Malaysia Di Tangga Ke-10 Demam Campak Peringkat Global

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Demam campak atau measles menunjukkan peningkatan dalam bilangan kes di Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 724 kes demam campak telah dilaporkan sehingga 31 Mei lalu. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 22.% berbanding 529 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Liputan vaksin MMR berkurang

Ketua Pengarah Kesihatan turut menegaskan bahawa peningkatan kes demam campak di negara ini berpunca daripada liputan vaksin MMR (campak, beguk, rubella) yang semakin berkurang dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mengikut rekod, liputan imunisasi MMR untuk bayi berusia 12 bulan menurun kepada 92.08% pada tahun 2017 berbanding 94.37% pada tahun sebelumnya. Penurunan sebanyak 2.29% ini dikhuatiri akan meningkat pada tahun ini dan seterusnya melihat kepada ‘golongan’ anti-vaksin yang semakin popular, khususnya di media sosial.

Untuk memastikan imuniti kelompok (herd immunity) kekal tinggi, liputan vaksin harus melebihi 95%. Ini adalah penting untuk mengekang penularan demam campak dalam kalangan masyarakat.

Apakah jalan penyelesaiannya?

Masyarakat perlu sedar kepentingan vaksin, bukan sahaja untuk anak-anak mereka, tetapi juga kanak-kanak lain di dalam komuniti. Ini bukan sekadar soal peribadi, tetapi merupakan tanggungjawab di dalam masyarakat.

Jika halal menjadi isu, Jabatan Fatwa Perlis telah mengeluarkan fatwa bahawa vaksin adalah halal. Kenyataan yang sama juga dikeluarkan oleh Jabatan Fatwa Wilayah Persekutuan. Malah, kedua-duanya termasuk fatwa kebangsaan mengharuskan penggunaan vaksin.

Kerajaan harus mengambil langkah untuk merancakkan lagi kesedaran serta capaian terhadap vaksin di seluruh negara. Menjadikan vaksin wajib bagi setiap kanak-kanak mungkin boleh dipertimbangkan, seperti yang telah dilaksanakan oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan Jerman.

Jika pola penurunan liputan vaksin ini terus dibiarkan, lebih banyak kes yang akan tercatat dan semakin tinggi beban yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan masyarakat.

Mulakan hari ini dengan mendapatkan anak anda vaksin!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan