backup og meta

Manfaat Debunga Bawaan Lebah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    Manfaat Debunga Bawaan Lebah

    Apabila lebah mengambil nektar, sebahagian debunga dari bunga terbabit melekat pada kakinya. Debunga ini dalam bentuk serbuk kecil berwarna emas yang rasanya manis. Debunga lebah digunakan sebagai suplemen bagi sindrom prahaid (PMS) dan prostat membesar serta dalam banyak produk penjagaan kulit. Berikut adalah sebab kenapa anda perlu menambahkan debunga lebih segar di dalam diet harian anda!

    Kaya dengan protein, vitamin dan antioksida

    Adakah anda tahu bahawa lebah memberi anaknya makan debunga lebah? 40% dari debunga lebah ialah protein. Ia juga mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh manusia. Protein di dalam debunga lebah lebih mudah dihadam kerana ia di dalam bentuk asid amino yang sedia digunakan sejurus selepas ditelan.

    Debunga lebah juga mengandungi kadar vitamin yang paling tinggi di dalam makanan semula jadi, menurut kajian dari Institute of Apiculture, Taranov, Russia: “Walaupun jika debunga lebah tidak mempunyai kandungan penting yang lain,… Debunga sangat kaya dengan rutin dan mungkin mengandungi kadar yang paling tinggi berbanding mana-mana sumber lain.”

    Fungsi antibiotik

    Seperti yang telah disebutkan, debunga lebah telah digunakan dalam perubatan purba dalam banyak budaya di seluruh dunia sebagai antibiotik.

    Malah, pengkaji telah menemui enzim di dalam debunga lebah yang boleh membunuh beberapa bakteria termasuk Listeria, Staph, Salmonella dan E. coli.

    Kesihatan jantung dan darah

    Pengambilan debunga lebah dilihat boleh meningkatkan kesihatan jantung dan darah dengan meningkatkan penghasilan sel darah merah dan putih. Debunga lebah menstabilkan kadar kolesterol dan trigliserida di dalam darah. Rutin di dalam debunga lebah menguatkan saluran darah, meningkatkan peredaran darah dan mencegah serangan jantung dan strok.

    Menguatkan imun

    Kajian menunjukkan bahawa apabila diberikan debunga lebah, subjek kajian menunjukkan peningkatan pada limfosit darah, gamma golbulin dan protein. Antara ketiga-tiga ini, yang dilihat paling banyak bertambah ialah limfosit dan gamma globulin, juga digelar immunoglobulin, adalah antibodi yang bertanggungjawab melawan jangkitan, bakteria, virus, sel termutasi.

    Alahan

    Sama seperti madu, mereka yang mengambil debunga lebah sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum musim alahan bermula boleh membantu mengurangkan simptom secara drastik. Teknik ini dinamakan desensitisasi. Ia mendedahkan anda kepada sejumlah kecil alergen supaya badan anda terbiasa dengannya secara perlahan-lahan. Leo Con Way, pemegang ijazah perubatan dari Denver, Colorado melaporkan bahawa 94% dari 900,000 pesakitnya bebas dari simptom alahan sepenuhnya selepas dirawat.

    Prestasi fizikal

    Seorang doktor osteopatik dan pemilik lama sesawang Mercola.com, Dr Mercola mengatakan bahawa banyak jurulatih dan atletnya mengalami peningkatan dalam prestasi dan kekuatan dengan mengambil debunga lebah kerana kandungannya yang tinggi nutrisi dan protein. Jika diambil bersama latihan harian, ia boleh memberikan kesan yang sangat hebat dalam tempoh yang singkat.

    Tambahan pula, British Sport Council merekodkan peningkatan kekuatan dari 40% ke 50% pada mereka yang mengambil debunga lebah.

    Kesuburan

    Debunga lebah boleh meningkatkan kadar serotonin anda yang membantu mengawal mod. Serotonin membantu mengawal mod anda secara semula jadi. Apabila kadar serotonin adalah normal, anda berasa lebih gembira, tenang, lebuh fokus, kurang gelisah dan emosi yang lebih stabil. Degunga lebah juga merangsang fungsi ovari dan membantu kehamilan yang selamat.

    Kesihatan kulit

    Produk dari lebah secara umumnya boleh mencegah atau merawat banyak keadaan kulit seperti jerawat, parut, ekzema dan psoriasis. Seperti madu, debunga lebah mempunyai fungsi anti-radang dan meningkatkan peredaran darah. Jika ditambah dengan minyak kulit kegemaran anda, ia boleh menjadi pelembap yang berkesan dalam melindungi kulit anda dari dehidrasi.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan