backup og meta

Anda Ada Masalah Mati Pucuk & Diabetes? Ini Yang Lelaki Perlu Lakukan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    Anda Ada Masalah Mati Pucuk & Diabetes? Ini Yang Lelaki Perlu Lakukan!

    Lelaki yang menghidap diabetes dan menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ereksi boleh mengambil ubat oral.

    Rawatan kondisi mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) bergantung kepada puncanya dan terdapat pelbagai pilihan rawatan yang baik.

    Ini adalah sama untuk lelaki menghidap diabetes dan lelaki yang mengalami mati pucuk daripada punca yang lain.

    Rawatan yang paling sesuai bergantung kepada kesihatan pesakit dan keupayaan mereka sendiri untuk bertolak ansur dengan rawatan.

    Pakar pakar urologi boleh membantu menentukan rawatan yang terbaik.

    Doktor juga boleh menukar mana-mana preskripsi ubat-ubatan yang boleh menyumbang kepada mati pucuk.

    rawatan kondisi mati pucuk

    Empat ubat yang paling biasa ditetapkan ialah:

    • Sildenafil (Viagra)
    • Vardenafil (Levitra)
    • Tadalafil (Cialis)
    • Avanafil (Spedra)

    Ubat-ubatan ini menyebabkan ereksi dengan meningkatkan aliran darah ke zakar!

    Ia memerlukan rangsangan seksual untuk keberkesanannya dan perlu diambil 30-60 minit sebelum bersetubuh.

    Rawatan kondisi mati pucuk yang lain

    • Terapi hormon: Terapi penggantian testosteron disyorkan untuk lelaki menghidap mati pucuk yang menunjukkan tahap testosteron yang rendah.
    • Terapi suntikan penis: Suntikan alprostadil (Caverject) terus ke dalam zakar sebelum persetubuhan telah diluluskan untuk lelaki yang tidak bertindak balas terhadap terapi ubat oral. Suntikan hormon ini meningkatkan bekalan darah ke zakar untuk menghasilkan ereksi.
    • Terapi pam vakum: Tiub plastik yang disambungkan ke pam diletakkan di atas zakar. Pam mengosongkan udara keluar dari tiub dan ini menyebabkan darah ditarik ke dalam zakar. Cincin kemudian diletakkan di dasar zakar untuk mengekalkan ereksi semasa hubungan seks.
    • Prostetik penis: Ini hanya dipertimbangkan apabila semua pilihan rawatan lain telah gagal kerana memerlukan pembedahan besar. Rod kembung ditanamkan ke dalam zakar untuk menjadikannya tegak untuk bersetubuh.
    • Sokongan psikologi: Jika disfungsi ereksi disebabkan oleh keadaan psikologi, seperti kebimbangan atau kemurungan, pesakit boleh mendapat manfaat daripada kaunseling.

    Rawatan kondisi mati pucuk buat pesakit diabetes

    Terdapat beberapa perubahan gaya hidup dan rawatan yang boleh anda lakukan bukan sahaja membantu pengurusan diabetes, tetapi juga menurunkan risiko mati pucuk.

    rawatan kondisi mati pucuk

    Berikut merupakan rawatan mati pucuk bagi penhidap diabetes:

    i) Kawal gula dalam darah melalui pemakanan

    Pemakanan mesra diabetes akan membantu anda mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik dan mengurangkan jumlah kerosakan pada saluran darah dan saraf anda.

    Diet yang tepat untuk mengekalkan paras gula dalam darah juga boleh meningkatkan tahap tenaga dan mood anda, yang mana kedua-duanya boleh membantu mengurangkan risiko mati pucuk.

    Rawatan kondisi mati pucuk ii) Kurangkan merokok

    Merokok menyempitkan saluran darah dan menurunkan kadar nitrik oksida dalam darah anda. Penurunan aliran darah ke zakar menyebabkan disfungsi erektil semakin parah lantas menyebabkan mati pucuk.

    Rawatan kondisi mati pucuk iii) Banyakkan bersenam

    Menambahkan senaman secara rutin bukan sahaja membantu mengawal kadar gula dalam darah tetapi juga dapat meningkatkan peredaran darah, menurunkan tahap tekanan dan meningkatkan tahap tenaga anda.

    Ini semua boleh membantu mengelakkan mati pucuk!

    iv) Sila tidur dengan secukupnya

    Keletihan sering dipersalahkan untuk disfungsi seksual. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam bagi mengurangkan risiko mati pucuk.

    rawatan kondisi mati pucuk

    v) Pastikan tahap tekanan menurun

    Tekanan boleh mengganggu rangsangan seksual dan keupayaan anda untuk mendapatkan ereksi.

    Senaman, meditasi, dan mengetepikan masa untuk melakukan perkara yang anda nikmati boleh membantu mengekalkan tahap tekanan dan mengurangkan risiko mati pucuk.

    Jika anda mengalami gejala kegelisahan atau kemurungan, berjumpa dengan doktor.

    Mereka mungkin dapat merujuk anda kepada ahli terapi yang boleh membantu anda bekerja melalui apa-apa yang menyebabkan anda tertekan.

    vi) Hentikan pengambilan alkohol

    Minum lebih daripada dua minuman sehari boleh merosakkan saluran darah anda dan menyumbang kepada mati pucuk.

    Malah, menjadi mabuk juga boleh menyebabkan kesukaran untuk mencapai ereksi dan mengganggu fungsi seksual.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan