backup og meta

Tabiat 'Membunyikan' Jari. Adakah ia Boleh Memudaratkan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    Tabiat 'Membunyikan' Jari. Adakah ia Boleh Memudaratkan?

    Tabiat membunyikan jari merupakan satu perkara yang menarik tetapi masih tidak diketahui ramai. Tahukah anda bagaimana bunyi boleh dihasilkan dari perbuatan membengkok atau meregangkan jari?

    Menurut satu teori, bunyi yang keluar dari sendi anda dipercayai hasil dari buih yang pecah dalam cecair sinovial (cecair yang membantu melancarkan pergerakan sendi). Apabila anda menarik tulang sendi jauh dari satu sama lain, sama ada dengan membengkok atau meregang jari anda ke belakang, tekanan negatif akan terbentuk di dalam sendi tersebut. Keadaan ini menyebabkan gas untuk masuk ke dalam sendi dan pecah sehingga menghasilkan bunyi ‘pop’.

    Teori lain pula mengatakan bahawa bunyi tersebut terhasil disebabkan pembentukan kaviti atau ruang kosong semasa tulang ditarik jauh dari antara sama lain tanpa ada sebarang buih atau gas yang pecah.

    Semuanya ialah teori yang dikemukakan oleh saintis. Secara amnya, mekanisme sebenar masih belum dikenal pasti.

    Bunyi ini juga kadangkala terkeliru dengan bunyi geseran tendon dengan tulang atau otot. Apabila sendi bergerak (contohnya semasa membengkokkan lutut dari posisi lurus), posisi tendon akan berubah jika dibandingkan dengan posisi asal sendi. Semasa kembali kepada posisi asal, pergeseran dengan tulang atau otot mungkin menghasilkan bunyi.

    Adakah tabiat membunyikan jari bahaya?

    Setakat ini, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa tabiat ini bahaya untuk kesihatan tulang dan sendi. Dalam erti kata lain, ia tidak menyebabkan radang sendi atau artritis. Kajian yang membandingkan kadar artritis tangan dalam kalangan pengamal tabiat membunyikan jari dan individu yang tidak mengamalkannya tidak menemui perbezaan yang signifikan.

    Selagi mana ia tidak menyebabkan rasa sakit, tiada risiko yang diketahui boleh berlaku. Jika ada rasa sakit, mungkin terdapat masalah kesihatan tertentu pada sendi terbabit.

    Walaupun tiada risiko kesihatan, membunyikan jari dalam jangka masa panjang boleh mengurangkan kekuatan genggaman tangan. Oleh itu, mungkin masih ada sebab yang baik untuk anda meninggalkan tabiat ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan