OKU Adalah Nadi Masyarakat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedua (WHO) mengganggarkan sekitar 15% daripada populasi dunia adalah tergolong dalam OKU. Di Malaysia pula, laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 mendapati bahawa 26.9% rakyat termasuk dalam kategori OKU. Dalam bahasa yang mudah, 1 daripada 4 rakyat Malaysia mempunyai kelainan upaya.

OKU nadi masyarakat

Angka 26.9% bukanlah jumlah yang kecil. Sebaliknya, ia sangat signifikan. Peratusan tersebut termasuk masalah penglihatan, berjalan, gangguan memori, pendengaran, komunikasi dan penjagaan diri sendiri.

Mereka bukanlah golongan sampingan di dalam masyarakat dan tidak seharusnya diperlakukan sedemikian rupa. Malah, ramai dalam kalangan mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan orang yang dikatakan normal.

Allahyarham Profesor Datuk Dr Ismail adalah contoh golongan masalah penglihatan yang telah berjaya dengan cemerlang mengalahkan orang biasa. Beliau yang pernah menjadi Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) merupakan pakar ekonomi graduan Doktor Falsafah (PhD) dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga adalah senator pertama yang pernah dilantik dalam kalangan OKU.

Ramai lagi individu yang berjaya seperti Sukur Ibrahim, Tuah Atan, Zhariff Affandi dan Ruzimi Mohamed.

Peluang dan kemudahan harus diberikan

Golongan ini harus mendapat layanan yang selayakkan sebagai anggota masyarakat. Kesedaran yang ada dalam kalangan masyarakat pada hari ini mungkin lebih baik berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Kemudahan seperti tempat letak kenderaan, tandas dan laluan khusus semakin banyak ditemui.

Apa yang lebih penting, peluang pendidikan dan kemahiran sangat diperlukan agar mereka mampu menggilap potensi dan bakat yang ada untuk dimanfaatkan di dalam masyarakat. Sekiranya peluang tersebut tersedia, pastinya golongan ini mampu terkehadapan.

Masyarakat perlu belajar daripada mereka

Kekurangan yang ada pada diri ternyata bukanlah penghalang untuk berjaya. Hakikatnya, setiap orang mempunyai kekurangan masing-masing. Kadangkala, ia mungkin tidak terzahir. Kekurangan tersebut perlu dilihat sebagai cabaran dan peluang.

Masyarakat dan OKU harus banyak bertemu dan berhubung. Interaksi ini akan menghakis persepsi yang ada dan membina lebih banyak persefahaman antara mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    gestational-diabetes-linked-autism

    Autisme: Kecacatan atau Kelainan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 03/12/2018 . 2 minit bacaan

    Orang Kurang Upaya: Kekeliruan Terminologi Kurang Upaya dan Kecacatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 03/12/2018 . 2 minit bacaan