Musafir Semasa Ramadan. Apa yang Patut Anda Tahu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/05/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah itu musafir?

Musafir adalah suatu perjalanan dengan jarak iaitu melebihi dua marhalah (60 batu) dan tujuan tertentu yang mempengaruhi ketentuan sesuatu hukum. Musafir juga membolehkan seseorang berbuka puasa dengan syarat-syarat tertentu.

Panduan bermusafir semasa Ramadan

1. Fahami asas Ramadan

Ramadah termasuk dalam salah satu Rukun Islam yang mana mewajibkan semua penganutnya berpuasa iaitu menahan lapar, dahaga serta perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Ia bukannya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Oleh itu penting bagi anda memahami dan menghormati budaya setempat yang anda lawati.

2. Perancangan yang teliti

Pada bulan Ramadan, ia juga mempengaruhi operasi perniagaan khususnya. Jadi langkah bijak adalah membuat tempahan awal dari segi penginapan, pengangkutan dan agensi pelancongan supaya perjalanan anda lebih teratur. Tempah hidangan makanan lebih awal atau memastikan anda membawa bekalan air putih sepanjang perjalanan supaya tidak mengganggu waktu berbuka puasa.

3. Ubah jadual

Bagi sesetengah tempat, masyarakatnya akan meluangkan masa bersama keluarga hingga tiba waktu bersahur. Jika inginkan kelainan, anda boleh cuba berbuka bersama penduduk setempat di khemah-khemah yang didirikan di pinggir jalan yang mana turut menyediakan juadah berbuka lebih murah. Pasti ia menjadi satu pengalaman yang menakjubkan buat anda!

4. Jaga diri

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan tertentu, dapatkan nasihat daripada pakar perubatan untuk berpuasa di negara asing. Ini kerana badan akan kehilangan nutrisi apabila berpuasa, jadi pastikan anda kekal hidrasi dan mendapatkan rehat yang cukup. Ketika bersahur, sebaiknya makan hidangan yang mengandungi tahap karbohidrat dan protein yang tinggi seperti sayuran dan buah-buahan serta banyakkan meminum air. Kurangkan berada di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari dan kurangkan aktiviti fizikal. Paling penting, sentiasa mencuci tangan anda bagi mengelakkan sebaran penyakit berjangkit.

5. Ambil tahu undang-undang tempatan

Jangan lupa untuk semak undang-undang negara yang anda lawati kerana ia mungkin berbeza dengan kebanyakan tempat. Ada juga negara yang sensitif dengan amalan berpuasa pada siang hari. Sebaiknya elakkan makan atau minum di hadapan khalayak ramai dan sentiasa pakaian yang sopan.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga: