedahan kanak-kanak dengan pencemaran udara dan kesan risiko penyakit mental kronik ini. Namun penyelidik menegaskan bahawa faktor risiko alam sekitar ini adalah bebas daripada faktor risiko lain yang berisiko mengembangkan keadaan ini seperti risiko genetik.

    Dr. Henriette turut memberitahu, “Walau bagaimanapun, risiko untuk mengembangkan gangguan mental ini adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah genetik untuk mengembangkan keadaan kesihatan ini.”

    Penyelidik turut menyatakan masih terdapat pelbagai persoalan berkaitan hubung kait antara penyakit mental kronik ini dengan kualiti udara yang tidak mampu dijawab, dan menegaskan bahawa masih banyak penyelidikan lanjut yang perlu dilakukan bagi menjelaskan keadaan ini. 

    Jadi apa yang boleh disimpulkan, berdasarkan kajian terdahulu, pencemaran udara tidak menyumbang kepada perkembangan berkaitan skizofrenia.

    Adakah skizofrenia boleh dirawat?

    Skizofrenia tidak boleh dirawat tetapi kebanyakan simptomnya boleh dirawat dengan ubat dan terapi tingkah laku kognitif (cognitive behavioral therapy). Penyakit mental sering kali berlaku kepada individu yang mempunyai cara fikir yang salah atau berfikiran negatif dalam jangka masa yang lama. 

    Oleh sebab itu doktor akan menggunakan terapi kognitif untuk membantu mengenal pasti tabiat tersebut. Kemudian terapi tingkah laku dan panduan latihan untuk mengelakkan cara pemikiran itu akan diberikan kepada individu dengan gangguan mental ini. Jika seseorang individu itu tidak lagi berfikir dengan cara yang sama, bermakna simptomnya telah disembuhkan.

    Selain itu, doktor mungkin menyarankan ubat anti neurotik harian untuk menghalang simptom delusi dan paranoia. Doktor juga akan menggunakan terapi psikososial untuk individu terlibat. Rawatan psikososial ialah terapi kaunseling yang membantu individu dalam aktiviti harian dan aktiviti komuniti.

    Perubahan corak kehidupan

    Melakukan perubahan dalam kehidupan seharian juga dikatakan dapat membantu menangani masalah berkaitan penyakit mental kronik ini, seperti:

  • Memastikan anda mengambil ubat anda setiap hari seperti saranan doktor
  • Mengelakkan pengambilan alkohol kerana ia boleh menjejasan fungsi dan kesan ubat
  • Menghindari sebarang situasi atau keadaan yang boleh menyebabkan wujudnya tekanan, seperti tidak cukup waktu tidur, pemakanan tidak seimbang dan pengambilan kafein berlebihan
  • Konklusinya

    Walaupun skizofrenia merupakan satu keadaan yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina atau usia. Namun apa yang pasti, skizofrenia adalah satu keadaan yang tidak berlaku disebabkan oleh pencemaran udara. Dalam masa yang sama pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengesyaki wujudnya gejala yang mungkin akan meningkatkan risiko penyakit ini kepada anda. 

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/01/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan