
Sejak dahulu, kajian telah menunjukkan kaitan antara duduk untuk tempoh masa yang lama dan banyak keadaan perubatan. Seolah-olah bukti-bukti yang ada belum cukup membimbangkan, satu kajian baru kini mendakwa bahawa tidak aktif dalam tempoh masa yang lama bertanggungjawab untuk kira-kira 4% daripada semua kadar kematian di seluruh dunia
Kajian baru
Kajian baru yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Brazil dan Sepanyol dan kemudian diterbitkan kali pertama di dalam American Journal Of Preventive Medicine. Ia melibatkan 54 buah negara di seluruh dunia, dengan menggunakan data yang dikumpulkan antara tahun 2002 dan 2011. Statistik tersebut mendedahkan satu fakta mengejutkan bahawa lebih 60% orang di dunia duduk lebih daripada tiga jam setiap hari. Orang dewasa dilaporkan menghabiskan hampir 4.7 jam hari mereka untuk duduk. Kajian ini mendapati bahawa gaya hidup tidak aktif ini mungkin terkait dengan 3.8% daripada kematian di seluruh dunia, iaitu kira-kira 433,000 kematian setahun. Kajian juga mendapati bahawa kadar kematian tertinggi ialah di Pasifik Barat. Kedua adalah di bahagian Eropah, kawasan Mediterranean Timur, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara. Apabila keputusan diperiksa dengan teliti mengikut negara, kadar tertinggi adalah Lubnan (11.6%), Belanda (7.6%) dan Denmark (6.9%). Negara dengan kadar terendah adalah Mexico (0.6%), Myanmar (1.3%) dan Bhutan (1.6%). Negara yang termasuk julat purata pula ialah Sepanyol (dengan purata 3.7% daripada kematian), Kanada dan Amerika Syarikat ( melebihi kadar purata, masing-masing 4.7% dan 4.2% kematian).
Bukti lain
Bukti ini disokong oleh banyak kajian yang diterbitkan di dalam the journal Lancet (edisi 2012). Bukti tersebut menunjukkan 31% daripada rakyat di seluruh dunia tidak dapat memenuhi aktiviti fizikal yang dianjurkan. Pemilik kajian tersebut percaya bahawa dengan meningkatkan tempoh aktif dan menurunkan tempoh purata duduk, orang di negara yang dikaji boleh meningkatkan jangka hayat mereka sebanyak 0.20 tahun. Analisis tersebut menunjukkan bahawa mengurangkan tempoh duduk kepada dua jam, iaitu kira-kira separuh jumlah pengurangan pada masa duduk purata yang ditemui dalam kajian ini, akan membawa kepada penurunan sebanyak 2.3% risiko kematian – dalam kata lain, pengurangan sebanyak tiga kali ganda. Pengurangan sejam atau setengah jam sehari boleh mengurangkan kadar kematian sebanyak 0.6%.
Disebabkan kajian ini telah memberikan bukti baru mengenai perkara itu, para saintis kini menasihat bahawa kita perlu kurangkan gaya hidup kurang aktif bagi mengelakkan kematian pramatang di seluruh dunia. Negara yang mempunyai kadar tertinggi perlu mengambil tindakan segera dengan mempromosikan kempen kesihatan yang strategik, seperti sistem pengangkutan awam, untuk mendorong penduduk menjadi lebih aktif.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.