Makanan Terbaik Untuk Penghidap Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Makan secara baik dan sihat adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengawal diabetes. Tetapi merancang diet yang sihat adalah bukan sesuatu yang mudah. Kandungan nutrien dan glycemic index (GI) mungkin membantu anda untuk membuat pihan yang lebih sihat. Berikut adalah jenis- jenis makanan terbaik atau superfoods yang bukan sahaja memberikan nutrien tetapi juga mempunyai GI yang rendah yang membantu menguruskan tahap kandungan gula dalam darah. Makanan terbaik untuk penghidap diabetes berfungsi dengan pelan pemakanan indidvidu dengan saiz hidangan yang sesuai.

Kekacang

Kebanyakan kekacang adalah berkhasiat dan ianya menyediakan kandungan fiber, karbohidrat kompleks dan protein yang agak besar. Kekacang juga adalah sumber terbaik magnesium dan potassium. Berpandukan kajian yang diterbitkan didalam JAMA Network, kekacang boleh merendahkan tahap glycemic didalam darah anda sekiranya anda menghidap diabetes tahap 2. Anda boleh menyimpan kekacang dengan cara pengetinan, tetapi ianya perlu ditapis dahulu sebelum dimakan untuk membuang kandungan sodium atau garam.

Sayuran tidak berkanji

Sayuran tidak berkanji termasuklah sayuran berwarna hijau gelap, sayuran berdaun, lada dan lain-lain. Sayuran jenis ini mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah. Hidangan dengan sayuran tidak berkanji membantu anda ketika anda lapar, memberikan anda dengan kandungan fiber yang tinggi, dan meningkatkan pengambilan vitamin, mineral dan phytochemicals yang boleh mengelakkan sebarang penyakit. Sayuran tidak berkanji membantu mengurangkan berat badan dan menstabilkan kadar gula dalam darah. Ini adalah diantara makanan yang boleh dimakan dengan kandungan yang banyak oleh penghidap diabetes. Sekiranya anda tidak berminat dengan sayuran, olahnya dengan resipi untuk menjadikannya lebih sedap untuk dinikmati.

Buah-buahan sitrus

buah -buahan sitrus seperti tangerin, oren, graperuits, lemon dan limau memberikan sumber fiber yang baik. Untuk meningkatkan pengambilan fiber, anda disarankan untuk makan keseluruhan kandungan buah berbanding menjadikannya dalam bentuk jus. Kajian turut menyatakan bahawa buah-buahan sitrus mampu mengurangkan risiko untuk menghidap diabetes.

Beri

Beri seperti strawberi dan beri biru memberikan sumber yang baik untuk gula semulajadi. Sedikit hidangan beri setiap hari mampu memberi kelegaan kepada sesiapa yang meminati makanan yang manis dan meningkatkan pengambilan fiber. Tambahkan beri kedalam yogurt atau smoothies untuk menjadikan hidangan pencuci mulut lebih enak.

Tomato

Tomato boleh dimakan secara mentah, dipurikan, dimasak atau dalam bentuk sos. Tanpa mengira cara anda memakannya, anda tetap telah mengambil vitamin A, C, E dan zat besi. Tomato boleh membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser, khususnya kanser prostat dan penyakit jantung.

Ikan yang berlemak

Salmon liar atau mana-mana ikan dengan omega-3 fatty acid membantu dengan berkesan untuk mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, terutamanya penyakit jantung koronari yang mana dikaitkan dengan diabetes. Ikan jenis ini juga tinggi kandungan vitamin D dan selenium yang baik untuk rambut, kulit dan kuku. Ikan tidak mengandungi sebarang karbohidrat, oleh itu ikan tidak akan meningkatkan kandungan gula dalam darah anda. Terlalu tinggi kandungan lemak juga tidak baik untuk kesihatan, oleh itu makan kandungan ikan dengan banyak dan sederhanakan pengambilan lemaknya.

Bijirin penuh

Bijirin penuh adalah makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan ianya tidak memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. Jadi sekiranya anda memikirkan untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat, bijirin penuh adalah pilihan yang terbaik. Sesetengah bijirin penuh mengandungi nutrien yang sangat baik seperti magnesium, chromium, potassium dan folate.

Produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak

Semua orang mengetahui bahawa produk tenusu memberikan vitamin D dan kalsium yang membantu menguatkan gigi serta tulang. Kajian menunjukkan bahawa produk tenusu boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2 dengan 9%. Tetapi sekiranya anda menghidap diabetes, anda dicadangkan untuk mengambil susu skim dan yogurt.

Makanan terbaik seperti berikut adalah berkhasiat yang membantu anda mengawal diabetes yang anda hidapi. Sesetengahnya mungkin agak mahal, manakala sesetengahnya pula agak berpatutan. Kesemua jenis makanan ini boleh ditemui di mana-mana pasaraya atau kedai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

    Pernah tak anda berada di dalam situasi yang menyeronokkan namun pengalaman itu terganggu kerana anda kerap buang air kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 25/11/2020 . 3 minit bacaan

    Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

    Ketumbuhan fibroid di dalam rahim boleh terbentuk atas pelbagai sebab yang berbeza. Namun, sesetengah kajian mengatakan makan ayam juga boleh menjadi punca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

    Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda mungkin tidak tahu bahawa anda berpotensi menghidap sakit sendi dan tulang. Ini 5 jenis masalah sendi tersebut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Fibroid Membesar Di Dalam Rahim? Jaga Diet Anda, Ada Makanan Yang Boleh Kecutkan Fibroid!

    Pelbagai cara dicuba oleh wanita dalam usaha mengubati ketumbuhan di dalam rahim. Dakwaan baharu mengatakan diet makanan tertentu dapat kecutkan fibroid!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suntikan tifoid

    Rawat DEMAM KEPIALU Dengan 5 Jenis Makanan Ini, Beri Tenaga & Baik Untuk Perut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    makanan awet muda

    Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    nafas berbau

    Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan