backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Suka Berkelah & Mandi Laut? Ini 5 Kebaikannya Buat Anda Ingin Ke Pantai Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/01/2021

    Suka Berkelah & Mandi Laut? Ini 5 Kebaikannya Buat Anda Ingin Ke Pantai Lagi!

    Mesti ada di antara anda yang gemar untuk pergi ke pantai dan mandi laut. Selain dapat meningkatkan emosi menjadi lebih tenang dan gembira dengan melihat pantai, khasiat air laut dikatakan dapat memberikan beberapa manfaat kesihatan.

    Khasiat air laut

    Walaupun masih belum terbukti secara saintifik, namun adalah antara beberapa khasiat air laut untuk kesihatan:

    1. Merawat masalah kulit dan luka

    Air laut mengandungi jumlah mineral seperti natrium, klorida, sulfat, magnesium dan kalsium yang lebih tinggi berbanding air sungai – yang menjadikan ia sangat berguna untuk merawat masalah kulit seperti psoriasis.

    Mandi di lautan juga mendatangkan manfaat kepada penyakit kulit ekzema. Ini terutama kepada individu yang mempunyai ekzema yang kronik yang menghalang daripada mandi di kolam mengandungi klorin.

    manfaat kesihatan

    Tetapi tindak balas ekzema adalah berbeza-beza, ada yang merasa tenang dengan air laut, dan juga yang sebaliknya.

    Kaya dengan garam mineral seperti natrium dan iodin, menjadikan air laut dianggap sebagai antiseptik, yang dipercayai mempunyai sifat penyembuhan luka. Tetapi berenang di lautan dengan luka yang terdedah, berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria.

    Garam mineral dalam air laut yang bergabung dengan matahari dapat membantu memulihkan beberapa masalah berkaitan kulit seperti ulser, lupus dan jerawat.

    1. Atasi demam dan sinus

    Menggunakan air masin untuk menyelesaikan masalah hidung berair atau membersihkan rongga hidung adalah satu terapi yang sering digunakan oleh individu yang menderita demam hay. Kebiasaannya disebabkan alahan, serta kerengsaan dan jangkitan sinus.

    Terdedah kepada laut dan persekitaran air laut, yang mengandungi garam, dipercayai dapat menyingkirkan simptom demam hay, masalah sinus serta simptom berkaitan pernafasan yang lain.

    Walaupun masih kurang bukti saintifik, individu yang kerap berenang atau menghirup udara dari air laut, cenderung mempunyai sistem pernafasan yang lebih sihat.

    1. Khasiat air laut: Meditasi yang menenangkan

    Bersenam dalam persekitaran semula jadi terbukti memberikan manfaat yang baik kepada kesihatan mental. Ini kerana ia mengabungkan manfaat bersenama dengan kesan pemulihan dari alam semula jadi.

    Berenang di lautan juga dapat memberikan manfaat yang hampir sama.

    Hidroterapi (terapi air) dan berenang juga menunjukkan dapat mengurangkan simptom kemurungan dan kegelisahan. Kandungan magnesium dalam air laut dalam membuatkan anda lebih tenang.

    Individu yang menghidapi tekanan dalam kehidupan amat disarankan untuk mendapatkan rawatan ketenangan dengan air laut.

    Individu yang mengalami masalah anemia juga digalakkan untuk mandi air laut kerana ia membantu menjadikan tekanan darah kepada tahap normal dan merawat rasa gemuruh.

    Sehari di pantai pasti dapat membuatkan anda tidur lebih lena dan memperbaiki emosi anda.

    khasiat air laut

    1. Air laut: Terapi air sejuk

    Berenang dalam suhu air yang sejuk dapat mengaktifkan reseptor suhu di bawah kulit yang melepaskan hormon seperti endorfin, adrenalin dan kortisol.

    Amat sesuai untuk individu yang berdepan dengan keadaan musculoskeletal – satu keadaan dengan kesakitan kronik dan rasa sensitif di keseluruhan badan, dan masalah ketidakselesaan kulit.

    1. Manfaat kesihatan: Menguatkan sistem imun

    Jumlah sel darah merah akan meningkat antara 5-20% selepas berenang atau mandi di dalam laut. Jumlah sel darah putih juga meningkat dengan lebih banyak.

    Khasiat air laut adalah ubat yang sangat baik kepada individu dengan masalah sistem imun lemah, anemia dan tahap kandungan gula dalam darah tinggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan