Ketumbit mata atau stye adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam, bawah atau luar kelopak mata.
Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata anda. Pembentukannya di bawah kelopak mata mungkin kurang disedari pada mulanya.
Tetapi dua keadaan ini boleh menyebabkan kelopak mata menjadi merah, bengkak dan mungkin berasa gatal dan sakit.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.
2 jenis ketumbit mata
Dalam istilah perubatan ketumbit terbahagi kepada 2, iaitu:
i) Hordeolum
Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kawasan folikel bulu mata (hordeolum luaran) ataupun kalenjar meibomian (hordeolum dalaman) yang terletak di belakang kelopak mata.
Selalunya ia menyebabkan rasa sakit di bahagian yang terlibat dan mempunyai nanah.
ii) Chalazion
Benjolan pada kelopak mata yang tumbuh ketika kelenjar minyak tersumbat.
Tidak seperti stye, ia biasanya tidak menyakitkan dan berasa melekit.
Punca ketumbit bawah mata
Ia berpunca daripada bakteria staphylococcus yang menjangkiti kelenjar minyak di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata, lantas menyebabkan benjolan.
Kuman-kuman itu boleh datang dari apa-apa yang menyentuh atau menggosok mata anda, seperti tangan atau solekan mata anda.
Anda mungkin cenderung untuk mendapatkan lebih banyak ketumbit semasa musim alergi apabila mata menjadi gatal.
Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda mempunyai blepharitis, sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.
Perlu diketahui bahawa ketumbit mata hordeolum dan chalazion ini boleh berubah kepada satu sama lain.
Chalazion boleh berubah menjadi hordeolum ketika mana dijangkiti kuman.
Manakala, hordeolum pula boleh menjadi chalazion apabila nanah yang ada di dalam kalenjar tidak dibawa keluar hingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi chalazion pula.
Baca juga: