Tip Elak Rambut Berbuah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Rambut berbuah biasanya dikaitakan dengan wanita bertudung. Tabiat mengikat rambut ketika basah, atau memakai tudung dalam keadaan rambut masih belum kering menyebabkan bakteria tumbuh dan melekat pada rambut. Dalam bahasa mudah, rambut berbuah merujuk kepada masalah ketepuan produk pada kulit kepala anda disebabkan penjagaan kulit kepala yang tidak teliti. Jika dibiarkan akan terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan. Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut.

Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung, tidak perlu diberikan penjagaan yang khusus. Wanita yang bertudung juga perlu menjaga rambut supaya sentiasa sihat dan menawan. Tentunya anda akan berasa geli disebabkan terdapatnya bakteria yang tumbuh serta melekat pada rambut anda. Oleh itu anda perlulah menjaga rambut dengan sebaiknya.

Tip mencegah rambut berbuah:

1.Gunakan clarifying shampoo

Clarifying shampoo adalah cara paling biasa untuk menyingkirkan ketepuan produk pada rambut. Pun begitu, jangan gunakan syampu ini secara berlebihan. Disebabkan kesannya yang kuat, ia boleh mengeringkan kulit kepala. Penggunaan sekali sebulan sdah mencukupi.

2. Bilas dengan Cuka Epal Sider

Banyak produk rambut boleh mengganggu pH semula jadi rambut dan memberi kesan negatif kepada keadaan kulit kepala. Mengambil pendekatan DIY, anda boleh menggunakan cuka epal sider (apple cider vinegar) untuk menyingkirkan ketepuan produk. Ia juga membantu mengembalikan rambut dan kulit kepala ke pH semula jadi. Tetapi jangan gunakan secara langsung sebaliknya campurkan dengan air dalam nisbah 1:4 untuk membilas rambut.

3.Cuba Gunakan Jus Lemon

Sepertimana cuka epal sider, jus lemon turut mempunyai nilai pH yang sama. Campurkan dengan air sebelum digunakan seperti cuka epal sider. Keasidan jus lemon membantu menyingkirkan kelemumur dan sisa produk, membersihkan kulit kepala seperti syampu. Biarkan campuran tersebut di kulit kepala selama 10 minit, sikat dan bilas setelah selesai.

4. Pengelupasan dengan Baking Soda

Apabila rambut anda bertambah berat dengan produk melekit, cuba gunakan baking soda sebagai exfoliant kulit kepala. Anda boleh mencampurkan dengan air, kondisioner dan beberapa titis minyak kegemaran anda. Alirkan campuran tersebut melalui rambut yang lembap sewaktu mandi dan ikuti dengan kondisioner rambut yang sesuai. Jangan amalkannya lebih daripada sekali sebulan.

5. Gunakan Syampu dan Kondisioner yang Sesuai

Disebabkan anda tidak boleh menggunakan syampu clarifying dengan kerap, pastikan anda menggunakan produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit kepada dan rambut anda. Cari syampu yang ringan dan kurang bahan yang memberatkan seperti paraben, sulfat, dan silikon yang meninggalkan sisa pada rambut.

6. Biarkan rambut lepas

Setelah seharian dikepam dan diikat di dalam hijab, membiarkan rambut anda lepas lebih baik. Bahkan apabila rambut tidak diikat atau saling berselirat, produk rambut akan kurang mempunyai gumpalan kawasan untuk menetap. Pastikan rambut anda kering sebelum memakai hijab.

Berhijab bukan alasan untuk tidak memastikan rambut anda sihat dan cantik. Amalkan tip tersebut dan jaga kebersihan kulit kepala anda sebelum rambut kembali berbuah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rasa Tidak Yakin Angkara Rambut Kering & Kusam? Boleh Cuba 7 Petua Ini Di Rumah!

    Rambut kering dan rosak menjadi kebimbangan anda? Usah risau, boleh cuba guna 7 bahan ini di rumah untuk rambut yang sihat dan kuat! Jom klik untuk tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/11/2020 . 3 minit bacaan

    Suka Pintal Rambut Guna Jari? Ini Mungkin Tanda Anda Alami Masalah Sakit Jiwa, OCD!

    Fakta rambut yang perlu anda tahu! Kerap bermain rambut dengan cara memintal rambut tanpa sedar mungkin petanda anda alami OCD.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Pernahkah anda perhatikan lelaki tumbuh jambang, janggut atau misai dengan kadar yang berbeza? Sebenarnya, genetik yang memainkan peranan paling penting!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Rasanya ramai individu yang mempunyai bulu hidung serabai & serabut bukan? Tenang, ini ada 3 cara mudah untuk membuangnya! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara hitamkan uban

    Rambut Uban Jejas Penampilan? Relaks, Boleh Cuba 7 Ramuan Tradisional Ini Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    kesan mandi laut

    Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
    bulu alat kemaluan

    Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    kesan melancap rambut gugur

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan