Tip Mendapatkan Lebih Tenaga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Terdapat pelbagai pilihan untuk menambahkan tenaga, seperti pengambilan vitamin, herba, dan makanan tambahan lain yang biasanya disebut sebagai penggalak tenaga. Terdapat juga yang ditambah ke dalam minuman ringan dan makanan tertentu. Tetapi anda juga boleh mendapatkan lebih tenaga dengan cara semula jadi. Ikuti tip berikut untuk mendapatkan lebih tenaga.

7 Tip mendapatkan lebih tenaga dengan mudah

  1. Kurangkan tekanan

Emosi yang terganggu disebabkan tekanan akan mengambil sejumlah besar tenaga. Tekanan boleh menyebabkan kegelisahan dan ia juga memakan sejumlah besar tenaga. Tanpa anda sedari, tekanan boleh menyebabkan anda menjadi penat secara mental dan fizikal – walaupun pada hakikatnya anda menghabiskan masa seharian di katil tanpa berbuat apa-apa. Pelbagai teknik relaksasi boleh anda cuba seperti yoga, mendengar muzik atau mungkin bersenam. Jika anda berasa tertekan, cuba untuk meluangkan masa berbual dengan rakan atau keluarga, menyertai sebarang kumpulan sokongan, atau berjumpa dengan pakar psikoterapi seandainya tekanan yang anda hadapi adalah kronik dan membimbangkan.

  1. Minum air

Dehidrasi boleh membuatkan anda berasa lemas dan keletihan. Anda mungkin tidak perlu mengikuti peraturan ‘8 gelas air sehari’ tetapi sekurang-kurangnya anda meminum air yang secukupnya untuk mengekalkan badan sentiasa terhidrat. Anda boleh mengetahui dengan sendirinya anda berada dalam keadaan terhidrat apabila anda tidak berasa haus dengan warna air kencing berwarna terang.

  1. Kurangkan bebanan

Salah satu punca keletihan adalah kerja terlampau kuat. Ia boleh melibatkan tugasan kerja profesional, keluarga dan keperluan sosial. Cuba untuk melihat kembali senarai tugasan yang anda perlu lakukan. Utamakan apa yang penting sebagai keutamaan. Untuk sebarang perkara yang tidak begitu penting, letakkan ke tepi. Jangan malu untuk mendapatkan pertolongan jika memerlukan.

  1. Tidur yang mencukupi

Tidur merupakan satu perkara yang sering dianggap remeh apabila berdepan dengan kesibukan. Adalah satu kebiasaan untuk tidak mendapat tidur yang mencukupi, mengurangkan masa tidur sehingga beberapa jam apabila mempunyai tugasan yang menimbun. Akibatnya anda akan merasa lesu, mudah marah dan kepenatan. Jika anda kerap berdepan simptom seperti ini, langkah terbaik yang mungkin anda patut pertimbangkan adalah untuk mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Amat disarankan untuk memberikan badan anda tidur dan rehat sekitar 7 jam setiap malam, walaupun keperluan tidur ini adalah berbeza bagi setiap individu – mungkin ada yang memerlukan kurang tidur dan ada yang memerlukan lebih tidur.

  1. Bersenam

Antara cara untuk mendapatkan lebih tenaga adalah dengan bersenam. Malah bersenam juga menjanjikan bahawa anda berkemungkinan akan memperolehi tidur yang lebih nyenyak. Aktiviti fizikal ini juga dapat memberikan sel dalam badan lebih tenaga untuk membakar dan mengedarkan oksigen. Senaman akan membuatkan badan anda untuk melepaskan hormon tekanan, epinephrine dan norepinefrin dalam jumlah yang sederhana untuk membuatkan anda merasa lebih bertenaga. Bersenam secara tetap adalah penting untuk mengurangkan risiko perkembangan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan obesiti.

  1. Berhenti merokok

Merokok adalah antara perkara yang mendatangkan bahaya kepada diri dan pastinya anda menyedari bahawa merokok tidak memberikan sebarang manfaat kepada kesihatan anda. Merokok boleh mengurangkan tenaga anda dengan menyebabkan wujudnya insomnia. Asap dari rokok adalah sangat berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai risiko kesihatan seperti radang paru-paru, penyakit jantung dan strok. Jika anda adalah perokok, perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk memberikan anda lebih tenaga dan memperbaiki tahap kesihatan adalah dengan berhenti merokok.

  1. Pemakanan seimbang

Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menjadi penyebab kelesuan, cepat letih dan kurang bertenaga. Badan anda memerlukan tenaga untuk berfungsi, maka pemilihan makanan kaya nutrisi, berkhasiat adalah penting untuk memastikan badan anda mendapat keperluan nutrisi yang diperlukan. Kurangkan pengambilan makanan manis dan kandungan gula yang tinggi. Pemakanan seimbang dapat mengurangkan risiko perkembangan penyakit kronik. Pastikan anda mengambil sarapan pagi pada setiap hari sebagai permulaan hari anda.

Gaya hidup sihat

Keletihan dan kekurangan tenaga merupakan satu perkara biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu. Walau bagaimanapun, dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti meminum air secukupnya, pemakanan yang sihat dan seimbang, bersenam serta mendapatkan tidur yang mencukupi pasti dapat membantu anda untuk lebih bertenaga dan meningktkan tahap kesihatan anda. Jika keletihan merupakan satu perkara yang sering anda lalui setiap hari, sebaiknya anda melihat kembali gaya hidup anda dan lakukan perubahan jika perlu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: